Tuesday, September 4, 2012

"Janji diTepati" Sempena Hari Kemerdekaan kali ke-55 di Padang MPS, Seremban


























Gambar ehsan daripada Facebook Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Tarikh : 31 Ogos 2012

SEREMBAN, 31 Ogos – “Apakah kemakmuran dan kesejahteraan yang dinikmati  negara selama ini merupakan sesuatu yang sia-sia?”
“Apabila ada segelintir mereka yang menafikan hak kemerdekaan hari ini dan mahu mencipta pembaharuan yang berbeza dengan pencapaian negara selama ini. Persoalannya adakah perkara ini akan memberi keselesaan buat kita semua?” Soal Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Negara sudah mencapai fasa kemerdekaan melebihi dekad kelima usianya dan dalam tempoh lapan tahun kelak, negara bakal menjadi negara maju seperti perancangan wawasan 2020 yang dirancang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed.”
“Mampukah kita mencapainya? Kesenangan dan keselesaan hari ini bukan datang bergolek dan dicapai dengan kepayahan serta keringat” Ujar beliau.
Sedang negara ini dicemburui oleh negara luar, kita masih mampu menjaga dan memelihara keamanan dan kesejahteraan.
Beliau menambah, “Satu keunikan di negara ini yang tidak ternilai berbanding dengan negara luar, kita mampu hidup sejahtera walaupun rakyat berbilang bangsa dan agama. Malah kita juga perlu menjaga dan memeliharanya.”
Bertepatan dengan tema kemerdekaan tahun ini, ‘Janji diTepati’ perlulah dijadikan pedoman, syarat dan peradaban dalam pelbagai bidang untuk mencipta lebih kejayaan.
Malah, dengan tema ini bukan sahaja boleh dilaksanakan di dalam perhubungan sesama manusia, malah ianya boleh dilaksanakan walaupun berlainan agama.
Beliau berucap di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan kali-55 Peringkat Negeri Sembilan di hadapan Padang Majlis Perbandaran Seremban, Seremban Negeri Sembilan pagi tadi.
Sebanyak 123 kontinjen perbarisan pelbagai jabatan, agensi dan persatuan terlibat di dalam perbarisan sambutan hari kemerdekaan melibatkan seramai 15,000 orang.
Beliau turut menyeru rakyat negeri ini, “tidak guna kita mahukan perbaharuan, dalam masa yang sama kita mengadaikan sesuatu yang sukar diperolehi satu ketika dahulu. Ketamadunan yang baru dicipta lima dekad ini perlu dipelihara oleh semua orang dan mustahil di pikul oleh satu orang. Oleh yang demikian, kita perlu mengekalkan perpaduan.”
Turut mencemar duli, DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir serta DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.


Sumber : n9kini.com

No comments:

Post a Comment