Tuesday, September 25, 2012

[PODAHHHHHHHH] Anwar Nafi Bayar Sewa Jet Peribadi


KUALA LUMPUR, 25 Sept. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui jet eksekutif yang dinaikinya bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang sebagaimana tersebar di internet ditaja oleh seorang ‘'rakan'’.
 
Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet eksekutif berkenaan, Anwar berkata, beliau telah dihubungi ‘kenalannya’ itu bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Sabah sebelum menuju ke Sarawak.
 
"Saya tidak mahu dedahkan siapa individu tersebut tetapi semua pihak boleh periksa pemilik jet itu dengan Jabatan Penerbangan Awam ( DCA). Jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.
 
Anwar juga turut berkata beliau hanya bersetuju dengan tajaan jet peribadi itu setalh rakannnya itu tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan kerajaan negeri Selangor.
 
Sebelum itu beberapa blog pro kerajaan seperti http://mediawangsamaju.blogspot.com, kedah69ers.com mendedahkan gambar-gambar yang diambil dari laman twitter Naib Presiden PKR, Tian Chua memaparkan Ketua Pembangkang itu bersama pemimpin Pakatan Rakyat.
 
Blog-blog tersebut mahu Anwar memberi penjelasan mengenai gambar-gambar yang dimuat naik dari laman twitter ahli Parlimen Batu tersebut.

Friday, September 21, 2012

Himpunan Aman: Perkembangan semasa di KL


BERIKUT perkembangan semasa menjelang Himpunan Aman di lokasi berbeza di ibu negara iaitu pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Masjid Kampung Baru:
 
2.45 petang: Lima wakil menyerahkan memorandum kepada wakil Kedutaan AS.
 
2.30 petang: Lima wakil dipilih untuk menghantar memorandam kepada Kedutaan AS.
 
2.30 petang: Khairy berkata, Pemuda tidak bermusuh dengan Kerajaan Perancis dan Amerika Syarikat,  tetapi mahu mereka hormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Semua pemimpin Himpunan Aman anjuran Pemuda Umno sudah selesai berucap.
 
2.25 petang: Tian Chua, Nurul Izzah, Salehuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan Pas, turut serta dalam perhimpunan. Salehuddin berkata, "kami umat Islam dan bukan Islam, kami mengutuk tindakan hina Islam." Mereka tuntut Presiden AS Barrack Obama minta maaf dan bertanggungjawab dalam hal ini
 
2.25 petang: Dianggarkan 3,000 orang hadir pada Himpunan Aman di kawasan Masjud Kampung Baru.
 
2.25 petang: Khairy juga kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang mengutuk umat Islam yang menegakkan keadilan bagi agama mereka.
 
2.20 petang: Peserta sudah sampai di hadapan kedutaan tetapi dihalang oleh polis.
 
2.20 petang: Khairy berkata, tujuan perhimpunan yang diadakan hari ini adalah untuk mengecam filem dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
 
2.10 petang: Ketua Putera Umno, Datuk Azeez Rahim memberi ucapan - menegaskan Kelab Putera 1Malaysia bersama rakyat Malaysia mengkritik penerbitan filem. Beliau bagi tujuh hari kepada Datuk Ngeh Koo Ham letak jawatan, dan jika tidak bermakna DAP menyokong tindakannya
 
2.06 petang: Peserta himpunan anjuran Pemuda Pas mula berarak ke kawasan Kedutaan AS. Peserta lebih kurang 3,000 orang.
 
2.00 petang: Datuk Ibrahim Ali berkata Perkasa sampaikan tahniah kepada Khairy atas penganjuran Himpunan Aman hari ini.
 
2.00 petang: Exco Pemuda Umno, Lokman Adam memulakan ucapan di Masjid Kampung Baru
 
1.55 petang: Polis mengeluarkan arahan media hanya dibenar berada di satu kawasan, di depan Kedutaan AS bagi menjamin keselamatan semasa himpunan.
 
1.45 petang:  Datuk Hasan turut mengecam beberapa pemimpin dunia bukan beragama Islam dan beberapa NGO yang menyokong penyiaran filem mengutuk Islam dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW
 
1.40 petang: Mursyidul Am Tibai, Zahid Md Arip turut berucap dan mempertikaikan pemimpin DAP yang mengecam tindakan umat Islam berhimpun hari ini.
 
1.40 petang: Anggota polis mula berkumpul dan menutup jalan bagi laluan kenderaan di hadapan Kedutaan AS.
 
1.35 petang: Kumpulan media juga kelihatan sudah tiba di kawasan pekarangan Masjid di mana demonstrasi akan berlangsung sebaik sahaja selesai solat Jumaat. Peserta demonstrasi kelihatan tenang.
 
1.30 petang: Dianggarkan lebih 1,000 orang peserta demonstrasi berada di Masjid Tabung Haji. Unit Amal Pas turut hadir
 
1.30 tengah hari: Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
 
1.14 tengah hari: Sekarang peserta perhimpunan menurunkan tandatangan pada kain rentang bantahan yang dipasang di pekarangan Masjid Kampung Baru.
 
1.15 tengh hari: Ketibaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan timbalannya Datuk Razali Ibrahim.
 
1.10 tengah hari: Kawasan pekarangan Masjid Kampung Baru sesak dengan jemaah dan peserta perhimpunan yang ingin menunaikan solat Jumaat
 
1 tengah hari: Kelihatan Ketua Pemuda Umno negeri dan bahagian dari seluruh negara termasuk Exco Pemuda berada di pekarangan Masjid Kampung Baru
 
12.55 tengah hari: Duta AS dilihat keluar dari bangunan kedutaan.
 
12.45 tengah hari: Keadaan di pekarangan Kedutaan AS kelihatan tenang.
 
12.45 tengah hari: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Noordin turut hadir bagi menyertai Himpunan Aman anjuran Pemuda Umno di Kampung Baru.
 
12 tengah hari:  Orang mula membanjir Masjid Kampung Baru bagi menunaikan solat Jumaat.
 
11.30 pagi: Pihak pengurusan Masjid Kampung Baru telah menutup laluan masuk ke masjid berkenaan bagi memudahkan jemaah menunaikan solat Jumaat.
 
11 pagi: Peserta mula tiba di Masjid Kampung Baru secara berperingkat, ada di antara mereka ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perhimpunan itu.
 
10 pagi: Keadaan di Masjid Kampung Baru seperti biasa dan peserta perhimpunan aman anjuran Pemuda Umno yang membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW masih belum tiba.
 
10 pagi: Keadaan di kawasan Kedutaan AS seperti biasa dan kelihatan orang ramai menjalani urusan mereka walaupun kedutaan akan ditutup pada jam 11 pagi. Anggota polis juga telah ditempatkan di kawasan berkenaan.






















Suasana dan keadaan terkini Himpunan Aman Pengharaman 'Innocence of Muslims'

BERIKUT perkembangan semasa menjelang Himpunan Aman di lokasi berbeza di ibu negara iaitu pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Masjid Kampung Baru:
 


10 pagi - Keadaan di Masjid Kampung Baru seperti biasa dan peserta perhimpunan aman anjuran Pemuda Umno yang membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW masih belum tiba.
 
10 pagi - Keadaan di kawasan Kedutaan AS seperti biasa dan kelihatan orang ramai menjalani urusan mereka walaupun kedutaan akan ditutup pada jam 11 pagi. Anggota polis juga telah ditempatkan di kawasan berkenaan.
 


11 pagi - Peserta mula tiba di Masjid Kampung Baru secara berperingkat, ada di antara mereka ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perhimpunan itu.
 
11.30 pagi: - Pihak pengurusan Masjid Kampung Baru telah menutup laluan masuk ke masjid berkenaan bagi memudahkan jemaah menunaikan solat Jumaat.
 
12.30 tengah hari - Ramai umat Islam mula memasuki Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat dan masjid dijangka sesak sebentar lagi.

Thursday, September 20, 2012

[TAKE FIVE] Hudud Singh..?? Tawar Menawar Karpal dan Nick Aziz.. Potong ka.. Tarak potong ka??



Malaysia akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembangkang telah menunjukkan kegagalan di beberapa negeri tidak ada kesepakatan di antara mereka terutama berhubung pelaksanaan undang-undang Hudud.
 
"Encik Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz akan bergaduh sesama sendiri... Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan.
 
"Selepas itu, Parlimen akan dipenuhi dengan hujah sebegini apabila pembangkang mengambil alih pemerintahan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul 'What Can Malaysians Expect, Post GE13?' di Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
 
Dr Mahathir, yang juga Presiden Kehormat yayasan itu, turut melahirkan keyakinan peribadi beliau bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang boleh melakukan tugasnya dan akan kekal di Putrajaya serta memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
 
Bagaimanapun, beliau berkata, BN perlu menang dengan majoriti yang kuat untuk memberi lebih tumpuan terhadap pelan pembangunan.
 
Tanpa majoriti yang kuat, kerajaan akan memberi lebih tumpuan terhadap survival yang akan menyebabkan kurangnya perhatian kepada pembangunan negara termasuk aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perdagangan dan industri.
 
"Kita memerlukan urus tadbir yang bijak. Kita mempunyai pilihan dan hak untuk memilih kerajaan bagi menentukan masa depan kita.
 
"Jika anda membuat pilihan yang salah, maka anda terpaksa menanggung akibatnya," katanya.
 
Dalam sesi dialog, Dr Mahathir turut disoal berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.
 
"Saya tak boleh baca hati orang. Saya fikir dalam bulan Julai... kemudian September, tapi kita kini berada dalam bulan September. Mungkin ia akan diadakan dalam bulan November dan mungkin juga pada penghujung penggal," katanya.

Sumber : klpos

Wednesday, September 19, 2012

Apa kata Dato' Hasan Ali perlakuan biadap Ngeh Koo Ham???

Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap tweet yang dilakukan oleh YB Ngeh Koo Ham semalam yang menyifatkan umat Islam seolah-olah membuang masa dan tenaga apabila mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini untuk membantah penghinaan Sam Bacile ke atas agama Islam melalui filem Innocence of Muslims.

Saya merasakan kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan peringkat darjah tertinggi beliau tentang Islam walaupun DAP sudah berkawan dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS buat sekian lamanya.

Kenyataan sedemikian sudah tentu menyinggung perasaan dan menghiris jiwa keIslaman masyarakat Islam dalam konteks mempertahankan aqidah sehingga sanggup menginfaqkan nyawa untuk mempertahankan kesucian agama mereka.

Perasaan sedemikian terbayang dalam demontrasi yang diadakan dikebanyakkan negara Islam dan seperti yang diketahui, ramai menjadi korban akibat daripada manifestasi keimanan yang dipaparkan oleh mereka.

Kenyataan pemimpin DAP Perak itu bagi saya seolah-olah mencabar maruah dan tingkat kesabaran masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup dengan kenyataan Karpal Singh yang berterusan bersifat menghina Islam, rupa-rupanya ramai lagi pemimpin-pemimpin DAP yang mudah menyatakan pendirian anti Islam tanpa mengira sensitiviti masyarakat Islam.

Saya merasakan YB Ngeh yang dianggap senior dan sudah begitu lama bergiat dalam politik seharusnya dapat membaca reaksi masyarakat Islam. Saya bimbang kenyataan-kenyataan seperti ini boleh menimbulkan kemarahan dan seterusnya tindakan yang tidak boleh dijangkakan yang mungkin di ambil oleh masyarakat Islam yang terasa begitu di hina oleh orang-orang bukan Islam yang selama ini mereka hormati.

Saya ingin melihat pemimpin-pemimpin PAS tampil kehadapan terutamanya mereka yang saya labelkan sebagai parasit untuk menyatakan pendirian mereka sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh melegakan ahli dan penyokong PAS. Tetapi saya tidak terperanjat kalau mereka menyepi diri membisu tanpa bahasa seperti yang biasa berlaku sebelum ini.


YB DATO DR HASAN ALI
Presiden JATI
ADUN Gombak Setia
19 September 2012
Sumber : n9kini.com

Tuesday, September 18, 2012

Negeri Selangor dah mula guna bendera baru??


16 Sept 2012 ... SELANGOR Sambut HARI MALAYSIA Dengan BENDERA KOMUNIS


Siapa dibelakang orang yang bertanggungjawab mengibarkan bendera baru untuk Malaysia pada malam sambutan Hari Kebangsaan 30 Ogos yang lepas bukan lagi rahsia.

Individu yang bertanggungjawab adalah seorang pemimpin muda PKR yang memegang jawatan Timbalan Ketua Penerangan AMK yang juga pegawai di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Najwan Halimi. Pengakuan beliau boleh dibaca di sini

Pengakuan yang dibuat Najwan Halimi adalah satu tamparan yang cukup hebat kepada Anwar Ibrahim yang sebelum itu menuduh perkara itu adalah mainan politik UMNO untuk memburukkan pembangkang. Tuduhan Anwar boleh dibaca di sini.



Walaupun PKR cuba menafikan mereka terlibat dan menafikan mereka akan menukar bendera jika memerintah negara ini, namun sehingga ke hari ini belum ada satu larangan yang dikeluarkan oleh PKR yang meminta orang-orangnya agar tidak lagi mengibar bendera tersebut sebagai ganti kepada bendera Malaysia.

Blog The Unspinners beberapa hari lepas mendedahkan bagaimana Hishamuddin Rais dan dibantu oleh kumpulan PKR menjual bendera baru tersebut untuk dikibarkan melalui laman Radio Bangsar Utama . Pendedahan The Unspinners tersebut boleh dilihat di sini.

Rancangan mereka menjadi kenyataan apabila pada hari Sabtu bendera berkenaan mula dikibarkan dibeberapa tempat di negeri Selangor. Antara tempat yang terlibat adalah Damansara,Subang dan Shah Alam.

Berikut adalah gambar-gambar yang dikirimkan kepada kami oleh para pembaca.





Jika PKR benar-benar serius untuk tidak menukar bendera negara yang sedia ada kepada bendera baru seperti diatas, sila ambil tindakan tegas terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dalam usaha untuk menukar bendera negara. 

Tindakan tegas perlu diambil terhadap Najwan Halimi dan Hishamuddin Rais. Jika tidak rakyat Malaysia boleh lupakan segala janji PKR bahawa mereka tidak akan menukar bendera jika memerintah negara ini.

Sunday, September 16, 2012

"Innocence Of Muslims" - Bersatulah wahai umat Islam


Pemuda UMNO cadang adakan bantahan terhadap filem hina Islam





BUKIT MERTAJAM, 16 Sept : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaludin berkata, pergerakan itu yang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menerbitkan filem antiIslam ‘Innocence Of Muslims’, bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat depan.
Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat.
Pemuda UMNO akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu, katanya dan menurutnya lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.
“Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W tidak boleh dipandang remeh.
“Sehubungan dengan itu Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda PAS untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di Dewan Mutiara, Politeknik Permatang Pauh.

Beliau mengulas mengenai filem antiIslam ‘Innocence Of Muslims’ yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, yang mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia. – BERNAMA

Sumber : n9kini.com

Friday, September 14, 2012

"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR.." Huh..


Di Melaka kita dikejutkan dengan tindakan ganas pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang mengacukan pistol kepada orang ramai yang tidak bersenjata.

Semalam di Ampang Anwar Ibrahim pula mengumumkan tindakan samseng yang akan beliau lakukan pada hari pembuangan undi PRU 13 kelak.

Dipetik dari antarapos.com
AMPANG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menaburkan janji-janji 'bulan dan bintang' semasa ceramah beliau di Ampang malam tadi, suatu tindakan yang boleh dilihat sebagai membuai mimpi kepada rakyat di negara ini.

Beliau yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


"(Setelah) 24 jam ambil alih, kita akan lakukan, harga minyak seluruh negara diturunkan. Media bebas untuk tanya kepada sesiapa, (lebih-lebih lagi) Ketua Pembangkang (ketika itu) Datuk Seri Najib.


"Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti."


Selain daripada itu beliau turut membayangkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri negara turut berimaginasi untuk menggunakan kuasa diktator untuk mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengumumkan 'kejayaan' beliau menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.


"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," tambahnya.


Bagaimanapun beliau enggan mengulas ketika diaju pemberita mengenai isu tidak mengangkat tangan ketika bacaan Rukun Negara pada malam ambang kemerdekaan anjuran negeri Selangor baru-baru ini.
Belum berkuasa lagi dia dah tunjuk ciri-ciri seorang diktator, bayangkan jika dia berkuasa kelak ?

Wednesday, September 12, 2012

Perkembangan Program Bekalan Air Awam di Estet (BAAE) di Negeri Sembilan


SEREMBAN, 12 Sept – Di sidang Media Ringkas Mesyurat EXCO minggu ini, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan memaklumkan perkembangan program bekalan air awam di Estet (BAAE) di Negeri Sembilan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Menurut laporan yang dibentangkan oleh Menteri Besar di Wisma Negeri, Seremban, program ini melibatkan peruntukan bekalan air awam dari sumber air awam hingga ke pintu hadapan ladang.

Manakala bagi pemasangan bekalan air awam dari pintu utama ladang sehingga ke rumah pekerja adalah ditanggung oleh pihak ladang sendiri.

Jumlah peruntukan bagi Negeri Sembilan adalah sebanyak RM5,054,400.00.
Hasil kaji selidik mengenai pelaksanaan air ladang telah dijalankan di mana 8 ladang di Negeri Sembilan dipilih bagi projek tersebut antaranya,

a. Ladang Ayer Hitam
b. Ladang Bukit Pilah
c. Ladang Jemima
d. Ladang Perhentian Tinggi
e. Ladang Kombok
f. Ladang Tanah Merah
g. Ladang Arishah
h. Ladang Risda Inas

Namun, hanya lima ladang yang terpilih, Ladang Kombok, Ladang Air Hitam, Ladang Bukit Pilah, Ladang Jemima dan Ladang Tanah Merah sementara tiga ladang yang disebutkan di atas ditangguhkan di atas masalah teknikal yang dihadapi.

Laporan juga menyatakan Ladang Ayer Hitam dan Ladang Bukit Pilah telah siap sepenuhnya yang melibatkan pemasangan bekalan air awam dari sumber awam hingga pintu utama.

Manakala pemasangan bekalan air di ladang lain masih dalam proses pembikinan.

Bagi Ladang Kombok, Ladang Jemima dan Ladang Tanah Merah, kontraktor telah dilantik dan pemasangan bekalan air awam ke pintu utama ladang akan dimulakan minggu hadapan.

Projek bekalan sumber air awam di estet di bawah Kementerian Sumber Manusia dijangka siap keseluruhannya pada bulan November 2012.

Sumber : n9kini.com

Tuesday, September 11, 2012

Pas: 'Syaitan dikenali menangis’???

pas
Keratan akhar Sinar Harian semalam yang membawa berita 'Nasha kekal ahli Pas, Majlis Syura tidak bincang'


SHAH ALAM - Pas menegaskan bahawa langkah Majlis Syura kelmarin, yang tidak membincangkan soal kedudukan bekas Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa, menyebabkan "syaitan yang dikenali menangis manakala para malaikat yang tidak dikenali insya-Allah akan gembira."

Dengan merujuk kepada keputusan Majlis Syura, yang menjadi tumpuan banyak pihak sama ada akan bertindak ke atas Nasharudin ataupun sebaliknya, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan diambil oleh kepimpinan parti itu mengecewakan musuh.

"Kebijaksanaan dalam mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan benar-benar mengecewakan musuh," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tengah malam kelmarin, Sinar Harian Online membawa laporan Majlis Syura Pas, yang menjadi tumpuan banyak pihak - dari dalam dan luar parti itu sejak sebulan lalu, tidak membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Sehubungan itu, Nasharudin yang turut menghadiri mesyuarat malam kelmarin, yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura.

"Perbincangan kali ini (malam ini) hanya mesyuarat bulanan seperti biasa. Dan perbincangan kami menjurus kepada calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)," ujar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media.

Jelas beliau, oleh kerana tiada sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan kedudukan Nasharudin, maka tiada keperluan bagi Majlis Syura untuk membincangkannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mengadakan mesyuarat pagi kelmarin menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharudin.

Sehubungan itu Abdul Hadi juga berkata, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Pas dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

Tuan Ibrahim berakata, pelbagai isu yang sengaja diperbesar dan dibentuk pemikiran rakyat oleh media perdana untuk memerangkap ahli dan pimpinan berhubung pelbagai isu sama ada dalaman Pas atau Pakatan Rakyat.

"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak.

"Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah," kata beliau.

Dengan objektif sedemikian, Tuan Ibrahim yang juga  Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, mereka memasang pelbagai strategi bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.

"Alhamdulillah, Pas dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, beliau seterusnya berkata, "masa yang ada pada kita sedikit berbanding apa yang perlu kita lakukan."

"Kerana itu, jangan habis masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang esngaja dilontar oleh musuh, kerana mereksangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.

"Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," katanya lagi.

PANAS!!! Penyakit PR semakin menonoi-nonoi..


Sejak beberapa lama, NGO yang kononnya berjuang atas nama hak asasi manusia iaitu Suaram telah mencuba sedaya upaya untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembelian kapal selam scorpene dan pembunuhan Altantuya kononnya bermotifkan rasuah dan hubungan sulit.   Namun, kini terbukti bahawa tuduhan Suaram adalah fitnah belaka apabila pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan tentang scorpene yang berlangsung di negara mereka sepertimana yang didakwa Suaram serta tiada rekod kemasukan Altantuya ke negara itu dalam tempoh yang diperkatakan.

Akhirnya, yang menjadi isu kini bukan lagi scorpene atau Altantuya, tetapi Suaram sendiri.   Dengan kenyataan pihak Perancis sendiri dan penjelasan pihak Angkatan Tentera dan kerajaan serta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, maka terserlahlah sudah bahawa Suaram telah melakukan fitnah yang amat berat.

Rupanya, Suaram hanyalah topeng yang dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk berpolitik, dan bukannya untuk memperjuangkan hak asasi manusia.  Sehubungan dengan itu, siasatan terhadap latarbelakang Suaram mendedahkan bahawa Suaram selama ini beroperasi atas dana yang meragukan iaitu dari pihak asing bagi melancarkan operasi dan misi mereka.

Nampaknya, dengan berpegang kepada prinsip ‘musuh kepada musuh kita adalah kawan’, Suaram atau PR telah bekerjasama dengan pihak asing untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan.

Apabila bercakap mengenai ‘pihak asing’, nama yang sering timbul ialah George Soros dan organisasi yang diterajuinya iaitu Open Society Foundations.

Dalam isu scorpene, Suaram telah menggunakan dua peguam Perancis iaitu Joseph Breham dan William Bourdon, seorang peguam hak asasi manusia yang terkenal.  William Bourdon adalah pengasas Sherpa, iaitu organisasi yang memperjuangkan isu ekonomi di negara-negara miskin.  Sherpa pula ditaja oleh Tides Foundation dan kedua-duanya menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki oleh George Soros itu.

Tides Foundation pula didapati telah menyalurkan dana kepada Suaram.  Mengikut laman web mereka, Tides Foundation adalah sebuah organisasi antarabangsa yang menyokong perjuangan berhaluan kiri yakni yang menentang kerajaan. NGO ini juga menyalurkan dana untuk perjuangan LGBT.

Maka ini menjelaskan pengakuan Ambiga Sreenevasen bahawa Bersih juga menerima dana dari OSF selain dari National Democratic Institute (NDI) kerana Ambiga merupakan tunjang program Seksualiti Merdeka yang menjadi platform perjuangan LGBT di Malaysia.   Sekali gus, membuktikan bahawa Bersih, seperti juga Suaram, adalah ditaja oleh Soros dan didalangi oleh PR.

Untuk pengetahuan, Anwar Ibrahim, iaitu pemimpin tertinggi PR mempunyai sejarah pertalian yang jauh lebih awal dengan George Soros.  Iaitu ketika krisis ekonomi 1997/1998.

Pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad, sebagai Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Soros dan memanggilnya sebagai ‘penyangak mata wang’.  Beliau yang telah bekerja keras menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia begitu berang apabila ekonomi negara diserang sehingga hampir ‘hilang kawalan’.  Beliau percaya yang ianya bukanlah sesuatu yang ‘semulajadi’ tetapi dirancang lebih awal oleh pedagang matawang seperti Soros, atau terutamanya, Soros.

Tun Mahathir enggan menerima saranan pemulihan dari IMF bagi menyelamatkan ekonomi negara.  Oleh itu, pihak barat telah menggunakan ‘senjata’ mereka yang telah lama disimpan iaitu Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu untuk memastikan matlamat mereka meruntuhkan ekonomi Asia, terutamanya, Malaysia berjalan lancar.  Ini dilaporkan secara terperinci oleh Executive Intelligence Review, dalam tajuk The Case of Malaysia. (http://www.larouchepub.com/eiw/public/2008/2008_20-29/2008-27/pdf/75-77_3526.pdf)

Anwar diketahui telah menjadi ‘kesayangan’ barat sejak beberapa tahun sebelum itu lagi. Kunjungan beliau ke Amerika dan negara-negara barat lain selalunya disambut dengan penghormatan tertinggi mengatasi penghormatan terhadap Tun Mahathir sendiri dan ini sering menjadi tandatanya kepada dunia.

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar pun memaksa rancangan pemulihan ekonomi mengikut telunjuk IMF iaitu menaikkan kadar faedah walaupun Tun Mahathir menentangnya.  Ternyata, cara ini telah menyebabkan begitu banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar pinjaman sehingga akhirnya bank juga tidak mampu bertahan kerana tiada yang mampu membayar pinjaman dan tiada siapa berani memohon pinjaman.  Oleh itu, dalam masa yang singkat, ekonomi negara hampir lumpuh.

Menyedari situasi yang semakin meruncing, Tun Mahathir pantas mengambil-alih teraju kewangan negara dan mencari pendekatan lain untuk memulihkan ekonomi.  Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat Ringgit sekali gus, menyahkan risiko diserang lagi.   Dengan itu, ekonomi Malaysia dapat dipulihkan dalam masa yang singkat sedangkan negara-negara jiran terus ranap setelah menerima bantuan IMF.

Di waktu yang sama, Anwar semakin agresif dan tidak sabar untuk menjatuhkan Tun Mahathir namun, kecundang apabila siasatan terhadap surat Ummi Hafilda mengenai kegiatan homoseksual, salahlaku dan salahguna kuasa yang membabitkan dirinya selesai dan mendapat perhatian Tun Mahathir yang sebelum itu mengenepikannya.   Siasatan lebih lanjut dijalankan dan berakhir dengan pemecatan Anwar.

Sejak itu, tangan Soros yang memegang tali pengikat leher Anwar semakin jelas kelihatan.  OSF memainkan peranan penting memburukkan imej Tun Mahathir dan menaikkan imej Anwar di peringkat antarabangsa melalui media-media barat.   Anwar dijadikan ikon demokrasi dan secara tiba-tiba Tun Mahathir digambarkan sebagai kukubesi.

Rakan-rakan Soros yang lain, termasuk Al-Gore dan Wolfowitz turut menghulurkan sokongan dan bantuan ketika Anwar di penjara, keluar penjara, tinggal di Amerika dan sehinggalah kini, iaitu setelah beliau kembali ke Malaysia dan aktif berpolitik.  Dana terus disalurkan kepada Awnar melalui Suaram, Bersih dan tentunya berbagai-bagai cara lagi yang mungkin tidak mampu dibayangkan oleh kita, rakyat biasa.  Kerana itu, hidup Anwar dan keluarga kekal mewah, parti PKR yang hidup segan mati tak mahu juga mewah semewah-mewahnya dalam berbelanja untuk menghadapi pilihanraya.

Hanya orang-orang yang buta sahaja yang tidak mampu melihat tangan Soros di leher Anwar dan tangan Anwar di belakang Suaram.  Sama ada Soros sedang bersedia untuk mencium atau mencekik Anwar, adalah bergantung kepada berapa lama lagi Anwar mampu meyakinkan Soros yang beliau mampu berkuasa di Malaysia.

Persoalan yang tinggal ialah, jika Anwar, PKR, DAP melalui Suaram dan Bersih menjadi alat Soros untuk menghancurkan negara dan Islam secara langsung dan tidak langsung, bagaimana pula dengan PAS?  Apakah PAS tidak sedar atau sememangnya tidak kisah lagi menjadi alat kepada Soros?

KARPAL ARAH PAS KELUAR PAKATAN REPUBLIK

 
INSIDEN terbaru di Majlis Hari Raya anjuran Muslimah PAS baru-baru ini yang mengasingkan tetamu lelaki dengan tetamu perempuan telah mendapat Kritik Besar daripada PengAnti Islam DAP, Encik Karpal Singh.

Kata Karpal Singh mengulas kejadian tersebut, "ia menunjukkan Pas telah cuba impliment dan cuba untuk laksanakan Hudud Pas tanpa Kelulusan Pakatan Republik".

Karpal Singh mendesak supaya Pas tidak tunggu lama di dalam Pakatan Republik, dan mendesak supaya Pas segera keluar dari Pakatan Republik.

Mengulas Desakan Karpal Singh, Muslimah Pas berkata mereka akan tetap dengan pendirian mereka bahawa mengasingkan lelaki dan wanita dalam sebarang majlis.

***Baca Desakan Karpal Singh supaya Pas keluar segera dari Pakatan Republik dalam The Star hari ini 11/11/2012.
 
Terima kasih mymassa dengan info padat dan terkini..

Sunday, September 9, 2012

Potongan Ayat al-Quran pada body??? Apa kata Ustajah Abby Abady??



Memang si Julia Perez ini penuh dengan kontroversi. Tak habis-habis teknik yang digunakan untuk mempopularkan dirinya sendiri. Terbaru Julia Perez yang dikenali dengan nama glamer Jupe telah melukis tatu “Hayya ‘alal falah” di belakang tubuhnya.
tatu julia perez
Kalimat “Hayya ‘alal falah” ini adalah salah satu ayat di dalam seruan azan yang bermaksud marilah menuju kemenangan. Abang Nara tak tahu kemenangan apa yang mahu dituju oleh Julia Perez dengan membuat tatu sebegini. Sudah-sudahlah buat kontroversi bodoh dan menjatuhkan agama sendiri. Kredit gambar BlogSerius.
p/s : Apa dalil Ustajah Abby Abadi tentang artis bertatoo khalimah Allah pula???

Friday, September 7, 2012

Hati-hati dengan 'askar montot'.. di bawa khas gunakan trak..

Anwar Ibrahim dijangka membawa askar 'montot' di dalam trak ini.. Hati-hati dengan gas beracun di beberapa tempat persinggahan.

Politik Negeri Sembilan membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar Ibrahim di Jelajah Sambutan Kemerdekaan di Negeri Sembilan hari ini...

Di sini PNS masukkan jadual jelajah bekas Timbalan Perdana Menteri ini untuk kita bangkit dan bantah kehadiran dia di bumi beradat ini.

Rakyat Negeri Sembilan yang cintakan keamanan dan kedamaian.. ayuh kita bangkit tolak musuh dan pengkhianat negara ini!!!

Dio dijadualkan Solat Jumaat kek Masjid Telok Kemang sebelum meneruskan agenda petualang di Taman Megaway, Sikamat.

Seperti tidak pernah berlaku apa-apa dalam hidupnya, seperti meliwat, berzina dengan bini orang, dan pecah amanah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, walkabout pulak kat Ampangan bolah petangnya.

Alhamdulillah, dia dijadualkan solat Maghrib di Surau An-Nur Bandar Seremban Selatan.

Kemudiannya, akan memaki hamun semua pemimpin di dalam Barisan Nasional seolah-olah.. negara ini.. BAPAK dia punya harta!!!

Ingat!!!! Kami Warga PNS tidak akan membenarkan dia dan membantah sekeras-kerasnya kehadiran dia di sini!!!

Kami tentang pengkhianat yang mahu bermaharajalela di bumi negeri yang bertuah ini!!!!!

Warga Negeri BANGKIT!!!

Thursday, September 6, 2012

Percaya tak???? Ceramah bikin negara makin maju..


Sambutan Negeri Pasir Berdengung.. ngungggg.. ngungggggg..
Jika ini bukan cerita lawak...nilailah sendiri al-kisahnya bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim jenuh 'pusing keliling' beria-ia mempertahankan boss beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu kehadiran Ketua Umum PKR itu di majlis sambutan ambang Merdeka, peringkat negeri Selangor di Shah Alam pada malam 30 Ogos.
Selepas dikritik dan dikecam kerana tidak mengundang Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah ke majlis itu sebaliknya Anwar yang muncul bergaya dan berucap di majlis itu, Khalid masih ding dong isu tersebut.
Barangkali sudah terdesak dan nak lepas tengkuk, Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Shah Alam, Rabu menegaskan kehadiran Ketua Pembangkang itu di barisan depan pentas utama di majlis bekenaan hanya sebagai penceramah jemputan dan bukan tetamu utama.
 "Kehadiran Anwar adalah sebagai penceramah pada aktiviti (sambutan) itu sahaja, ada beza di antara tetamu kehormat Menteri Besar dan penceramah tetamu. Jadi untuk sambutan itu penceramah utama ialah itulah (Anwar).
"Sebelum ini, dalam sambutan ambang merdeka kita jemput penyanyi sebagai tetamu jemputan, sekarang kita tukar kepada penceramah tetamu," katanya.
Bagi beliau, perkara itu tidak pelik sebab pada sambutan ambang Merdeka kerap ada persembahan hiburan oleh artis-artis jemputan.
Oleh demikian Khalid menyamakan Anwar macam artis-aritis hiburan tersebut apabila memberi alasan menjemput Anwar berucap pada malam itu.
Tetapi logik ke jawabannya atau Khalid mungkin buat-buat tidak dengar atau tidak ingat bila pengacara majlis pada malam itu mengumumkan Anwar sebagai tetamu kehormat.
Jika betul begitu, patutlah Mursyidul Am Tibai, Zahid Md Arip gelak sakan dengar alasan itu kerana ‘jatuh standard’ Anwar sebagai orang yang dicanang ketua pembangkang sebagai bakal Perdana Menteri sudah turun pangkat jadi penceramah jemputan.
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan itu mempersoalkan apakah ia juga bermaksud Anwar buat muka tak malu tonjol muka berdiri di barisan depan pentas utama sedangkan status rasmi beliau waktu itu cuma penceramah jemputan.
Khalid juga gunakan sidang media itu untuk balun mantan Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo yang menulis di blognya bahawa sewaktu pentadbirannya beliau mengundang Sultan Selangor ke majlis seperti itu sama ada secara lisan atau bertulis.
Katanya, kerajaan negeri tidak menemui apa-apa surat yang menunjukkan sultan diundang ke sambutan tersebut, seperti didakwa  Dr Mohamad Khir.
"Saya tak nampak suratnya lagi. Saya takut dah terbakar," katanya.
Apapun, Khalid mengakui Sultan Selangor dijemput berangkat menghadiri majlis itu pada majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri pada tahun 2007 sempena Jubli Emas Ke-50 tahun kemerdekaan Malaysia yang turut membabitkan  aktiviti perarakan dan perbarisan.
Cuma nak tanya Khalid, jika tidak ada jemputan rasmi, macam mana pula Sultan Selangor boleh brangkat ke majlis itu?
Itulah perangai Khalid yang cepat menunding jari pada orang lain walaupun kesilapannya berpunca dari beliau sendiri.
Khalid perlu ingat, isu sebenarnya adalah seperti dilaporkan Sinar Harian yang memetik kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani bahawa baginda mempersoal kehadiran Anwar pada ,majlis tersebut.
Justeru itu, Khalid tidak perlu lari sana sini untuk jawap soalan sebenar.
Walaupun, beliau sudah memberitahu bahawa Anwar hadir sebagai penceramah jemputan tetapi berapa ramai yang boleh percaya jawapannya itu.
Jadi kalau bukan jawapan lawak, tentu jawapannya itu merapu.

Wednesday, September 5, 2012

Mari kita faham peraturan ini.. Kan nak berketuakan DAP


PERATURAN 1 : REPUBLIK OF MALAYSIA



Peraturan 1 Republik Of Malaysia.

1.1 Presiden Republik Of Malaysia tidak perlu angkat tangan semasa ikrar Rukun Negara. Ini kerana taraf Presiden Republik Of Malaysia lebih tinggi daripada DYMM Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri dan rakyat biasa. Jika Presiden Republik Of Malaysia mengangkat tangan ianya akan menjatuhkan murtabak Presiden Republik Of Malaysia di mata dunia.

Peraturan Kedua Republik Malaysia : Presiden Lebih Tinggi Dari Sultan.

Dalam siri pertama peraturan 1 Republik Malaysia, MyMassa telah kongsi video Anwar Ibrahim tak hormati Rukunegara (http://mymassa.blogspot.com/2012/09/peraturan-1-republik-of-malaysia.html).
Peraturan kedua bagi Republik Malaysia ciptaan Anwar Ibrahim adalah Presiden lebih tinggi darjatnya dari Sultan. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh DYMM Sultan, telah di'hijack' oleh Anwar Ibrahim.


Bayangkan pakatan pembangkang berani buat perkara macam ni walaupun kalau ikut kedudukan Anwar Ibrahim dalam istiadat rasmi negeri, dia bukan siapa-siapa kerana jawatannya dalam Kerajaan Negeri juga tidak digazetkan. Baru pegang Kerajaan Negeri, PKR dah berani derhaka, bayangkan kalau menang PRU ke-13 peringkat pusat!!!!

Bersambung ke peraturan seterusnya....

*Jangan lupa bahawa Anwar Ibrahim dah 'praktis' macam mana nak rampas dari kesultanan Melayu. Ini buktinya.


PERATURAN 3 : REPUBLIK OF MALAYSIA, ORANG MALAYSIA MASIH TAK FAHAM DAP


NOT COMING PM, HE IS COMING PRESIDEN OF REPUBLIK MALAYSIA

PERATURAN 3 : REPUBLIK OF MALAYSIA

3.1 Tidak perlu menjemput Raja-Raja atau Sultan-Sultan Melayu ke dalam Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan kerana Ketua Kerajaan Republik Of Malaysia adalah Presiden Republik Of Malaysia. Fungsi Raja-Raja di dalam Republik Of Malaysia ialah duduk di singgahsana sahaja dan hanya berkuasa di dalam lingkaran istana sahaja. Raja-Raja tidak mempunyai locus standi atau apa-apa kuasa untuk bertindak di luar pagar istana mereka. Rakyat hendaklah faham sekiranya DS Anwar Ibrahim menjadi Presiden Malaysia, Raja-Raja adalah tidak releven lagi.

Penerangan Isu : Dalam konteks Sambutan Hari Kemerdekaan Negeri Selangor, DS Anwar Ibrahim sedang berlatih sebagai Presiden Malaysia. Oleh itu, Anwar tidak perlu mengangkat tangan ketika bacaan ikrar, dan Anwar hendaklah menjadi Tetamu Khas bukannya Raja-Raja Melayu. Rakyat Malaysia kena bersedia dan belajar menjadi rakyat baru di negara bentuk baru Republik Of Malaysia.