Friday, October 28, 2011

Siapa aktivis PR yang punyai anak luar nikah ? sila baca

Ini hanya gambar hiasan saja.
PNS ada mendapat maklumat dari  seorang yang paling rapat dengan seorang aktivis PR ( yg juga aktif dalam satu gerakan anak muda yang tidak berahli mengenai skandal aktivis ini. Aktivis yang dikatakan sedang sibuk memburukkan isteri Perdana Menteri diakatakan mempunhyai anak luar nikah.

Apakah benar anak ini adalah anak aktivis berkenaan , akan kita ketahui nanti bila cukup masa dan waktu yang sesuai . Tunggu akan pendedahan panas ini.

PAS akui HUDUD pecah belahkan PR dahulu - Sekarang Hudud hanya nak bagi orang benci BN bukan nak buat pun !!



Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS. Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13. Terima kasih buat Datuk Zulkifli Nordin di atas pendedahan ini. Kalau mata hati tak celik lagi, tak tahulah.

Maklumat ini Mc ambil dari blog CTS.

Sememangnya hudud Pas ni hanya untuk menagih sokongan umat Melayu Islam, terutamanya di Kelantan. Mereka tahu, bahawa hudud masih tidak dapat di laksanakan sekarang (kerana masih ada faktor yang tidak mengizinkan). Sebab itu mereka sengaja, war-warkan isu ini, dengan harapan dapat menyalahkan UMNO/BN (kerajaan pusat) sebagai penghalang mereka kononnya mahu membuat hukum hudud di Kelantan.

Hakikat sebenarnya, Pas takkan dapat melaksanakan hudud selagi mereka bekerjasama dengan Dap. Jikalau Pas laksanakan hudud, Pakatan Rakyat akan berpecah, seperti mana BA (Barisan Alternatif) dahulunya.

Nampak sangat Pas lebih pentingkan persahabatan politik, kuasa politik dari melaksanakan hukum Allah. Apa kiblat Pas yang sebenar? Islam atau Dap?

Tepuk dada, tanya Iman.

Monday, October 24, 2011

Apa yang pelik dengan jambatan berkembar ini. KLCC juga ada menara berkembar.


Semalam saya terbaca sebuah tulisan dari seorang Sedarian , sdr Maarof Kassim I guest, malas nak baca  profil tentang dirinya , bukan apa hanya kerana rasa tidak berapa penting sangat nak tahu pasal sdr Maarof ini. Cuma terpanggil sebab rasa geli dengan tulisan beliau seolah olah hanya pandai mancari kesilapan dalam arca kehidupan ini. jika tidak ada apa yang mahu ditulis adalah lebih baik jangan tulis apa apa , orang pun tak meluat membacanya.


Katanya dalam blog Once a Sedarian :  "Tetapi di satu kampung di Negeri Sembilan terdapat dua jambatan yang pelik juga. Pelik kerana mereka terletak bersebelahan dengan jarak pemisah 10 meter sahaja. Cuma mereka berbeza struktur. Yang satu ialah jambatan gantung yang hanya boleh digunakan oleh pejalan kaki, basikal dan motosikal. Yang satu lagi pula jambatan biasa, cuma yang ini ketinggian kenderaan dihadkan kepada 3 meter dan berat kenderaan dan muatan kepada 3 ton.."

Pelik juga apabila membaca tulisan nya dan boleh kita buat  kesimpulan dia tidak tahu apa yang dia sendiri tulis.satu jambatan tidak boleh dilalui oleh kereta , hanya boleh dilalui oleh  pejalan kaki  dan motosikal dan yang satu lagi boleh dilalui oleh kereta dan pejalan kaki serta motorsikal. apa yang peliknya walaupun berdekatan, sudah tentu yang jambatan gantung itu dibina dahulu kerana budget pada ketika itu adalah untuk membina jambatan gantung saja. Apabila  budget mencukupi untuk upgrade , sebiji jambatan yang serbaguna dibina untuk laluan kereta.

Jambatan gantung itu  baik lagi dan masih boleh diguna lagi cuma kereta sahaja yang tidak boleh lalu. Dari diroboh elok dibiarkan saja jambatan itu terus disitu kerana ianya tidak menganggu sesiapa dan tidak membahayakan juga Yang tidak senang hati dengan wujudnya jambatan ini mungkin En Maarof saja. Orang kampung tidak ada masalah.

Itulah susah dengan masyarakat kita bila kerajaan cuba memberikan kemudahan dan keselesaan untuk rakyat , ada saja yang tidak kena . Apa yang pelik sangat dengan jambatan ini. KLCC pun ada  menaranya berkembar.

Wednesday, October 19, 2011

Kit Siang minta nyawa dari Najib

Kenapa baru sekarang Lim Kit Siang tahu betapa buruknya dan jijiknya politik yang menyerang kaum keluarga yang mengheret anak dan cucu serta isteri.

Bagaimana pula dengan isteri Perdana Menteri diheret ke kancah Fitnah PAS an PKR. Lihat saja betapa ahli DAP Melayu Badrul mencetak fitnah dan memfitnah DS Rosmah.

Bila kena batang hidung baru nak minta Najib tenguk pasal bloggers barulah kata tak elok heret anak bini cucu cicit dalam kancah politik. Apo kato Taufek orang kuat PAS mengenai isu ini.

Tuesday, October 18, 2011

From Sogo With Love : Part I – Rakyat mulai kenal yang mana kaca dan yang mana permata !


(Caption Gambar : sakit hati terhadap kejayaan MB, inilah perangai jahat penyokong pembangkang )

Pemimpin dan penyokong pembangkang di Negeri Sembilan  kini sudah mula merasa cemas apabila melihat sambutan rakyat  khususnya di kawasan Paroi Sikamat dan Ampangan yang kini sudah mula berpihak kepada kepada kerajaan keseluruhannya. Mungkin rakyat  sudah mulai menyedari pilihan yang mereka lakukan pada PRU 12 dahulu adalah pilihan yang salah dan tidak tepat.

Ini dapat kita rasakan apabila sambutan yang diberikan kepada setiap program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional di dua tempat ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Khususnya  program Roadshow hari raya yang mendapat sambutan yang begitu ramai dari penduduk DUN Paroi dan Ampangan.

Lawatan kerja sehari Tim Perdana Menteri ke Negeri Sembilan baru baru ini pula memberikan kesan yang besar kepada mereka dan sambutan rakyat di kedua tempat ini amat menggalakkan . Pada  majlis makan malam Perdana yang di adakan di sekitar Dun Paroi mendapat sambutan yang begitu meriah sekali di mana lebih dari 15 ribu orang telah menyambut ketibaan Tim Perdana Menteri bersama Menteri Besar Negeri Sembilan.

Rakyat sudah sedar dan merasa tertipu bila  mereka memberikan peluang kepada pembangkang untuk mewakili mereka di DUN  Ampangan dan Paroi, mereka kini sedar bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang boleh menjaga kebajikan dan  membangunkan kawasan mereka.

sSemua janji janji pembangkang pada PRU12 yang lalu hanya permainan politik untuk meraih dan menagih undi sahaja. Rakyat sudah mula meluat dengan cara mereka yang hanya sibuk berparti dengan mengutuk dan mencari kesalahan kerajaan sahaja sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa apa untuk rakyat malahan jika apa yang  kerajaan lakukan untuk rakyat di kawasan mereka akan mereka perakui kononnya itu adalah usaha dan desakan dari mereka
.
Ramai yang tidak menafikan bahawa Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah berkerja dengan begitu kuat sekali untuk melihat rakyat hidup senang dan berkebajikan. Beliau juga telah merancang dengan teliti pembangunan dan infrastruktur dari segi pendidikan ,kesihatan , sukan, agama  dan lain lain   di Negeri Sembilan untuk melihat rakyat selesa dan menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Menteri Besar telah melakukan yang terbaik sepanjang pemerintahan  BN  dan banyak banyak pembangunan yang telah dinikmati oleh rakyat. Banyak lagi yang dirancang secara menyeluruh turut dirasakan oleh rakyat secara realiti dan bukan hanya omong omongan kosong belaka.
bersambung…
Dipetik dari : www.N9kini.net

Sejarah Buktikan Pilihan Raya Malaysia Adalah Adil - Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu.

Katanya jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasikan dengan mudah, tidak mungkin BN akan menyerahkan Selangor kepada pembangkang dan Kelantan terus kekal di tangan Pas.

"Walaupun kita tidak manipulasikan, dia tetap akan pusing. Jadi kalau kita tidak jawab dengan baik, orang akan fikir bahawa kita telah memanipulasikan pilihan raya dan gunakan instrumen negara seperti tentera," katanya semasa berucap di majlis penutup Konvensyen BN Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Tuduhan bahawa BN menggunakan instrumen negara dan memperalatkan pihak tentera juga adalah tidak benar, katanya.

"Undi tentera pun kita tidak boleh jamin, ada undi tentera kita kalah, tentera itu bila kita lalu depan dia, dia tabik kita, tapi sampai pilihan raya kita kalah," katanya.

Najib berkata salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar yang pernah bertanding atas tiket PKR pernah mengaku kepada beliau walaupun dia tewas di Bandar Tun Razak tetapi dia dapat kelebihan undi tentera di kawasan itu.

Dr Chandra kini merupakan Pengerusi Yayasan 1Malaysia.

Najib berkata, Dr Chandra sendiri menempelak bekas parti yang pernah diwakilinya bahawa tuduhan terdapat penipuan di dalam pilihan raya adalah satu pembohongan yang dibuat oleh pembangkang.

"Bila tentera buang undi dia masuk dalam peti undi, akan ada wakil pembangkang menjadi pemerhatinya. Silap sikit dia akan protes, walaupun kita tidak manipulasi tapi dia pandai pusing," kata Najib.

Kewujudan pihak tentera dan kakitangan kerajaan masih belum lagi membolehkan wakil BN menang secara automatik, katanya.

Apa yang berlaku ialah pembangkang tidak ada jawapan apabila kerajaan mengumumkan pelbagai dasar transformasi yang membolehkan BN mendapat momentum politik, kata Najib.

Pembangkang bagaimanapun masih bijak memutar belit lalu mengadakan Bersih 2.0 dan menyusun satu skrip yang panjang untuk membentuk serangan dari demontrasi, laman web sehinggalah ke tayangan video dalam YouTube.

"Saya lihat mereka menggabungkan Bersih 1 dan 2 di dalam video YouTube untuk burukkan kerajaan dan rakyat akan fikir video itu betul. Saya lihat video itu seolah-olah mereka sudah pun membuat satu skrip yang tersusun," katanya.

Lakonan mereka dibuat dengan baik dan boleh mempengaruhi rakyat yang tidak perasan perkara ini dan jika difikirkan, mana ada orang yang menerima rawatan di wad hospital akibat kecederaan yang teruk masih memakai baju kuning, katanya.

Mungkin BN mahir dalam "peperangan dahulu" dan berjaya menang sebanyak 12 kali pilihan raya umum tetapi kali ini, "peperangan adalah dalam bentuk baru" dan BN tidak boleh lagi menggunakan senjata lama dalam peperangan yang moden.

Monday, October 17, 2011

Perdana Menteri Di Konvensyen BN Negeri Sembilan.

KONVENSYEN BARISAN NASIONAL N.SEMBILAN. 
BERTEMPAT DI ROYALE BINTANG SEREMBAN
PADA 16 OKTOBER 2011














Anak VVIP raba nenen anak dara orang ????? anak siapa ek....?????


Anak VVIP di Penang meraba 'buah dada' pelajar pompuan Cina di sekolah??? KECOH NIE!!! Tapi siapakah gerangannya anak VVIP tersebut?? Lagi syok GR nak tau cite sensasi nie...macam artis hollywood la pulakkan...hehehe

GR difahamkan dari sumber kawan-kawan2 GR anak VVIP nie adalah orang kuat dalam Pakatan Rakyat ....wwooowwww..dan dari Penang.Malah VVIP tersebut sebelum nie pernah menghina negeri Johor dan pelancong tak selamat kalau pegi melancong ke negeri Johor... opppppppssssstttt!!!...terlebih cerita pulak...hehehe

Akibat dari perbuatan terkutuk anak VVIP tersebut, VVIP ini telah memberi sejumlah wang sebanyak RM200 ribu kepada keluarga perempuan (mangsa raba) bagi menutup kes supaya tidak melaporkan kepada pihak Polis dan juga pihak sekolah serta merahsiakan dari pengetahuan umum...

Wednesday, October 12, 2011

Pemuda UMNO desak kerajaan siasat Proton - ketua Dah lama tahu dia ni kepala pembangkang

Lama dah dengar vdia ni kepala pembangkang , mcm mana boleh ada dalam Proton?

Pemuda UMNO mendesak kerajaan melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan Proton berhubung dakwaan wujud aktiviti politik ditunjangi pengurusan kanan syarikat itu dengan beberapa pemimpin pembangkang.

Pengerusi Sekretariat Pekerja Mudanya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tindakan tegas itu penting bagi membolehkan syarikat automotif utama negara tersebut 'dibersihkan' daripada kumpulan perosak yang hanya mahu menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Siasatan penuh perlu dilakukan dengan segera dan jika dakwaan itu benar maka, Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir perlu bertanggungjawab.

"Kerajaan juga pada masa sama harus melihat dan meneliti semula bagaimana individu-individu yang tidak bertanggungjawab seperti ini boleh diberi jawatan dan amanah yang cukup besar untuk menguruskan Proton," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sebuah blog, ruangbicarafaisal. blogspot.com hari ini yang mendakwa penceramah Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyusup masuk dan mengadakan sesi ceramah politik sejak dua tahun lalu hasil anjuran pengurusan kanan Proton.

Dakwa blog itu, bagi menjayakan tindakan itu, semua pemimpin pembangkang berkenaan menukar status kerjaya mereka kepada pendakwah bebas dan penceramah motivasi bertujuan mengelirukan kakitangan Proton.

Mengulas lanjut, Nazir Hussin berkata, individu yang gagal melaksanakan amanah setelah diberi kepercayaan untuk mengurus syarikat milik kerajaan (GLC) perlu dihukum demi menjaga nama baik dan produktiviti negara.

Dalam pada itu, beliau juga mahu siasatan penuh dilakukan mengenai dakwaan seorang pengurus besar di syarikat tersebut yang didakwa mencabul kehormatan seorang kakitangan Proton baru-baru ini.

"Saya dimaklumkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 29 Jun lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Semua masalah ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana ia mencemarkan imej Proton," tegasnya.

Saturday, October 8, 2011

PERGI MANA PEMUDA SAMM , HA HA DUK KAT DAPUR RUMAH TANGAN DALAM SELUAR KOT..

Hari hari kita dengar Chegu Bard Megah dengan NGO yang ditubuhkan  SAMM. Kemana saja beliau pergi sekarang ini beliau akan pergi di bawah tiket SAMM bukannya lagi Parti Keadilan. SAMM juga ditubuhkan di sleurauh Malaysia, Hebat SAMM ini sampai ke Indonesia juga Chegu Bard akan bercerita  mengenai SAMM. Di Renmbaui ini juga kononnya  anaka muda semuanya menyokong SAMM. ia ke ?????? Cuba tunjuk dengan kami yang mana satu ahli SAMM ketika penyokong Mat Sabu dan Chegu Bard menyerang NGO semalam.Chegu Bard yang kononnya pengerusi NGO tapi tidak memahami kehendak  NGO yang lain.CUBA CHEGU BARD TUNJUK DALAM GAMBAR INI YANG MANA BUDAK BUDAK SAMM???? KE DIORANG DAH LARI KECUT DUK DAPUR TANGAN DALAM SELUAR.

Detik Chegubard Meloloskan Diri dari 'hotel ambush'- mamat ni penakut.

Chegu Bard ini sebenarnya panakut, masa di Rembau ketika bapa komunis morden datang pun dia duduk dikelilingi penyokong. anunya dalam botol.

Friday, October 7, 2011

Jangan Tuduh UMNO - Pen Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Rembau

Rembau  7 Okt : Mohd Safariladira b Abdullah , Pen Setiausaha Pemuda UMNO  Bahagian Rembau  apabila dihubungi oleh Politik Negeri Sembilan telah menyatakan bahawa apa yang berlaku semalam pada  ketika ceramah Mat Sabu semalam tidak langsung melibatkan Pemuda UMNO Rembau.

Protes yang dilakukan  semalam adalah dari sekumpulan NGO yang menuntut Mat Sabu agar meminta maaf kerana kenyataan beliau mengenai isu Komunis yang hangat dipertikaikan oleh orang orang Melayu. Pemuda Rembau langsung tidak terlibat dalam cubaan menghantar memorundum kepada Mat Sabu.

Dengan itu semua tuduhan yang cuba memburukkan nama UMNO adalah permainan kotor PAS yang  kini hilang arah dan cuba mahu memburukkan UMNO kerana menyedari hakikat bahawa UMNO telah mendapat kembali kepercayaan orang orang Melayu dan PAS kini semakin dibenci oleh orang orang Melayu.

Menurut Sdr Safariladira lagi  kebanyakan orang yang datang pada ceramah Mat Sabu semalam adalah orang orang luar  dan orang orang tempatan sebenarnya tidak menyokong Chegu Bard dan juga pembangkang. Ceramah yang diadakan semalam adalah satu cubaan provokasi pembangkang kepada UMNO namun mereka agak kecewa apabila UMNO tidak melayan mereka.Mereka begitu kecewa apabila NGO yang membuat bantahan dan kerana kekecewaan ini lah  mereka terus menerus menuduh UMNO yang cuba menganggu ceramah mereka.

Menurut beliau : apa yang sebenarnya berlaku semalam, kekecohan yang berlaku bukan bermula dari NGO yang berhasrat menghantar memorandum kepada Mat Sabu. Ianya bermula apabila penyokong PAS dan Unit Amal Pas bertindak menyerang mereka sehingga mereka terpaksa berundur seketika dan setelah diadakan satu perbincangan mereka akhirnya berjaya menyampaikan memorandum berkenaan.

Penyokong dan penyerang militan PAS koma???

Politik Negeri Sembilan mendapat maklumat terkini dan amat bersimpati apabila mendapat berita bahawa penyokong PAS yang dipukul kepalanya dengan sebuah objek kini berada dalam keadaan koma dan cemas. Penyokong PAS ini dipukul dalam usaha penyokong NGO ini untuk mempertahankan diri apabila diserang beramai ramai.

Keadaan penyokong PAS ini dikatakan tenat dan kemungkinan dalam keadaan yang parah. Difahamkan ramai penyokong PAS yang cedera teruk kerana mereka menyerang secara membabi buta. Sewaktu  ahli NGO membuat laporan di balai polis Cembung semalam, mereka berkata tidak seorang daripada mereka yang cedera teruk , malahan tidak ada yang lebam kerana mereka berundur ketika diserang dan menyerang kembali apabila dalam keadaan yang baik.

Ada juga yang berkata bahawa Allah SWT bersama mereka dan merasa sangat hairan kerana mereka terselamat walaupun diserang oleh begitu ramai penyokong PAS dan merasa hairan apabila ramai penyokong PAS yang cedera teruk. Ini sungguh menakjubkan. Cuba tanya bloggers PAS kalau tidak percaya kata mereka.

Siapa yang ganas , Siapa yang menyerang , Siapa dalang sebenar ????? lihat gambar.

Penyokong PAS yang datang dari luar  Rembau mengganas di Rembau.
INIKAH PERANGAI ORANG ISLAM ?????

Che Gu Bard kepala komunis  Rembau memanjat pagar bersama penyokong ganas PAS.
Rembau: 7 Okt -  Berlaku kekecohan  di ceramah Mat Sabu semalam yang diadakan di kampung Pulau Bintongan di perkarangan rumah Hajah Zaiton  ibu kepada ADUN Paroi. Kg Bintongan semalam didalangi oleh pengunjung yang tidak diundang dari pelusuk tanah air. Khabarnya beratus unit amal dari Johor juga dtempatkan di sepanjang kawasan perumahan.

Atas ketidakpuasan hati rakyat dan NGO, mereka  telah memasang banner membantah ceramah berkenaan. Mereka semua terdiri dari anak anak Negeri Sembilan semalam telah berarak ke perkarangan rumah Hajah Zaiton untuk menghantar memorandum. Seramai 50 orang NGO yang diketuai oleh seorang bekas major bersara telah mengepalai NGO  untuk menyerahkan memorandum. Sebaik mereka tiba di perkarangan rumah , lebih dari 200 ahli PAS dan unit Amal mereka telah menyerang ahli NGO ini dengan besi kayu dan ada yang memukul ahli ahli NGO ini sehingga mereka terpaksa berundur.

Unit Amal telah memacak kayu sepanjang jalan dan mencabut kayu kayu berkenaan untuk memukul NGO.
Keganasan ahli PAS ini sungguh memalukan kerana mereka sanggup menyerang orang melayu yang tidak bersenjata dengan kayu dan juga besi. Budaya komunis nampaknya sudah mula diserapkan di kalangan ahli ahli PAS. Penduduk kampung yang tidak selesa dengan kehadiran orang orang luar ini tidak keluar dari rumah dan hanya orang luar yang memenuhi perkarangan rumah Hajah Zaiton.

Setelah berkompromi wakil PAS bersetuju membenarkan  3 orang untuk berjumpa Mat Sabu dan menyerahkan memorandum , apabila  tiba di kawasan rumah hanya  dua orang di benarkan masuk.  Setelah menyerahkan memorundum , pihak NGO beredar dari kawasan berkenaan.
Chegu Bard dengan penyokong fasik PAS yang kini menjelma sebagai komunis Bukit Kepong

lihat unit amal dan beratus penyokong PAS yang mengganas




Thursday, October 6, 2011

Bajet bayangan pembangkang sekadar janji populis

PAKATAN pembangkang boleh menjanjikan apa sahaja, hatta 'bulan dan bintang'. Namun rekod di beberapa negeri yang diperintah mereka menunjukkan apa yang dijanjikan kepada rakyat tidak pernah tertunai. Malah dipenuhi pembohongan.

Apabila Anwar Ibrahim kelmarin memperkenalkan 'bajet bayangan'nya menjelang pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok, kita semua maklum apa lagilah helah Ketua Pembangkang ini.

Apabila belum berkuasa dan 'poket kosong', semua orang boleh berjanji apa sahaja. Cuba amati manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Banyak janji ditabur belum lagi tertunai.

Apabila Anwar menjanjikan 'bajet bayangannya', semua mata pasti tertumpu kepada janji-janji lepasnya. Biarpun bantuan RM100 yang dijanjikan kepada warga emas sebelum ini belum mampu dilaksanakan, kelmarin dia menjanjikan perkara sama tetapi kali ini menambah pula kepada RM1,000 untuk tempoh setahun termasuk bayaran bonus kepada suri rumah dan menyelaraskan penerima bantuan kebajikan masyarakat kepada RM550 sebulan.

'Bajet bayangan' pembangkang ini tidak ubah seperti janji yang ditaburnya dalam Buku Jingga keluaran mereka jika berkuasa. Hakikatnya, Buku Jingga tidak menjelaskan dari mana sumber kewangan untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

Disorot janji pembangkang dalam buku itu untuk memastikan pendapatan isi rumah minimum RM4,000 sebulan jika pakatan pembangkang berkuasa kelak, apakah ia boleh dicapai?

Sumber memberitahu Utusan Malaysia bahawa untuk mencapai pendapatan isi rumah seminimum itu, kadar pertumbuhan ekonomi perlu berada pada tahap 21.7 peratus. Negara China sendiri yang merupakan paling tinggi pertumbuhan ekonominya pun sekadar pada tahap 10 peratus.

Ternyata, rakyat cuba diperbudak-budakkan pembangkang semata-mata untuk memancing undi dengan tawaran pendapatan RM4,000 sebulan tanpa mengira faktor ekonomi.

Jika diamati, kerajaan DAP Pulau Pinang pun gagal menunaikan janji untuk memberi pendapatan isi rumah sebanyak RM6,000 sebulan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

Demikian juga dengan janji pembangkang untuk memastikan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki konsesi lebuh raya untuk memberi tol percuma. Berdasarkan perkiraan ekonomi, ia kelak akan memakan belanja antara RM50 hingga RM100 bilion.

Jika dilaksanakan, ia akan meningkatkan defisit negara lebih daripada 6.4 peratus dari KDNK. Dengan pendapatan kerajaan RM158.6 bilion pada 2009, melaksanakan janji ini akan menelan kos hampir dua pertiga daripada jumlah keseluruhan pendapatan Kerajaan Persekutuan.

Di sebalik janji-janji ini, bagaimana pula dengan janji Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior dan Tol Jambatan Pulau Pinang dalam manifesto PRU-12. Setelah mendapat kuasa, janji itu tidak ditunaikan.

Demikian juga dengan janji pembangkang mahu memberi imbuhan kepada guru sebanyak RM500 seorang setiap bulan, apakah ia boleh terlaksana? Kelmarin, Anwar bercakap tentang pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 dalam 'bajet' tersebut.

Dianggarkan ketika ini terdapat kira-kira 400,000 guru. Jika imbuhan RM500 itu menjadi realiti, maka kos yang diperlukan adalah RM2.4 bilion (sebanyak 0.3 peratus daripada KDNK).

Ketika ini, guru PPSMI kategori ijazah memperoleh elaun lima peratus daripada jumlah gaji dan guru bukan ijazah 10 peratus daripada jumlah gaji masing-masing.

Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), sebanyak 60 peratus tumpuan adalah bagi menaik taraf guru kelulusan diploma kepada ijazah yang akan melonjakkan tangga gaji perguruan.

Dalam aspek ini juga seramai 924 guru besar telah menerima ganjaran RM7,500 seorang baru-baru ini kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Anugerah Tawaran Baru (Bai'ah). Sejumlah lima peratus guru paling cemerlang pula menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.

Pada masa sama, semasa sambutan Hari Guru, kerajaan komited memberi pengiktirafan kepada Guru Cemerlang dengan kenaikan tangga gaji. Malah, sejumlah RM700,000 telah diagihkan untuk Sekolah Berprestasi Tinggi (20 buah sekolah) di bawah NKRA Pendidikan.

'Bajet bayangan' pembangkang kelmarin, juga 'Buku Jingga' mereka hanyalah janji-janji populis untuk meraih undi rakyat semata-mata.

Sumber : utusanonline.

Tuesday, October 4, 2011

SAH chegu bard kaki fitnah !!


Bila DS Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ni sahkan kewujudan cincin bernilai RM 24 juta yang dikatakan dibeli oleh isteri Perdana Menteri.., ini membuktikan dakwaan puak-puak Pakatan memang betul. Cuma yang tak betulnya ialah cincin tu dibeli dan dimiliki oleh DS Rosmah Mansur.

Memang cincin jutaan ringgit tu dibawa masuk ke Malaysia, tapi cuma untuk pameran barangan kemas di ibu negara. Susah sangat ke puak-puak Pakatan nak faham dengan kenyataan tu? Ataupun mereka tu adalah terdiri dari jenis bebal dan suka buat fitnah terhadap orang lain?
Dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

“Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

“Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan,” katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’.
Dengan penjelasan dari pihak Kastam dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri tu, jelaslah kepada kita bahawa puak-puak Pakatan tu semua sebenarnya bukan ada kerja lain. Asyik nak menipu rakyat saja kerja mereka semua.

Apa halnya dikaitkan cincin tu masuk ke Malaysia dengan cincin tu dibeli oleh DS Rosmah? Takkan semua benda yang masuk ke negara ni dibeli oleh isteri Perdana Menteri? Kalau macam tu.., patutnya puak-puak Pakatan kena kata kapal selam Scorpene dan juga segala pelaburan yang masuk ke Malaysia adalah milik DS Rosmah juga lah..

Macam tu juga halnya dengan semua pelancong asing dan pekerja-pekerja luar yang masuk ke dalam negara.. Semuanya dah “dibeli” oleh isteri Perdana Menteri.

Dan semua pemimpin-pemimpin negara luar yang masuk ke Malaysia setakat hari ni pun adalah hasil
 “pembelian” dari DS Rosmah juga. Mungkin yang inilah nak dimaksudkan oleh Chegu Bard dan kawan-kawan Pakatan dia bahawa DS Rosmah adalah orang yang paling berkuasa dalam negara.

Kenapalah teruk sangat mentaliti dan pemikiran puak-puak pengikut Anwar Ibrahim tu agaknya? Dan pengikut-pengikut Pakatan pun jadi bodoh juga kerana percaya bulat-bulat semua pembohongan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin atasan mereka.

Semua benda nak dijadikan isu.., dan semua perkara nak di putarbelitkan untuk memburuk-burukkan kerajaan. Hal kebajikan rakyat langsung mereka tak hiraukan sebab asyik berpolitik saja 24 jam. Samalah macam Anwar yang langsung tak pedulikan kawasan Parlimen dia sendiri.

Kalau setakat nama tercatat dalam borang penerimaan Kastam, itu bukan bermakna ia dibeli oleh DS Rosmah. Itu pun Chegu Bard tak boleh nak fikir ke? Macam mana nak jadi pemimpin politik kalau perkara semudah tu pun chegu bard tak mampu nak faham?

Dengan permainan politik tak cukup cerdik macam ni, patutlah Chegu Bard tu asyik kalah je pada Samsul Iskandar @ Sam ketot didalam pemilihan parti PKR. Sekurang-kurangnya, Samsul Iskandar tu cerdik sikit dari chegu bard dalam hal-hal buat fitnah ni..

Datuk Roslan Md Yusof - ADUN Johol kembali ke rahmatullah - Al fatihah


KUALA PILAH, 4 Okt-- Anggota Dewan Undangan Negeri Johol, Datuk Roslan Md Yusof meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah di sini kira-kira pukul 4.45 pagi ini.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Roslan, seorang bekas guru yang mewakili Barisan Nasional (BN) mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

Pada 2009, Allahyarham Roslan dilaporkan mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika bermain badminton menyebabkan tulang belakangnya cedera.

Berikutan itu, beliau telah menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini.

Anak sulung Allahyarham Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No. 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor.

-- BERNAMA

Sunday, October 2, 2011

Lopeh satu, satu merapunyo puak pakatan haram ni lah... Tengok apo ni!


SATU, satu. Tak habis-habis dengan momokan isu yang dibawa oleh beberapa pemimpin kanan pakatan pembangkang dalam beberapa minggu ini.

Setelah rakyat dikejutkan dengan gelagat lucu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengherokan komunis dan kerenah wakil rakyat DAP, Manoharan mahu menukar Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa, muncul pula temberang Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng mengadu-domba mengklasifikasikan Johor negeri yang tidak selamat bagi pelabur asing.

Sudah mengeluarkan kenyataan kepada media asing di Singapura kemungkinan rakyat Singapura boleh diculik jika berurusan di Johor, kemudian tidak mahu mengaku pula. Alahai!

Meskipun Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff memaklumkan bahawa trend penurunan indeks jenayah yang dicatatkan di Johor jelas membuktikan keadaan keselamatan di negeri itu terjamin bukan sahaja untuk rakyat Johor tetapi rakyat asing, Setiausaha Agung DAP itu tetap merasakan dirinya sahaja yang betul. 

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri terkejut dengan kenyataan Guan Eng ini. Setelah ‘lari’ dari kota Melaka, mencari tapak politik di Pulau Pinang sehingga diterima oleh masyarakat Cina di sana, dia semakin celupar pula memburuk-burukkan negeri lain.

Johor, kata Abdul Ghani, antara negeri yang berjaya menarik pelabur asing pada paras tertinggi di Malaysia. Katanya, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke Iskandar Malaysia sahaja mencapai RM76 bilion dan dijangka meningkat pada tahun mendatang. Jika dibandingkan dengan Johor, Pulau Pinang jauh ketinggalan.

Realitinya, jenayah adalah isu sejagat. Di mana-mana negara di dunia pun, pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Oleh demikianlah saudara Guan Eng, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan jenayah sebagai salah satu daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). 

Kajian dan analisis Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan beberapa fakta utama tentang jenayah jalanan iaitu empat negeri mewakili lebih 70 peratus daripada kes jenayah jalanan. Keempat-empatnya ialah Kuala Lumpur, Johor, Selangor serta Pulau Pinang, negeri yang diketuai Guan Eng. 

Lebih kurang 30 peratus daripada kesemua jenayah jalanan adalah curi ragut. Dadah pula memainkan peranan utama. Hampir 50 peratus daripada mereka yang ditahan untuk curi ragut merupakan penagih dadah tegar. 

Justeru pada Ogos 2009, PDRM melancarkan usaha komprehensif mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang Disember 2010. Ia tertumpu kepada empat negeri tersebut. 

Berbalik kepada Guan Eng, sepatutnya dia mengambil contoh sikap pemimpin Barisan Nasional yang diketuai Perdana Menteri. Apabila berkunjung ke luar negara mencari pelaburan dan peluang pekerjaan, tidak pernah mereka memburukkan negeri yang dipimpin oleh pembangkang. 

Namun Guan Eng dan ‘sifu‘nya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada sikap ini. Kedua-duanya memburukkan tanah air sendiri. Gelagat Guan Eng menyelar Johor juga dikaitkan beberapa pihak sebagai cubaan meniru (echo) kenyataan-kenyataan yang pernah disuarakan oleh bekas Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew. 

Siapa yang akan lupa apabila Kuan Yew mengeluarkan kenyataan bahawa adalah penting bagi Singapura, sebagai negara majoriti rakyatnya berketurunan Cina, untuk berdepan dengan negara-negara yang lebih besar yang majoriti rakyatnya beragama Islam. 

Siapa juga ‘bisa’ lupa apabila Kuan Yew terus dengan gelagatnya mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia dan Indonesia, mempunyai masalah dengan penduduk keturunan Cina mereka. Orang Cina Malaysia dan Indonesia, kata Kuan Yew berjaya dan mereka bekerja kuat dan sebab itu dipinggirkan secara sistematik.

Memegang kata-kata Najib: “Jenayah berlaku apabila ada peluang dan kita percaya dengan mengurangkan peluang, maka kadar jenayah akan dapat dikurangkan.”

Guan Eng janganlah anda cuba sabotaj Johor. Dikhuatiri, ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam ada pula musuh di kalangan kita!


Saturday, October 1, 2011

Sembilan persatuan bergabung anjur majlis Hari Raya Aidilfitri

SEREMBAN 30 Sept. - Sebanyak sembilan persatuan di negeri ini bergabung menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dengan meriah dan penuh warna-warni di sini, kelmarin.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) negeri ini dikenali sebagai Majlis Amal Sumbangsih Ukhuwah Hassanah, Ummad Mahabbah Baldatun Thoiyibbah.
Majlis itu lebih bermakna apabila enam persatuan yang bukan ahli gabungan NCWO bergabung menjayakan sambutan berkenaan.

Ia terdiri daripada Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (NS) (MACMA), Kongres India Muslim Malaysia NS (KIMMA NS), Persatuan Darus Saadah (MRA), Badan Kebajikan Orang Asli Islam NS (BKOAI), Persatuan Parkinson NS (PPNS) dan Persatuan Orang Pekak NS (NESDA).
Lebih 300 orang yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan, ahli keluarga mereka, Orang Asli, ibu tunggal, anak yatim, pesakit Parkinson, Orang Kurang Pendengaran yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama menghadiri majlis tersebut.

Yang Dipertua NCWO negeri ini, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin berkata, ia kali pertama gabungan sembilan persatuan mengadakan majlis Hari Raya Aidilfitri yang sangat meriah.