Thursday, September 6, 2012

Percaya tak???? Ceramah bikin negara makin maju..


Sambutan Negeri Pasir Berdengung.. ngungggg.. ngungggggg..
Jika ini bukan cerita lawak...nilailah sendiri al-kisahnya bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim jenuh 'pusing keliling' beria-ia mempertahankan boss beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu kehadiran Ketua Umum PKR itu di majlis sambutan ambang Merdeka, peringkat negeri Selangor di Shah Alam pada malam 30 Ogos.
Selepas dikritik dan dikecam kerana tidak mengundang Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah ke majlis itu sebaliknya Anwar yang muncul bergaya dan berucap di majlis itu, Khalid masih ding dong isu tersebut.
Barangkali sudah terdesak dan nak lepas tengkuk, Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Shah Alam, Rabu menegaskan kehadiran Ketua Pembangkang itu di barisan depan pentas utama di majlis bekenaan hanya sebagai penceramah jemputan dan bukan tetamu utama.
 "Kehadiran Anwar adalah sebagai penceramah pada aktiviti (sambutan) itu sahaja, ada beza di antara tetamu kehormat Menteri Besar dan penceramah tetamu. Jadi untuk sambutan itu penceramah utama ialah itulah (Anwar).
"Sebelum ini, dalam sambutan ambang merdeka kita jemput penyanyi sebagai tetamu jemputan, sekarang kita tukar kepada penceramah tetamu," katanya.
Bagi beliau, perkara itu tidak pelik sebab pada sambutan ambang Merdeka kerap ada persembahan hiburan oleh artis-artis jemputan.
Oleh demikian Khalid menyamakan Anwar macam artis-aritis hiburan tersebut apabila memberi alasan menjemput Anwar berucap pada malam itu.
Tetapi logik ke jawabannya atau Khalid mungkin buat-buat tidak dengar atau tidak ingat bila pengacara majlis pada malam itu mengumumkan Anwar sebagai tetamu kehormat.
Jika betul begitu, patutlah Mursyidul Am Tibai, Zahid Md Arip gelak sakan dengar alasan itu kerana ‘jatuh standard’ Anwar sebagai orang yang dicanang ketua pembangkang sebagai bakal Perdana Menteri sudah turun pangkat jadi penceramah jemputan.
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan itu mempersoalkan apakah ia juga bermaksud Anwar buat muka tak malu tonjol muka berdiri di barisan depan pentas utama sedangkan status rasmi beliau waktu itu cuma penceramah jemputan.
Khalid juga gunakan sidang media itu untuk balun mantan Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo yang menulis di blognya bahawa sewaktu pentadbirannya beliau mengundang Sultan Selangor ke majlis seperti itu sama ada secara lisan atau bertulis.
Katanya, kerajaan negeri tidak menemui apa-apa surat yang menunjukkan sultan diundang ke sambutan tersebut, seperti didakwa  Dr Mohamad Khir.
"Saya tak nampak suratnya lagi. Saya takut dah terbakar," katanya.
Apapun, Khalid mengakui Sultan Selangor dijemput berangkat menghadiri majlis itu pada majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri pada tahun 2007 sempena Jubli Emas Ke-50 tahun kemerdekaan Malaysia yang turut membabitkan  aktiviti perarakan dan perbarisan.
Cuma nak tanya Khalid, jika tidak ada jemputan rasmi, macam mana pula Sultan Selangor boleh brangkat ke majlis itu?
Itulah perangai Khalid yang cepat menunding jari pada orang lain walaupun kesilapannya berpunca dari beliau sendiri.
Khalid perlu ingat, isu sebenarnya adalah seperti dilaporkan Sinar Harian yang memetik kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani bahawa baginda mempersoal kehadiran Anwar pada ,majlis tersebut.
Justeru itu, Khalid tidak perlu lari sana sini untuk jawap soalan sebenar.
Walaupun, beliau sudah memberitahu bahawa Anwar hadir sebagai penceramah jemputan tetapi berapa ramai yang boleh percaya jawapannya itu.
Jadi kalau bukan jawapan lawak, tentu jawapannya itu merapu.

No comments:

Post a Comment