Sunday, December 30, 2012

Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi

Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan memberi beliau peluang siaran secara langsung sejam menerusi RTM untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang kembali menjadi polemik semasa.
Selain RTM, Abdul Hadi turut meminta rangkaian Kumpulan Media Prima terutama TV3 juga memberinya peluang yang sama.

Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.

“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,” kata beliau selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, pagi tadi.

Friday, December 28, 2012

Jika Ikut Prinsip Demokrasi, Anwar Tak Layak Jadi PM – Prof Madya Dr Siva


KUALA LUMPUR, 28 Dis – Kenyataan DAP dan PKR  yang bertegas mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mengenepikan cadangan agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki kerusi Perdana Menteri (PM) sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU ke 13 nanti, memperlihatkan sikap tidak demokratik Pakatan Pembangkang di dalam soal pemilihan ketua untuk menerajui negara.

Ini disebabkan,  jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim baik di dalam parti PKR, mahu pun di dalam gabungan Pakatan Pembangkang merupakan jawatan lantikan dan bukannya pemilihan secara demokrasi yang berlaku di peringkat  akar umbi, demikian menurut kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

“Sedangkan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan seorang pemimpin yang dipilih oleh ahli akar umbi mengikut saluran demokrasi yang sebenar. Bagaimana kita mahu meletakkan seorang pemimpin yang tidak tidak dipilih secara demokrasi  di dalam partinya sendiri untuk menerajui negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi?

“Sepatutnya, Presiden Pas lebih layak lantaran jawatan yang dipegang beliau di dalam parti adalah berdasarkan pemilihan ahli di peringkat akar umbi. Jadi, daripada sudut demokrasi, ternyata Abdul Hadi lebih layak berbanding Anwar untuk jawatan PM,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sekiranya DAP dan PKR terus bertegas mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara ini sekiranya Pakatan memenangi PRU yang akan datang, keputusan ini secara tidak langsung telah bercanggah dengan prinsip-prinsip demokrasi di negara ini.

Jelas beliau, jawatan Ketua Umum di dalam PKR tidak wujud dalam perlembagaan parti. Jawatan tersebut diwujudkan hanya untuk Anwar dan ia langsung tidak melalui proses pemilihan secara demokrasi untuk jawatan tersebut.

“ Jadi bagaimana kita mahu mengambil seorang pemimpin, untuk memimpin sebuah negara demokrasi, sedangkan jawatan yang dipegangnya di dalam parti itu tidak wujud dan tidak melalui sistem pemilihan demokrasi yang betul?

“Bukankah itu ternyata bercanggah dengan sistem amalan dan prinsip demokrasi di negara ini? Sepatutnya, Pakatan Pembangkang memilih seorang pemimpin yang memegang jawatan tertinggi di dalam parti yang melalui proses pemilihan secara demokrasi oleh akar umbi.

“Jadi, bagaimana mungkin untuk melantik Datuk Seri Anwar sebagai PM, sedangkan jawatan yang disandang oleh beliau sendiripun di dalam parti tidak melalui proses pemilihan secara demokrasi?,” soalnya lagi.

Beliau juga berpendapat DAP dan PKR sepatutnya menghormati cadangan Pas yang mencadangkan presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memegang jawatan PM jika ditakdirkan mereka menguasai kerajaan kelak.

“Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi dan parti-parti gabungan di dalam Pakatan Pembangkang juga harus menghormati prinsip ini, sekiranya mereka mahu memerintah negara ini.

“Justeru itu,  pemimpin yang layak untuk untuk dipilih sebagai ketua negara adalah pemimpin yang mempunyai legitimasi  melalui proses pemilihan jawatan secara demokrasi di dalam parti mereka sendiri terlebih dulu, dan bukannya pemimpin yang memegang jawatan parti yang tidak melalui proses secara demokrasi di dalam partinya sendiri,” jelasnya. -MediaUMNO

Wednesday, December 26, 2012

Pembangkang tak sebut Negeri Sembilan.. Ohhhh Yer???

pru-kempen1xx 

Pemimpin BN tak pernah buka mulut pasal berapa kerusi boleh menang dalam pilihanraya umum ke 13 walaupun pemimpin pembangkang berlumba-lumba cakap mereka boleh merampas Putrajaya.

Sudah lama PKR,DAP dan PAS main angka kononnya mereka sudah ada 105 kerusi parlimen dalam tangan dan Cuma perlu tujuh saja lagi kerusi untuk simple majoriti.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli sendiri cukup yakin dapat tambahan kerusi itu daripada Johor, Sabah dan Sarawak.

"Pada pilihan raya umum 2008, kami (PR) menang 82 kerusi. Status quo jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak," katanya tidak lama dahulu.

Secara purata, katanya, Rafizi berkata, PR boleh memperoleh 24 kerusi,masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak.

"Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi beradadalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran,"katanya.

Itulah dimomok-momokkan pembangkang semata-mata nak tunjuk mereka dah dekat dengan Putrajaya supaya pengundi atas pagar terus percaya PRU 12 memang sudah dalam tangan pembangkang.

Apatah lagi ada penganalisa politik juga nyanyi lagu sama.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin contohnya jangka BN memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi.

Walaupun kata kemenangan masih memihak pada BN dalam pilihan raya nanti tetapi kenyataannya juga nampak mahu menyokong angka diberikan pemimpin pembangkang.

Dalam PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84.

Bagaimanapun, berdasarkan berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu).

Satu kerusi kosong berikutan kematian ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo Lo Ghazali pada Ogos 2011.

Jadi biarlah pembangkang nak nyanyi berapa kerusi mereka bakal menang tetapi mungkin sebenarnya mereka kecut perut dengan jangkaan Ketua Penerangan UMNO bahawa BN mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang, sekali gus meraih kemenangan majoriti dua pertiga PRU nanti.

Malah Datuk Ahmad Maslan berkata beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi Pas, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi PKR.

Beliau berkata, keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi mereka sebelum ini.

"Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor," katanya pada Sabtu.

Sebelum ini memang tak ada pemimpin BN cakap pasal angka itu kecuali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan boleh menang besar jika tidak ada unsur sabotaj pada pilihan raya nanti.

Sebenarnya Ahmad bukan bikin gempak tetapi ada logiknya jika dinilai keadaan pembangkang sekarang yang sarat dengan masalah.

PKR dengan masalah moral pemimpinnya dan gagal tunaikan janji pilihanraya lalu, DAP dan PAS sekarang bergelut pasal isu di Kelantan selain Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tidak kurang dengan beban masing-masing.

Ada pemerhati politik meramalkan kerusi milik pembangkang terutama PKR dan PAS akan merosot Kalau adapun pertambahan kerusi hanya babitkan DAP.

Namun, perang angka siapa yang dapat kerusi lebih dalam PRU 13 akan berterusan hinggalah Najib bubarkan parlimen.Bila tarikhnya...mari kita sama-sama teka.

Tuesday, December 25, 2012

Rujuk Sejarah, Tragedi 13 Mei Bukan Komplot UMNO – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 25 Dis. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merasa kesal dan amat terkilan dengan artikel yang disiarkan dalam Edge Financial Daily versi tempatan berkaitan tragedi 13 Mei 1969 yang membuat tuduhan bahawa kononnya tragedi tersebut adalah hasil daripada perancangan UMNO.

Menerusi artikel yang bertarikh 17 Disember 2012, didakwa tragedi 13 Mei 1969 adalah perancangan sekumpulan pemimpin-pemimpin UMNO yang mahukan Presiden parti ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Perdana Menteri Malaysia ditumbangkan.

“Perkara tersebut adalah tidak benar kerana fakta yang jelas tidak pernah dirahsiakan berkaitan punca utama berlakunya kekacauan pada tarikh tersebut malah ia menjadi iktibar kepada masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa,” tegasnya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, ketika peristiwa 13 Mei 1969, beliau berusia 18 tahun dan tahu bagaimana peritnya kekacauan yang telah mengorbankan ratusan nyawa selain kemusnahan yang besar.

“UMNO juga tidak pernah bertindak meminggirkan apatah lagi menumbangkan mana-mana ketuanya malah parti ini mempunyai struktur kukuh dan organisasi yang mantap dengan setiap proses yang berlaku adalah berdasarkan kepada struktur yang ada sebagaimana digariskan dalam Perlembagaan parti.

“Peralihan tampuk kepimpinan daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak adalah satu proses penyerahan yang berlangsung selepas darurat ekoran tragedi 13 Mei 1969 ini dan ia dilaksanakan tanpa sebarang komplot sebagaimana yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab ini,” katanya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Tegasnya lagi, sewajarnya mana-mana pihak yang mahu menulis atau bercakap berkaitan tragedi 13 Mei 1969 akan merujuk kepada fakta sejarah dan bukannya melakukan kesimpulan berasaskan kepada pandangan peribadi atau ada kepentingan politik tersendiri.

“Fakta sejarah tidak pernah menipu malahan secara jelas bahawa tragedi tersebut tercetus ekoran perarakan yang dibuat oleh parti pembangkang selepas berjaya memperolehi kerusi yang banyak dalam pilihan raya pada tahun terbabit sehinggakan mereka ini melakukan provokasi dan menghina bangsa lain di Ibu Kota.

“Tragedi 13 Mei 1969 ini menjadi sejarah pahit dan tauladan kepada rakyat dan kerana itu jugalah maka kerajaan sedar bahawa perpaduan adalah kunci utama dalam kesejahteraan sebagaimana digariskan dalan gagasan 1Malaysia untuk dimanifestasi dengan masyarakat negara ini atas kerukunan kesatuan dalam kepelbagaian.”


Katanya, antara faktor lain yang menyumbang kepada peristiwa 13 Mei adalah Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969 ekoran keterbukaan kerajaan yang membenarkan parti-parti politik berkempen secara terbuka yang kemudiannya dimanipulasi oleh pembangkang sehingga mewujudkan sentimen kebencian dalam masyarakat.

Dilaporkan dalam pilihan raya tersebut, secara teknikal parti pembangkang iaitu DAP telah menang besar lantas pada 11 dan 12 Mei 1969 mereka telah meraikan kemenangan dengan berarak di Kuala Lumpur dan Kampung Baru yang didiami lebih 30,000 orang Melayu termasuklah rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris.

Menurut rujukan oleh Ramlah Adam (dipetik oleh Ramlah Adam dalam Democartic Action Party,1969, Dap General Elactions Manifesto, Out Triple objektif Toward a Malaysian Malaysia), DAP berarak sambil mengeluarkan kata-kata yang menghina orang Melayu seperti Melayu sudah jatuh, Kuala Lumpur sekarang Cina punya, ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu.

Pada ketika ini dikatakan mereka telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan.

Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan ’menyapu’ (menyingkir) orang-orang Melayu ke laut sementara dalam masyarakat Melayu pula penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Lebih teruk lagi, dilaporkan ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Ekoran tragedi tersebut, bukan hanya darurat diisytuharkan malah angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan selain 211 kenderaan musnah. – MediaUMNO

[Bila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat BERSATU] Rakyat terus terbela, NBOS-7 antara JANJI DITEPATI


TAMPIN  - Kesedihan seorang ibu tunggal bersama lima anaknya yang hanya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran, kini terubat dan kehidupan kembali gembira apabila rumah baru dibina untuk mereka.

Semuanya hasil Program Strategi Lautan Biru Negara Ke-7 (NBOS-7): Kejiranan Indah yang dilaksanakan kerajaan demi meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat dengan projek atau idea kreatif melalui kerjasama antara kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Pekerja kilang, Norlia Jaudin, 47, yang tinggal di Kampung Gedok Sawah, Gemencheh dekat sini kehilangan rumahnya akibat dijilat api pada 1 Februari lalu.

"Sejak itu, saya dan anak-anak terpaksa tinggal menyewa dan susah hati memikirkan masa depan kerana rumah kami sudah tiada," katanya.

Kesusahan keluarga itu mendapat perhatian Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri yang diketuai Pengarahnya, Saadon Moktar.

Melalui beberapa penilaian dan penyiasatan, Norlia akhirnya dipilih sebagai penerima projek Kejiranan Indah bagi membina rumah baru untuk keluarga berkenaan.

Saadon berkata, inisiatif itu membabitkan peruntukan sebanyak RM40,000 daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerja pembinaannya dilakukan oleh 23 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri ini.

"Dengan kemahiran tertentu yang ada pada setiap anggota itu, kerja pembinaan itu berjaya disiapkan dalam tempoh lima minggu bermula 5 September lalu.

"Pembinaan secara gotong-royong ini telah berjaya menjimatkan kos sehingga RM20,000 berbanding jika projek ini diserahkan kepada kontraktor swasta," katanya selepas majlis penyerahan kunci rumah itu di sini kelmarin.

Majlis itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd. Kamil Abd. Aziz. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Amer Yusof.

Sementara itu Mohd. Kamil berkata, NBOS yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bukti kerajaan sentiasa komited untuk membela nasib rakyat dan ia terpapar dengan jelas dalam kes yang membabitkan Norlia.

Bagi Norlia, dia amat menghargai usaha kerajaan itu yang membolehkan keluarganya kembali menikmati kehidupan yang ceria.



Saturday, December 22, 2012

[WOGHIH perlu tau] Sumpah Ariel Sharon: “Saya Akan Bakar Setiap Bayi Dilahirkan Di Palestin!”


 (* Ariel Sharon kini masih koma dan tidak sedarkan diri sejak diserang angin ahmar pada 4 Januari 2006. Dia adalah bekas Perdana Menteri Israel)

“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956.

Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin.

Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).

Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.

Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.

Bantuan boleh kita berikan dengan doa yang khusyuk kepada ALLAH, meminta kepada-NYA agar saudara kita diberi kekuatan hati dan sentiasa dalam lindungan-NYA; memberi sumbangan berupa wang dan sokongan moral serta sumbangan lain yang mereka perlukan.

Mari kita kikis sifat acuh kita agar peduli kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ketika ini, kita mungkin asyik duduk di ruang berhawa dingin, menonton rancangan TV kegemaran dan bergurau senda dengan keluarga.

Sementara di Gaza, mereka berteduh di rumah bocor atap dan dindingnya; meratap di katil hospital menanggung sakit, berjaga-jaga menunggu serangan Israel yang entah bila benar-benar berakhir.

Menyumbanglah. Hulurkanlah derma menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian, ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain 03-51013820.

Sebelum ini, sumbangan pertama daripada Yayasan Nur Karangkraf RM50,000 diserahkan kepada Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.

Friday, December 21, 2012

Siapa sebenarnya main politik dalam jubah?


Seperti dijangka, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil  menyelamatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu 'Amanat Haji  Hadi'. Bahkan, beliau sama seperti Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib  mengecam mufti-mufti yang menggesa Presiden PAS itu menarik balik  amanat yang dibuat pada 1981 – menuduh UMNO kafir.

Menteri Besar Kelantan itu juga riak dan angkuh mengatakan Hadi  memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai  kelulusan Madinah yang cemerlang.

Beliau juga meminta mufti yang meminta Hadi menarik amat itu jangan  bermain politik.

Mufti  Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan  Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebelum ini menggesa Hadi menarik balik  amanat mengkafirkan UMNO yang disampaikan di sebuah ceramah di Kuala
 Terengganu pada April 1981.

Ini menurut mereka bagi mengelakkan kebencian berterusan sesama umat  Islam di negara ini yang dikatakan masih berpegang teguh kepada amanat  tersebut.

Siapa yang bermain politik sebenarnya? Dan siapa mempermainkan agama  untuk politik?

Amat malang sekali apabila Nik Aziz yang diagung-agungkan pemimpin dan  ahli-ahli PAS seorang tokoh agama sebenarnya tidak lebih seorang yang  ego, kononnya beliau, Hadi juga Harun lebih baik daripada mufti-mufti.

Ini juga barangkali letusan kemarahan Nik Aziz kepada mufti-mufti yang sebelum ini banyak menegurnya kerana mengeluarkan macam-macam ‘fatwa’  sendiri yang langsung tidak menyamai fatwa seperti orang yang mengkaji
 dan  mendalami Al-Quran.

Dengan menuduh mufti bermain politik dan bersembunyi di dalam jubah  mufti, dakwaan itu lebih tepat kepada Nik Aziz, Hadi, Harun dan  pemimpin PAS lain.

Merekalah yang selama ini bermain politik di dalam jubah dan ketayap  serta serban dan Islam jadi alat semata-mata bagi menghalalkan impian  politik parti.

Bukan mufti yang menjual harga murah tetapi pemimpin PAS lah yang  menjual Islam dengan murah.

Lihatlah, betapa mereka tunduk kepada DAP dalam banyak isu berkaitan  kepentingan agama Islam.

Tidak mustahil selepas mengecam Harussani dan Wan Zahidi, Mursyidul Am  PAS itu juga akan turut membidas bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd  Asri Zainul Abidin yang berpendapat adalah lebih baik sekiranya Hadi  menarik semula amanat tersebut secara rasmi sebagai pencerahan kepada
 masyarakat.

Ini semua semakin mendedahkan watak-watak sebenar pemimpin PAS yang  tidak boleh ditegur atau dikritik.

Justeru itu, lebih baik masyarakat membiarkan pemimpin-pemimpin PAS  dan parti mereka seperti membiarkan ‘Si Luncai Terjun Dengan  Labu-Labunya”.

Tiada apa lagi dapat diharap dengan perjuangan PAS yang sudah  meninggalkan “Negara Islam’ semata-mata mahu satu keranda dengan DAP  dan PKR.

Dan yang paling gembira dalam isu ini pastinya Datuk Seri Anwar  Ibrahim kerana Hadi bukan lagi halangannya untuk jadi Perdana  Menteri.

Wednesday, December 19, 2012

Siew Fook tidak pertahan kerusi DUN Lobak, bertanding di kawasan lain



SEREMBAN  - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook hari ini memaklumkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi tersebut sebaliknya mahu bertanding di kerusi lain pula pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, sudah sampai masanya kerusi itu diberikan kepada calon lain selepas hampir sembilan tahun beliau memegang kerusi DUN Lobak.

''Sidang DUN kali ini adalah yang terakhir dan saya rasa ia akan bersidang semula selepas pilihan raya umum akan datang. Kita telah melengkapkan mandat lima tahun dan ini tidak pernah berlaku dan merupakan satu sejarah kepada negara,'' katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di sini hari ini.

Menurutnya yang juga Pengerusi DAP negeri, semasa bersidang sudah tentulah ada perselisihan faham dan kata-kata yang mengguris perasaan dan sehubungan itu beliau memohon maaf.

Beliau juga menyeru sekutu pembangkang, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan semua ahli agar tidak melakukan provokasi sewaktu kempen pilihan raya umum kelak dan perkara yang sama juga diminta kepada pihak kerajaan.

''Kita berharap proses demokrasi dapat diselesaikan dengan aman dan rakyat diberikan kuasa penuh untuk membuat pemilihan kelak," katanya.



Sunday, December 16, 2012

Sikap cauvanis DAP akan membunuh banyak kaum di negara ini


Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjawab isu DAP mahu menambah 13 kerusi lagi dipertandingkan di Dewan Undangan Negeri pada PRU13 tidak berapa lama lagi..

Beliau menjawab ketika di tanya di sidang media ringkas selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perdana Siri 2/2012, National Blue Ocean Strategy- NBOS di PUSASDA, pagi tadi.

Ringkas tetapi padat.

Ujar beliau, "itu menunjukkan bahawa mereka (DAP) mulai atau sudah bersikap angkuh dan mahu menguasai lebih banyak kerusi lagi."

Timbalan Perdana Menteri turut tidak pasti sama ada pihak pembangkang ini sudah benar-benar bersetuju dengan pembahagian jumlah kerusi yang sedia terbahagi sejak PRU lalu. Jika ini berlaku, DAP sebenarnya hendak meluaskan pengaruhnya dan mahu menjadi kepala di kalangan pembangkang sendiri.

Jika ini berlaku, ia sebenarnya tidak baik untuk negara. Malah sikap cauvanis itu akan membunuh pelbagai kaum di negara ini dan amat tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia


Politik Negeri Sembilan 

Thursday, December 13, 2012

Ketua Penerangan MIC pusat bakal letak jawatan setelah Surendran bawa 300ribu yang dimaksudkan.. Dah lama PANAS!!!

Seronok juga tengok puak-puak pembangkang yang terus mengelupur semakin dekat nak pilihanraya umum. Sebelum ini, mereka bersungguh-sungguh kerjakan SuruhanjayaPilihanraya (SPR), kononnya tidak telus dan adil.
Bila kerajaan setuju tubuhkan jawatankuasa khas peringkat Parlimen bagi penambahbaikan proses pilihanraya, mereka sendiri tidak mahu sertai. Kini, isu-isu berkaitan SPR sudah hampir senyap kerana banyak perkara sudah diperbaiki.

Pembangkang juga turut mainkan isu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berikan kad pengenalan kepada rakyat asing di Sabah. Kononnya untuk tambah pengundi-pengundi Barisan Nasional (BN).

Sekali lagi kerajaan bersikap adil dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat dakwaan itu bermula Oktober lalu. Ini yang buat pembangkang ‘mati kutu’.

Apa saja masalah mereka timbulkan, kerajaan menangani cara terbaik dengan mengambil tindakan sewajarnya. Senang cakap pembangkang sudah habis modal nak salahkan kerajaan.

Namun, kerana cita-cita nak tawan Putrajaya belum padam, pembangkang terus cari akal nak burukkan kerajaan. Mereka cetus isu baru kononnya ada 300,000 orang kaum India yang tiada
status kerakyataan di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sudah menjelaskan hanya ada 9,000 kes sahaja dan sebahagiannya sudah selesai. Beliau kata dakwaan PKR ada 300,000 itu bohong.
Pembangkang mana mahu mengaku salah dan kalah.

Sebab itu pagi Rabu,PKR tetap teruskan juga cadangannya hendak bawa mereka yang didakwa tiada taraf kerakyataan adakan protes di pejabat JPN di Putrajaya.

Daripada jumlah yang datang sudah nampak temberang mereka.kerana hanya lebih 200 orang sahaja sertai  protes itu.

Hadir di protes berkenaan ialah juara isu itu Naib Presiden PKR N Surendran dan dua Ahli Parlimen PKR S Sivarasa dan S Manickavasagam. Mereka juga buat kecoh hendak masuk ke pejabat JPN..

Tengok pada jumlah yang hadir ini, Ketua Penerangan Pemuda MIC, S. Subramaniam cabar pembangkang bawa 300 ribu yang dikatakan tiada surat beranak.

"Mereka janji hendak bawa 300 ribu orang tetapi yang hadir hari ini rata-rata merupakan ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS.

"Apa yang cuba ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat (PR)? Mereka hanya mempolitikkan keadaan semasa dengan bermain politik kotor dan bukannya hendak menyelesaikan masalah," katanya.

Katanya, MIC ada membuka kaunter pendaftaran kepada mereka yang masih belum mempunyai pengenalan diri tetapi yang hadir sekitar 30 orang sahaja dan tiada seorang peserta demo mendaftarkan diri.

Angin tengok gelagat pembangkang itu, Subamaniam turut mencabar penganjur demo, timbalan presiden PKR N. Surendran untuk membawa 300,000 orang yang didakwa tidak mempunyai pengenalan diri dan akan meletak jawatan jika beliau mampu melaksanakannya.

"Kalau dia (N. Surendran) berani tunjuk 300 ribu orang itu, saya akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda MIC Kebangsaan... Saya cabar dia sekarang," katanya.

Apa lagi pembangkang nak kelentong atau jadikan isu selepas ini tak tahulah.

Macam orang dah nak lemas, pembangkang sanggup berpaut pada sehelai rambut pun tak mengapa asalkan dapat tunjuk kononnya mereka membela rakyat.

Sebenarnya, rakyat semakin muak dengan wayang mereka. 

Wednesday, December 12, 2012

NegeriFM pungut derma untuk Aman Palestin


SEREMBAN 11 Dis. - Prihatin dengan nasib saudara Islam di Gaza, Palestin, Radio Malaysia Negeri FM melancarkan tabung Aman Palestin dalam usaha mengumpul dana untuk membantu meringankan penderitaan rakyat di Semenanjung Gaza.


Pengarah Penyiaran negeri, Norbaiyah Baharudin berkata, tabung itu bertujuan memupuk kesedaran dan mengajak lebih ramai masyarakat bersama-sama membantu rakyat Palestin.

"Kita berasa terpanggil untuk sama-sama memberi dan mengutip sumbangan bagi membantu penduduk di Semenanjung Gaza yang dizalimi rejim Zionis.

"Kita berharap usaha ini mendapat sambutan daripada masyarakat kerana kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza adalah masalah sejagat yang perlu diambil perhatian," katanya selepas Majlis Perasmian Tabung Aman Palestin itu di Kompleks Pusat Kraftangan Negeri Sembilan, di sini kelmarin.

Majlis berkenaan dilancarkan Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Mohamad Ali Mad Jais dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Penyiaran negeri, Siti Mohani Saad.

Turut diadakan dalam majlis itu adalah persembahan amal seperti deklamasi sajak dan nyanyian artis jemputan seperti kumpulan Raihan, Rosyam Nor dan Yassin.

Seorang ahli Kelab Pemilik Motosikal Daerah Seremban (SDMC) turut dilepaskan dalam program itu untuk menjelajah ke seluruh negara bagi membuat kutipan Tabung Aman Palestin.

Norbaiyah berkata, kutipan itu akan berterusan sehingga tahun depan dan sokongan padu daripada orang ramai adalah amat diharapkan bagi mengisi tabung kemanusiaan Aman Palestin tersebut.

"Hari ini kita berjaya mengumpul lebih RM1,000 sumbangan daripada Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan serta orang ramai.

"Kita berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat di Gaza meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik," katanya.


Sumber : Utusan Malaysia

Friday, December 7, 2012

Jangan Jadi Seperti Pembangkang “Juara Bercakap”


Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 adalah gelanggang utama yang akan dihadapi oleh ahli-ahli UMNO bersama-sama kompenan Barisan Nasional (BN) selepas selesainya persidangan terbesar bangsa Melayu iaitu Perhimpunan Agung UMNO 2012, Sabtu lalu.
Dalam ucapan penggulungan, kepimpinan tertinggi UMNO telah berpesan, menyampaikan amanah selain menggariskan rukun perjuangan untuk dilaksanakan bagi menjamin UMNO dan BN menang dalam PRU sebagaimana yang disarankan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selaras dengan itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin turut menegaskan bahawa anggota parti adalah jentera utama yang mesti bersedia berdepan dengan segala cabaran khususnya dalam memberikan penerangan kepada masyarakat di akar umbi.
“Perkara utama adalah semangat untuk bersatu padu dengan memastikan semua anggota parti yang bermula dari kepimpinan tertinggi hinggalah ke peringkat akar umbi bersama-sama dan bersatu hati memastikan kemangan BN,” katanya kepada UMNO-Online.
Tujuh rukun yang disebutkan oleh Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ialah patuh kepada pemimpin; mengatur strategi yang tepat; memahami peranan dan tanggungjawab yang hendak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh; mengenali musuh dalam pilihan raya khususnya pembangkang; memperkukuhkan perpaduan di semua peringkat parti; memastikan berada dalam keadaan siapsiaga untuk ‘peperangan’ pilihan raya dan berjuang habis-habisan hingga ke saat akhir.
“UMNO dan BN telah terbukti mempunyai perancangan bagi membawa negara dan masyarakatnya sebagai negara maju dengan ia dilaksanakan lancar tanpa perlu mengutarakan pelbagai janji sebagaimana pembangkang yang boleh dijadikan perbandingan.
“Pakatan pembangkang tidak ada perancangan yang baik sebaliknya mereka hanya bercakap untuk berkuasa sedangkan tidak melaksanakan unjuran daripada apa yang ada hari ini untuk perubahan masa hadapan malah manifesto, buku jingga dan bajet yang dibuat juga tidak berasaskan realiti semasa,” katanya.
Tegasnya, pembangkang berpakat untuk PRU ekoran menyedari bahawa mereka tidak akan dapat membentuk kerajaan jika berdiri sendiri walhal dalam pilihan raya mereka bertanding atas lambang yang berasingan tidak sebagaimana kesatuan antara UMNO bersama kompenan lain dalam BN.
“Pembangkang ini juara bercakap tanpa ada rasa tanggungjawab atas apa yang diluahkan sedangkan kepimpinan dalam BN sentiasa memastikan apa yang diluah dimanifestasikan untuk rakyat.”
Tambahnya, pakatan pembangkang hanya mencanangkan mereka mahu menawan Putrajaya walhal untuk agenda seterusnya tidak ada dan ini amat berbeza dengan BN yang merencanakan pembangunan berterusan sebagaiman sebelum wujudnya Putrajaya dan masa akan datang.
“Inilah masanya untuk semua ahli-ahli parti bekerja, turun padang, bergerak dan berjumpa dengan para pengundi dengan memberikan penerangan selain menyampaikan amanat dan pesanan para pemimpin tertinggi UMNO selepas Persidangan parti 2012.
“Secara amnya, UMNO telah bersiap sedia untuk PRU yang tentunya usaha ke arah kemenangan dibuat , selain anggota kepimpinannya menggunakan apa jua cara bagi mendekatkan diri dengan masyarakat terutamanya para pengundi baru dan golongan muda yang lebih akrab kepada media sosial.”
Katanya juga, anggota kompenan dalam BN juga mestilah mempunyai keyakinan, saling mempercayai dan saling memberikan sokongan tanpa ada sebarang syak wasangka.
“Sebagai pemimpin, sikap angkuh dan tinggi diri perlu dibuang sebaliknya sentiasalah bersifat mesra dan rendah diri dengan masayarakat, mengamalkan sifat kesederhanaan serta sentiasa melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bersama rakyat,” katanya yang turut merujuk kepada dirinya sendiri agar tidak alpa dalam melaksanakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kampung Gajah. - MediaUMNO

Wednesday, December 5, 2012

SAKSIKAN TEMURAMAH BERSAMA MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Perhimpuan Agung UMNO 2012 telah melabuhkan tirainya pada 01 Disember 2012.

Video dibawah merupakan sedutan temuramah Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Majlis Kerja Tertinggi UMNO oleh RTM1.

Durasi lima minit ini cukup padat, cukup jitu, cukup jelas pandangan dan pendapat pemimpin utama Negeri Sembilan ini bahawa keutamaan parti sekarang ialah agar semua ahlinya bersatu padu dan meningkatkan perpaduan yang sedia ada dan mengemaskinikan jentera dalam masa yang sama perlu mengelakkan perasaan ingin sabotaj parti.

Saksikan


Friday, November 30, 2012

Menjawab 9 soalan, di sini ringkas, tepat dan padat - MBN9



Secara ringkasnya ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2012, merupakan pesanan terakhir beliau supaya semua persiapan dari peringkat akar umbi mahupun peringkat tertinggi dalam keadaan bersedia.Formula kemenangannya adalah bersatupadu, bekerja bersungguh-sungguh dan jangan mensabotaj parti.

Ikuti wawancara khas bersama Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di TV9 dalam segmen ‘9 soalan’ .

Adakah Umno kini sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13?

Mohamad Hasan : Insyaallah, kerana persiapan untuk menghadapi PRU13 ini telah dilontarkan oleh Presiden Umno Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sejak tahun lepas ketika  PAU 2011. Semua orang ketika itu memikirkan bahawa PRU13 bakal menjelang pada bulan 3, bulan 6, ataupun bulan 9. Persiapan telah dibuat dengan begitu rapi namun beliau seorang yang amat berhati-hati dan beliau masih lagi mahu melihat kerja-kerja terakhir bagi memastikan jentera sudah bersedia dan segala isu dapat ditangani.

Bagaimanakah Dato’ Seri menghadapi cabaran-cabaran untuk menangkis segala tohmahan dari pelbagai pihak?

Mohamad Hasan : Pembangkang memang pandai membuat tohmahan, memfitnah dan menabur segala janji dan kita mesti beritahu kepada orang awam apa yang kerajaan telah buat dan apa janji yang telah dilakukan oleh pembangkang. Yang penting, jangan lupa tangani isu terutamanya di pusat-pusat daerah mengundi kerana ia akan dimanipulasi oleh pembangkang. Contohnya di Negeri Sembilan, kadang-kadang orang lupa kita bina sekolah baru, kita dirikan masjid baru, kita buatkan jalanraya tapi disebabkan kelewatan pihak kerajaan bertindak jika berlakunya tanah runtuh, pihak pembangkang akan mengutuk kerajaan.

Apakah jaminan Pilihan Raya Umum Ke-13 di Negeri Sembilan?

Mohamad Hasan : Insyaallah, bukan sahaja di Negeri Sembilan  tetapi di negeri lain juga perlu mengambil iktibar dan pengajaran ketika PRU12 yang lalu di mana hilang 2/3 kerusi. Umno perlu kukuh dan kuat serta sayangkan parti untuk terus menang dalam PRU13.

Bagaimana Dato’ Seri menghilangkan tekanan dalam menghadapi kehidupan yang sibuk?

Mohamad Hasan : Kerja memang sibuk dan tekanan itu memang ada tapi cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan melihat kerja kita dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagi saya, saya selalu pergi berjumpa masyarakat khususnya di kawasan DUN saya untuk menyampaikan sendiri bantuan baitulmal, bantuan JKM dan ini dapat melegakan hati kerana kita melihat ramai orang yang betul-betul daif dan susah yang bergantung kepada bantuan kita. Insyaallah, kerja banyak itu tidak kisah asalkan hati senang kerana dapat menolong orang.

Apakah yang boleh dilakukan oleh Umno untuk memenangi hati pengundi-pengundi yang berada di atas pagar?

Mohamad Hasan : Pengundi-pengundi atas pagar ini kebanyakkannya bukan orang parti. Zaman teknologi serba bermaklumat ini, mereka melihat dan menilai dari pelbagai sudut. Dalam kajian yang dijalankan di pusat-pusat mengundi ramai penggundi di atas pagar. Maka, kita perlu pastikan dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan dapat disampaikan ke peringkat bawah. Pemimpin-pemimpin kerajaan  dan pemimpin parti mesti turun padang. Orang ramai sebenarnya bukan hendak minta apa-apa pun tetapi mereka hendak pemimpin mesra bersama mereka dan ini dapat menawan hati mereka sekaligus akan memihak dan menyokong Barisan Nasional pada PRU13 nanti.

Tun Dr. Mahathir ada mengulas mengenai tindakan PAS memurtadkan Umno sebagai tidak wajar. Apa komen Dato’ Seri ?

Mohamad Hasan : PAS ini menggunakan agama dalam  politik dan sedikit sebanyak akan menyebabkan perpecahan orang melayu dan ini amat dikesali bahawa PAS mengambil jalan sepeti itu. Kita telah melihat kesannya apabila keluar fatwa dari mereka dan masyarakat berpecah-belah. Sebagai orang Umno, saya amat kesal dengan kenyataan mereka yang memurtadkan Umno dan itu ditujukan kepada saya. Saya bertanya kepada diri saya sendiri, apakah saya ini murtad? Siapa mereka untuk mempersoalkan aqidah saya? Apakah dia layak untuk mempersoalkannya? Apa yang saya sudah khianati agama saya sehingga dituduh sebagai murtad? Di Negeri Sembilan kita buat masjid, kita buat sekolah agama, kita kukuhkan ajaran Islam, apa lagi yang kita tidak buat. Apa sebab yang dia mengatakan saya ini murtad?  Sama-samalah kita fikirkan.

Apakah yang akan dilakukan oleh Umno untuk mengekalkan kepercayaan masyarakat orang melayu khususnya terhadap Umno yang mana sebelum ini dilihat sedikit berpecah dan kembali bersama Umno?

Mohamad Hasan : Umno dari dulu merupakan satu parti yang mana termaktub nyata dalam perlembagaan Umno yang memperjuangkan bangsa melayu, bumiputera, menegakkan syiar agama Islam, dan raja berpelembagaan. Itu kita tidak pernah lari dari dulu lagi dan itulah yang kita buat sehingga sekarang. Hendak dikatakan PAS sebagai parti alternatif melayu boleh bersatu itu salah kerana PAS sendiri kata PAS bukan parti untuk orang melayu. Bagi saya, bangsa yang kuatlah yang akan dapat mendokong agama. 

Macam-macam yang kita dah lakukan sehingga orang luar negara mengiktiraf sistem perbankan Islam, kita buat tabung haji, dan lain-lain. Kebelakangan ini kita tidak boleh cakap mengenai kemerdekaan saja. Umno ini produk yang baik tapi kalau kita tidak buat penjenamaan semula, orang tidak akan nampak produk kita. Umno akan terus memperjuangkan agenda melayu, agama Islam dan raja berpelembagaan kita.

Bolehkah Dato’ Seri kongsikan mengenai diri Dato’ Seri bagi mereka yang di luar sana yang masih tidak mengenali Dato’ Seri dengan lebih dekat lagi?

Mohamad Hasan : Saya jarang ada waktu rehat dan kalau ada saya akan luangkan masa bersama keluarga, kalau ada masa rehat lagi saya akan balik ke kampung, 2 bulan sekali saya akan bermain golf. Makanan orang Negeri Sembilan kalau bukan masak lemak cili api tidak sah lah. Selain itu, saya suka membaca tetapi kadang-kadang menjadi ahli politik di Malaysia ini merbahaya juga kerana tiada masa untuk membaca kerana terlampau banyak kerja, terlampau banyak jangkaan orang, menghadiri banyak program dan majlis perkahwinan. Saya berharap masyarakat juga perlu memberi ruang kepada pemimpin untuk membaca. Janganlah menekan sangat pemimpin kita dan ini adalah satu perkara yang perlu dilihat kerana menjadi ahli politik tekanannya terlampau tinggi.

Apa pun, saya mempunyai 'speed reading skills' bagi membolehkan saya membaca dengan pantas. Jika masa terluang dan melalui perjalanan yang jauh dan menaiki kapal terbang misalnya, saya mampu menghabiskan sebuah buku dalam masa satu hari. Seorang pemimpin perlu dan rajin membaca kerana mereka berhadapan dengan pelbagai keadaan yang menyebabkan mereka perlu tahu sesuatu hal dan keadaan.

Bolehkah Dato’ Seri jelaskan prestasi calon-calon yang ‘winnable candidate’ di Negeri Sembilan termasuklah diri Dato’ Seri sendiri?

Mohamad Hasan : Sistem Umno di dalam Malaysia ini perlu dituruti dan tidak boleh membelakangkan parti tetapi ada tempat-tempatnya yang mana keadaan membolehkan kita memilih ‘winnable candidate’ dengan lebih tepat. Ramai orang mengaku yang dia ‘winnable candidate’ dan ini menyukarkan Presiden untuk membuat perhitungan. Saya berharap supaya kita dapat membuat proses pemilihan yang baik. Contohnya pasukan bola di mana kita beri kepercayaan kepada yang boleh main, bukannya beri kepercayaan kepada pemain  yang kita suka.

Sumber : n9kini.com

Wednesday, November 28, 2012

“Bersama Melakar Kemenangan” – Muhyiddin



Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya. Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran.

Kita bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan.
Pada masa yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim:
وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ
 Yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 126)
Saudara dan saudari yang saya hormati,
Politik Perkongsian Kuasa
Menghimbau 55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina.
Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum. Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran.
Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa.
Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti.
Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali. Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan. Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UNTUK BERKONGSI KUASA
Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.
Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional.
Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.
Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.
Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka menerima pendirian UMNO dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama UMNO. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan kebencian orang bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Sebenarnya saudara-saudari, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka.
DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional,  supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.
Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti komponen BN yang lain. Sebaliknya ia didalangi oleh PAS dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang UMNO yang merupakan saudara seagama mereka.
Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian.
Sutera dilipat habis dicuci
Tersimpul kemas di dalam laci
Kalau hati berkarat benci
Terpacul di mulut nista dan caci

PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini PAS dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional. Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.
Mari kita lihat tiga senario di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak percaya kepada PAS.
Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS.
Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam  di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan. Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh Menteri Besar dari PKR.
Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.
Saudara dan saudari,
Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang? Saya pasti saudara dan saudari yang berada di dalam dewan ini, dan juga tuan-puan yang mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa jawapannya. Tidak mungkin PAS boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam.
Selama ini pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.
Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi.
Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang kita tandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.
Mungkin PAS akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam. Janganlah kita biarkan PAS berbohong lagi untuk kali ke-13.
Dengan kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh.
Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu? Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi PAS dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR.
Sebenarnya saudara-saudari, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihanraya yang lalu untuk mememerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada PAS.
Cuba bayangkan saudara-saudari, jika masing-masing tidak percaya antara satu sama lain, bolehkah pembangkang bermuafakat sesama mereka? Bolehkah pembangkang memerintah negara dengan aman? Bolehkah pembangkang membawa kesejahteraan kepada rakyat? Boleh atau tidak saudara-saudari? Jika tidak jawapannya, pastikan kemenangan berpihak kepada kita dalam pilihanraya nanti.|Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.
CABARAN IDEOLOGI: ISLAM, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
Kita sedang berhadapan dengan tentangan ideologi baru. Kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral. Di kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun.
Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas. Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.
Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.
Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa. Bayangkan, apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama kita jika amalan songang ini dibiarkan menular.
Kita bersyukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pendirian Malaysia, dan cubaan untuk mengiktiraf amalan yang bertentangan dengan prinsip agama, moral dan fitrah manusia sebagai satu hak gagal.
Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,
Di negara kita, ideologi songsang ini sudah menembusi benteng politik pembangkang. Kerana itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot. Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain.
Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya.
Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang Naib Presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
Inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja.
Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahankan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang. Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
Walaupun pembangkang menjanjikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala apabila bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan, mereka tidak mengotakan apa yang janjikan. Seperti yang disimpulkan dengan begitu tepat sekali oleh YAB Presiden, antara sisi hodoh budaya pembangkang ialah bila berhutang tak perlu dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu ditepati. Jika saudara-saudari ingat, dalam manifesto pembangkang dahulu, tercatat janji untuk memberikan bermacam-macam kebebasan kepada rakyat kalau mereka berkuasa, termasuk janji kebebasan media.
Namun, belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan. Jumlah saman bukannya sedikit. Misalnya, nilai saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar ini, pembangkang di negara kita mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar.
Mereka berharap akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan keburukan mereka. Selain itu, pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah sebenarnya taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka.
Inilah wajah sebenar pembangkang. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa segalanya. Lebih memalukan, mereka lupa bahawa merekalah yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil, mahkamah kita berat sebelah, mahkamah kita zalim. Tetapi apabila terdesak, merekalah orang yang paling awal berkejar ke mahkamah untuk mendapatkan perlindungan. Sebenarnya mereka tahu bahawa mahkamah kita boleh memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka. Tetapi kerana niat jahat mereka untuk memberikan gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa, mereka sanggup menabur fitnah.
Samalah juga dengan tindakan Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihanraya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.
Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihanraya di negara kita tidak adil. Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihanraya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka. Senang jugalah untuk mereka berhimpun di  jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.
Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti.
Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri? Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).
Kesemua ini tidak membayangkan mereka komited untuk melaksanakan janji demokrasi. Sudahlah komitmen kepada Islam semakin luntur, komitmen kepada demokrasi pun tidak ada. Bagi kita, parti-parti pembangkang tidak ada keabsahan moral untuk bercakap mengenai Islam atau demokrasi.
Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat, apabila kerajaan melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, apabila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada maknanya demokrasi jika masih ada rakyat hidup melarat. Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
JAMINAN UMNO UNTUK BANGSA MELAYU
Saudara-saudari,
UMNO terus komited untuk membela bangsa Melayu. Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang.
Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020.
Begitu juga dengan perjuangan Islam. UMNO tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam. Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan.
Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik. Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam.
Sepanjang 66 tahun UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam, UMNO tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan UMNO. Inilah kesaksamaan UMNO. Pejuang UMNO tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan UMNO. UMNO berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya. Justeru, UMNO akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Surah Al Ma’idah, Ayat 8)
Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan juga yang sedang mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan Nasional.
Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama.
Renungkanlah saudara dan saudari. Tilik betul-betul apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya. Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata.
BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
Kita sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara. Saudara-saudari yang berhimpun ini adalah lambang kekuatan perjuangan di tengah-tengah pertarungan ini. Dalam pusingan terakhir persiapan menghadapi pilihanraya, saudara-saudari di negeri, bahagian dan cawangan telah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti.
Sebagai Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah. Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. InsyaAllah.
Pertingkatkan gerakerja bagi memenangi pilihanraya. Sebagai barisan hadapan jentera parti, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti. Bergeraklah ke serata pelusuk desa dan kota, harungilah lembah, sungai dan denai, dari Kangar hingga ke Semporna, julanglah panji perjuangan, insyaAllah kita akan mengarak obor kemenangan.
Gerakkan jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka bersedia turun ke medan perang apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t., pintu-pintu hati mereka akan terbuka luas untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Ingatlah, bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada di atas landasan perjuangan UMNO, kita bukan bekerja untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf)dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci.
Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar. Matlamat UMNO  mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini. Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci UMNO mesti kita perkukuhkan.
UMNO di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara kita.  UMNO telah merasai denyut nadi rakyat. Menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan UMNO sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.
Baik petani, nelayan dan pekebun kecil di desa, pemandu teksi dan peniaga di kota, golongan pekerja, profesional dan penjawat awam, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan, remaja, belia dan mahasiswa, malahan golongan gelandangan dan kurang bernasib baik, semuanya sedang merasai sentuhan UMNO.
Kita akur bahawa transformasi adalah satu proses yang berterusan. Kita tahu bahawa masih banyak rintangan dan cabaran yang menanti. Walau apapun, demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera, marilah kita redah segala rintangan, kita harungi segala dugaan, kita atasi segala cabaran. Marilah kita berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memimpin parti dan negara. Marilah kita berikan sepenuh ketaatan kepada khalifah yang akan memimpin bala tentera kita. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur’an al-karim:
أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ

Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (yakni orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
 (Surah Al-Nisa’, Ayat 56)
Kepada Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, semarakkanlah perjuangan menjalin rantaian sokongan. Sebarkanlah kasih sayang UMNO melalui Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Salam Sayang.  Maralah dengan merah yang menyala, tiuplah ia hingga menjadi obor yang menerangi jalan-jalan kemenangan. Wanita UMNO, engkaulah ibu, engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi.
Kepada Pemuda, saudara-saudara lah hulubalang benteng hadapan yang akan mempertahankan Putrajaya. Gempurlah musuh kita. Pantang anak muda menyerah. Jangan biarkan walau setapak mereka melangkah. Turunilah ke setiap kota, desa dan lurah. Dekatilah generasi muda dengan hikmah.Berjuanglah dengan tabah. Adat bertarung menjunjung maruah. Membujur lalu melintang patah.
Kepada Puteri, permata yang bergemerlapan, sinarilah generasi muda dengan harapan dan keyakinan. Andalah yang memahami suara hati mereka. Rasailah denyut nadi mereka. Menangilah hati mereka. Bawalah mereka bersama kita dalam perjuangan murni melakari masa depan nusa dan bangsa.
Kita tidak gentar menghadapi cabaran zaman. Perteguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah tekad kita. Pertingkatkanlah kebijakasanaan kita. Kita mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat yang dibawa oleh pembangkang. Marilah bersama-sama kita mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara.
Marilah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan yang suci ini. Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad, Ayat 7:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
 Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Pemuda adalah hulubalang UMNO, Wanita adalah srikandi UMNO, Puteri adalah permata UMNO. Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah dengan penuh ikhlas dan yakin membela agama, bangsa dan negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan. Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah!
Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!
Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai
Ya Allah
Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah
Ya Allah
Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami
Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami
fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah
Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Teks Ucapan Perasmian Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO 2012 Oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Melihat gambar sila klik sini