Friday, October 7, 2011

Penyokong dan penyerang militan PAS koma???

Politik Negeri Sembilan mendapat maklumat terkini dan amat bersimpati apabila mendapat berita bahawa penyokong PAS yang dipukul kepalanya dengan sebuah objek kini berada dalam keadaan koma dan cemas. Penyokong PAS ini dipukul dalam usaha penyokong NGO ini untuk mempertahankan diri apabila diserang beramai ramai.

Keadaan penyokong PAS ini dikatakan tenat dan kemungkinan dalam keadaan yang parah. Difahamkan ramai penyokong PAS yang cedera teruk kerana mereka menyerang secara membabi buta. Sewaktu  ahli NGO membuat laporan di balai polis Cembung semalam, mereka berkata tidak seorang daripada mereka yang cedera teruk , malahan tidak ada yang lebam kerana mereka berundur ketika diserang dan menyerang kembali apabila dalam keadaan yang baik.

Ada juga yang berkata bahawa Allah SWT bersama mereka dan merasa sangat hairan kerana mereka terselamat walaupun diserang oleh begitu ramai penyokong PAS dan merasa hairan apabila ramai penyokong PAS yang cedera teruk. Ini sungguh menakjubkan. Cuba tanya bloggers PAS kalau tidak percaya kata mereka.

No comments:

Post a Comment