Friday, September 21, 2012

Suasana dan keadaan terkini Himpunan Aman Pengharaman 'Innocence of Muslims'

BERIKUT perkembangan semasa menjelang Himpunan Aman di lokasi berbeza di ibu negara iaitu pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Masjid Kampung Baru:
 


10 pagi - Keadaan di Masjid Kampung Baru seperti biasa dan peserta perhimpunan aman anjuran Pemuda Umno yang membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW masih belum tiba.
 
10 pagi - Keadaan di kawasan Kedutaan AS seperti biasa dan kelihatan orang ramai menjalani urusan mereka walaupun kedutaan akan ditutup pada jam 11 pagi. Anggota polis juga telah ditempatkan di kawasan berkenaan.
 


11 pagi - Peserta mula tiba di Masjid Kampung Baru secara berperingkat, ada di antara mereka ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perhimpunan itu.
 
11.30 pagi: - Pihak pengurusan Masjid Kampung Baru telah menutup laluan masuk ke masjid berkenaan bagi memudahkan jemaah menunaikan solat Jumaat.
 
12.30 tengah hari - Ramai umat Islam mula memasuki Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat dan masjid dijangka sesak sebentar lagi.

No comments:

Post a Comment