Saturday, March 30, 2013

CHEGU BARD MERAJUK DAN TAK KISAH JIKA TIDAK TERCALON. ASYIK KENA MAIN DENGAN ANWAR !!!


Sian tenguk Chegu Bard yang sungguh malang nasibnya sentiasa di mainkan oleh Anwar Ibrahim. Aku hairan juga dengan Chegu Bard ini yang tiba tiba terpaksa lari jauh dari Rembau , jauh dari seterunya dan melupakan sumpahnya untuk bertanding mana saja Khairy Jamaluddin bertanding.



Hari ini Chegu Bard terpaksa lari tak cukup tanah  mencari kawasan yang selamat buat nya di Kedah atau Pulau Pinang. Malang sungguh Chegu Bard ini apabila senarai calon bocor , nama  Chegu Bard tidak disenaraikan  sehingga Chegu Bard terpaksa mengalah dan merajuk membawa diri dengan hanya menawarkan diri sebagai pencacai untuk mendapatkan simpati dari Anwar yang sememengnya tidak berminat dengan Chegu Bard ini.

Chegu Bard pernah kecewa setelah mencanang kononnya isterinya ada pertalian darah dengan Anwar Ibrahim ketika pertandingan AMK Malaysia . Nak ngAku sedara lah konon. Sungguh mengaibkan apabila Chegu Bard terpaksa mengaku saudara dengan Anwar Ibrahim tetapi Anwar buat tak tahu saja dan endorse si katek tu walaupun si katek sebelum itu sudah mengistiharkan tidak mahu bertanding AMK.

Akhirnya Chegu Bard kencundang kerana Anwar Endorse Shamsul Katek. Hari ini Chegu Bard  kena lagi dan etrpaksa menulis  untuk menagih simpati dari Nuar Ibrahim .

petikan dari blog Chegu Bard.


SEDIA JADI JENTERA BIASA DAN TIDAK BERTANDING DALAM PRU KE 13

Pilihanraya ke 13 merupakan PRU yang terpenting dalam sejarah negara. Belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini oleh penjajah.

Namun perlu disedari cabaran yang terpaksa didepani bukan sedikit. Seribu satu helah dan taktik jahat akan digunakan untuk mempertahan regim ini seiring dengan seruan Najib Razak iaitu akan pertahankan 'Putrajaya' dengan darah biar hancur tulang belulang.

Maka fasa ini memerlukan penyatuan semua yang berada di pihak pro perubahan. Mood perubahan amat tinggi namun sejarah pernah membuktikan banyak kali perubahan gagal dicapai antara sebabnya ialah kerana perebutan dan pertelingkahan. che'GuBard menasihatkan diri dan teman - teman agar mengambil iktibar sejarah ini.

Ini masa seharusnya semua kelompok khususnya anak muda menumpukan gerak kerja mengasak perubahan tanpa berehat. Jalan yang dipilih ialah perubahan melalui peti undi dan kenderaannya ialah politik kepartian, maka perlu sedar ia sudah tentu penuh dengan kerenah politik itu sendiri.

Mendepani regim yang amat rakus dan pertembungan politik yang tidak jujur dan adil selaku anak muda ikhlas diakui ia amat mencabar kadang kala seperti tidak sanggup berdepan. Namun apa pun cabaran dalaman fokus perubahan besar demi tanah air tidak boleh sama sekali teralih.Untuk terus berada pada fokus yang betul maka kepentingan peribadi harus diletak tepi.

Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka , che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa. Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.

Menyeru semua kelompok anak muda untuk bersama dalam mood perlawanan maksima, yakinlah kejayaan kita bukan memenangi satu dua pertempuran sahaja tetapi peperangan menumbangkan regim menyelamatkan negara lebih penting.

che'GuBard tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.

Bersama rangkaian komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kami sedia menggerakkan jentera anak muda dalam dan luar negara untuk terus mengasak perubahan dengan segala daya yang ada. SAMM telah pun menjalankan dan sedang menjalankan perbagai program juga tidak berhenti malah terus merancang perbagai program penyusunan anak muda untuk mengasak perubahan. Komrad SAMM percaya anak muda cita - citanya harus tidak singkat hanya untuk bergelar YB tetapi cita - cita kami ialah mencipta secara perubahan total yang akan dibaca ganerasi mendatang.

Kepada semua ayuh bersekutu ke arah perubahan. Anak muda berparti atau tidak berparti yakinlah tidak apa atau tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk berjuang merobah negara. Tidak perlu menjadi ahli politik untuk berjuang kerana kebanyakan anak muda tidak punya syarat lengkap untuk menjadi ahli politik iaitu kemahiran dan kebolehan mengampu, bermuka - muka dan mengipas, tetapi berjuanglah dengan cara masing masing kerana perjuangan merobah negara milik semua.

Kepentingan teratas kini ialah tumbang regim dahulu.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
anggota biasa PKR

Friday, March 29, 2013

Mungkinkah Wan Azizah bakal MB Selangor?? If says.. If says.. Whatever it is.. its just says..



Kisah keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tak ubah macam Keluarga 69. Keluarga yang cacamarba sebab politik melebihi segala-galanya.

Allahyarham Tan Sri P Ramlee mungkin tak terfikir nak oleh skrip sejauh ini semasa buat filem Keluarga 69 dulu.

Bayangkan, bos besar terpalit dengan macam-macam dakwaan. Paling serius kes dakwaan liwat,video China Doll dan pendedahan di blog raja goyang.
Nurul Izzah pun tak kurang dengan masalah. Tentu ramai masih ingat pasal kenyataannya mengenai kebebasan memilih agama dalam satu forum
tahun lalu.

Dalam pada itu, ada juga suara-suara nakal dalam PKR tuduh ahli parlimen Lembah Pantai itu begitu begini.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula sudah jadi pemimpin boneka walaupun ada status sebagai Presiden PKR.Hakikat ini bukan saja tidak dapat diselindung malah terus merus menjadi bualan ramai.
Ini kerana beliau tidak berfungsi sebagai seorang presiden sebuah parti seperti orang lain.
Sebab itu juga pembantu kepada ahli parlimen Ampang mengaku tulis surat pada Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mempersoal relevankah isteri Anwar kekal sebagai presiden parti.
Mohd Fareez Kamal Intidzam mendakwa Wan Azizah tidak berfungsi sebagai presiden dan kerap berlagak macam tak tahu apa-apa isu babitkan parti.
Malah, beliau mencadangkan kepada Hadi supaya Timbalan Presiden, Azmin Ali menggantikan Wan Azizah.
Pasal nak bertanding PRU 13, Wan Azizah sendiri pun cakap tunggang langgang. Sekejap kata nak, sekejap kata tak nak. Macam sandiwara lawak Tan Sri Khalid Ibrahim yang hu ha pasal nak bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Dua bulan lepas, entah apa punya rajuk, Wan Azizah kata tak mahu bertanding walaupun sebelum itu kata kemungkinan nak bertanding di Pulau Pinang.
Pada Khamis, beliau bikin panas pulak kata akan bertanding kerusi DUN Selangor.
“Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.
 
“Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan,” katanya ketika ditemui S  elepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di Shah Alam Khamis.
 
Tambahnya, “DUN mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana.

Pelik tidak,seorang Presiden yang patut ada kuasa istimewa bercakap dengan nada teragak-agak.
 
Di Selangor terdapat 14 kerusi DUN yang dimenangi PKR pada pilihan raya 2008 lalu dan tidak mustahil salah satu daripada kerusi itu akan menempatkan Dr Wan Azizah.

Sebab itulah boleh kata keluarga Anwar macam Keluarga 69...Keluarga tunggang langgang.
Satu sebab lain boleh rakyat ramai-ramai fikir kenapa jadi macam ni.
Dengar cerita ada kalangan ahli PKR berbunyi kenapa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tiba-tiba buat cerita pasal ‘mungkin ada video Nurul Izzah dan Khalid’ selepas ada video hubungan intim lelaki menyerupai Anwar dengan pemuda yang didedahkan Papagomo baru-baru ini.
Semua itu ada kaitan pasal Keluarga 69 ini.
Bukan rahsia lagi dalam PKR ada kem Azmin dan Khalid dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor jika pembangkang kekal di negeri itu.
Ramai juga tahu Azmin tak ngam dengan Wan Azizah dan juga Nurul Izzah.
Siapa agaknya merancang supaya Mohd Fareez tulis surat pada Hadi pasal Wan Azizah?
Siapa agaknya merancang supaya Khalid hanya tanding Parlimen Bandar Tun Razak sahaja seperti diumumkan Anwar hingga sebabkan Wan Azizah yang rapat dengan Khalid ‘merajuk’ dan umum tak mahu tanding apa-apa?
Siapa agaknya merancang cerita kononnya ada video skandal babitkan Nurul Izzah yang dikatakan Saifuddin Nasution?
Ada yang membuat andaian kenyataan ahli Parlimen Machang itu macam ‘beri isyarat’ pada Nurul Izzah dan Khalid supaya jangan cakap banyak.
Khalid tentu kecut perut juga kerana dua tahun lalu heboh pasal ada rakaman video ditemui dalam pejabatnya di Bangunan SUK di Shah Alam.
Rakaman atau video apakah itu? Siapa punya kerja?
Melihat perkembangan ini semua jangan marah jika ramai pihak merasa mungkin ada gerakan menyingkirkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Khalid daripada PKR.
Wan Azizah mungkin menyedari ‘permainan kotor’ ini justeru itu beliau tiba-tiba umum mahu bertanding di Selangor.
Beranikah Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor menolak hasrat Wan Azizah?
Perang dingin sudah lama mengelegak dalam PKR.Kini timbul tandatanya apakah ia akan bertukar kepada perang terbuka.
Dalam bab soksek mengenai pergelutan dalaman jangan cuba nak cakap ini semua kerja orang luar.
Pusing sana ...pusing sini...tak mungkin ada orang di luar parti boleh tekan swis.
Cuma teka tekinya...ini game siapa?

Thursday, March 28, 2013

Genap 5 tahun. Kejayaan buat semua wakil rakyat di Negeri Sembilan, sama ada wakil rakyat BN mahupun wakil rakyat pembangkang.. Bersyukurlah..



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), negeri ini perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran DUN secara automatik, Khamis.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya 2008 lalu tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.
"Walaupun tempoh ADUN sudah berakhir tidak bermakna mereka tidak boleh meneruskan khidmat kepada rakyat. Mereka boleh berbuat demikian mungkin bukan sebagai ADUN tetapi sebagai pemimpin masyarakat.
"Mungkin pusat khidmat ADUN tidak lagi sesuai tetapi kita di Barisan Nasional (BN) masih ada pusat khidmat parti yang memberi khidmat kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seremban, Rabu.
Mohamad yang juga ADUN Rantau berkata semua ADUN terutama daripada BN perlu memain peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat (terus) diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.
Sementara itu ADUN Klawang Datuk Yunus Rahmat berkata sama ada bergelar 'Yang Berhormat' atau tidak, selaku anggota dan pemimpin dalam parti politik, khidmat terhadap rakyat perlu diteruskan.
Katanya, jika ia tidak diteruskan hanya kerana status 'Yang Berhormat' telah tamat, ia mungkin akan mendatangkan kesulitan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.
"Sepanjang terlibat dalam politik saya pernah menjadi anggota Parlimen dan ADUN dan beberapa penggal tidak ada jawatan itu, tapi saya tetap meneruskan khidmat kerana itu memang tugas orang politik," katanya.
Bagi ADUN Labu Datuk Hashim Rusdi pula khidmat terhadap rakyat walaupun selepas pembubaran DUN tidak ada bezanya kerana tanggungjawab itu sudah sebati dalam dirinya.
"Kita sebagai bekas wakil rakyat pun perlu meneruskan khidmat kepada rakyat kerana rakyat sudah mengenali kita sebelum ini sebagai wakil mereka," katanya.

Wednesday, March 27, 2013

Video seks: Setelah Rafizi kantoi...PKR cuba lontar 'bom asap'


anwar-wajah513xxbaru
Dalam bahasa lawak...ini kira strategi yang orang sudah pakai sebelum zaman perang Jepun.
Kalau nak terjemah maksudnya yang lebih jelas dalam bahasa Inggeris 'outdated' manakala dalam bahasa Melayu pula 'sudah lapuk'.
Melihat perkembangan terbaru ini ,PKR nampaknya jadi makin gabra dengan isu dakwaan video seks 'depan belakang' yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selepas Pengarah Strategi Rafizi Ramli bikin rosak program kerana  ' tak ada telor' nak jawab soalan mudah  : kenapa saman Papagomo tapi tidak saman Datuk T?...kini muncul pula Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution untuk menjadi dewa penyelamat bosnya.
Taktik ini ini kita boleh panggil lontar 'bom asap' yakni untuk mengaburi mata orang pada isu sebenar.
Saifuddin bukan budak baru dalam politik.Siapa tahu mungkin dia juga terdesak setelah melihat Rafizi kantoi habis.
Bayangkan hujan tidak...guruh tidak...tiba-tiba Saifuddin beritahu satu sidang akhbar di ibupejabat PKR Selasa konon beberapa hari lalu pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen UMNO dan Barisan Nasional.
Dakwanya video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Anwar manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah.
"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.
"UMNO hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata.
Untuk bagi sedap cerita ,Saifuddin kata dia jangka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini.
"Mereka kata video seks Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya.
Kata Saifuddin imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur.

anwar-eskay513

Kalangan blogger yang biasanya dapat cepat menghidu jika ada video-video sensasi atau kisah-kisah sewaktu dengannya nak keluar terpinga-pinga bertanya bila tahun  timbul cerita adanya gambar panas Nurul Izzah atau video Khalid Ibrahim pula.
Orang di celah kampong mungkin boleh senang-senang kena temberang dengan strategi perang saraf yang lapuk ini.
Siapa saja yang ada akal tahu sangat ia tidak lebih dari taktik tabur sebanyak mungkin dakwaan pasal video seks melibatkan ramai lagi pemimpin parti itu untuk alihkan perhatian pada dakwaan utama yakni Anwar.
Ia sekaligus untuk mewujukan gambaran seolah-olah kilang fitnah UMNO sedang berkerja siang malam untuk cemarkan semua pembesar PKR dengan dakwaan video seks.
Rasanya Saifuddin patutnya carilah modal lain yang lebih ada kelas sikit.
Taktik itu lebih kurang sama standard dengan usaha Rafizi yang kini nak tunjuk taring selongkar latar belakang Papagomo.
Sekalipun dunia terbalik ,apa saja kata Saifuddin maupun Rafizi  ia tidak mungkin dapat 'cuci mangkuk' isu dakwaan utama mengenai video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Ini lebih terpancar bila Rafizi tidak dapat jawab soalan mudah : kenapa saman Papagomo tapi tidak saman Datuk T.

anwar-lif1xx

Ha...Ha...Ha.....yang ini mungkin mengundang rasa geli dalam hati.

Anwar cuba paparkan imej pijak semut tak mati.

Ini berkaku semasa sidang akhbar selepas mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang di ibu pejbat PKR lewat petang Selasa.
Diminta mengulas dakwaan Saifuddin akan muncul video seks dan foto melibatkan dirinya dan anaknya, Nurul Izzah,Anwar dipetik sebagai menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan Allah SWT .
"Toksahlah...saya nak nasihat UMNO, ni waktu Maghrib, pi lah amik wuduk dan tau apa itu fitnah.
 
"Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung UMNO ini kerjanya itu sahaja," katanya.

Kebetulan turut sama ada dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu yang pernah terpalit dengan dengan skandal rakaman 'perbualan berahi' dengan isteri orang bernama Normah.
Siapa boleh lupa pada suara syahdu  pasangan bercengkerama asrmara dana dalam talian telefon itu.
Sekalipun insiden itu berlaku bertahun lamanya,siapa yang boleh padam sejarah sekalipun PAS cuba buat muka kering macam tak ada hal.
Rakaman berkenaan masih ada dalam youtube sampai hari ini yang boleh dijangkau menerusi carian 'mat sabu normah'.
Sayang sikit tidak ada wartawan yang tanya apa komen Mat Sabu pada kata-kata nasihat Anwar agar UMNO jangan nakal.
Juga jangan lupa label cukup mengaibkan " Alxxxxxx' yang pernah Timbalan Presiden PAS ini bagi pada Anwar semasa dia dalam UMNO dulu.
Kita ulang balik kata-kata Anwar : "Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung UMNO ini kerjanya itu sahaja."
Juga sekali lagi kita ulang: kenapa saman Papagomo tapi tak saman Datuk T?
Juga kita ulang cogankata baru pasal Anwar yang kini cukup popular :  'You Ulang I Saman'.
Kesian...Datuk Sharzly Eskay Abdullah,Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim masih menunggu dan menunggu surat saman sekalipun mereka sudah ulang berkali-kali tuduh siapa orangnya pelakon yang tengah gasak China Doll


Tuesday, March 26, 2013

PKR tolak tawaran 10 minit siar manifesto



Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
PETALING JAYA - PKR hari ini mengumumkan pendirian rasmi pihaknya menolak tawaran muncul di RTM selama 10 minit untuk menjelaskkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa tawaran itu bersifat berat sebelah kerana masa diberi sangat sedikit.

"Tawaran ini adalah satu sandiwara hodoh pihak yang jahilkan peranan media dalam demokrasi.

"... adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin propaganda untuk memaksakan pandangan Umno ke atas rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Kata Nik Nazmi lagi, jika kerajaan benar-benar ikhlas untuk memberi ruang kepada parti politik pembangkang, mereka sepatutnya mencontohi negara luar dalam menyiarkan laporan yang seimbang, bukannya 99 peratus menyebelahi Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tawaran itu bersifat sandiwara  kerana hanya 10 minit diberi kepada Pakatan Rakyat sedangkan masa untuk Umno dalam media arus perdana adalah selama 365 hari, 22 jam dan 50 minit.

Tambah beliau, tawaran itu dibuat hanya selepas Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan Pilihan Raya memutuskan.

"Media Umno tidak ikhlas... inilah salah satu taktik yang digunakan Umno bagi mengaburi mata rakyat supaya kerajaan dilihat telah melaksanakan perubahan dalam media," ujarnya lagi.

Friday, March 22, 2013

Kita rakyat Malaysia akur akhirnya, PAPAGOMO minta maaf juga



BLOG PAPAGOMO - Untuk makluman Dato Sri Anwar Ibrahim hari ini saya telah pun terpancut kerana sekian lama air saya tertunggak menantikan saman dari Dato Sri. Tak disangka hari ini ianya keluar terpancut melimpah limpah dengan amaun RM 100 juta dari Anwar Ibrahim.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas blogger Pro Umno, Papagomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Anwar : “Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” kata Anwar di twitter hari ini."

In the letter of demand sent today, Dato’ Seri Anwar’s solicitors have demanded that the blogger Papa Gomo withdraw his malicious allegations, apologize within 48 hours from today, and pay damages in the sum of RM 100 million."

Permohonan Maaf saya :-

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.

Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.
Saya juga nak menegaskan disini bahawa paparan Gambar gambar diatas ini adalah sebahagian daripada aktiviti mingguan Dato Sri dalam menjalankan kerja Homoseksual terutamanya anak muda.
Dato Sri Anwar Ibrahim, 6 hb Febuari 2013 berlokasi di Hotel Hilton KL Central pada jam 1 pagi rakaman aksi Dato Sri membelasah *#8%* Mahasiswa dari Sabah juga berada di tangan saya. Saya merasakan bahawa Dato Sri tahu apa yang akan berlaku jika Video tersebut tersebar kerana rakyat perlukan bukti nyata dalam pekara ini.

Apa yang dilakukan saya adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin dengan moral yang begitu jijik apatahlagi dengan ketagihan homoseksual yang saya lihat tidak dapat lagi dibendung. Wan Azizah, Nurul Izzah dan juga suami Nurul tahu kegiatan Dato Sri dan saya rasa Dato Sri pasti terkejut jika saya nyatakan bahawa Menantu Dato Sri yang akan membawa Dato Sri keluar setiap malam bagi mencari *#8%* untuk dikoyakkan.

Pendedahan mengenai moral Dato Sri saya lakukan demi rakyat Malaysia. Seharusnya Dato Sri berundur dari pentas politik dengan kadar segera demi menjaga maruah keluarga Dato Sri terutama Wan Azizah yang sudah begitu lama menahan azab dengan kegiatan tak bermoral Dato Sri.
Saya juga tertanya tanya mengapa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak menyaman saya, Dato Eskay sejak pendedahan Video Seks Dato Sri dan China Doll tersebar. Mengapa dalam isu video seks China Doll Anwar Ibrahim tidak menfailkan saman keatas Dato Eskay yang terang terang bersumpah serta menyatakan bahawa Dato Sri merupakan lelaki didalam video tersebut yang membalun Pelacur China itu?

Akhir sekali saya nak menyatakan bahawa saya memohon Maaf kepada Dato Sri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Dato Sri agar rakyat mengetahui kebenarannya. Rakyat tidak mahu pemimpin jijik sepertimana manusia bernama Anwar Bin Ibrahim.

Buat Anwar Ibrahim, saya mengikut jejak langkah Tun Mahathir idola saya :-

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf kepada bekas Timbalan, Anwar Ibrahim dan menolak tuntutan RM100 juta (US$26.7 juta) sebagai ganti rugi kerana memanggil Anwar sebagai seorang homoseksual.

Tuesday, March 19, 2013

Perang gerila: Jamalul Kiram boleh cakap apa saja... kami akan tentang mereka habis-habisan


lahaddatu-standby
Pasukan keselamatan kita tidak ambil pot pada kenyataan Jamalul Kiram suruh orang-orangnya lancar perang gerila ' hit and run' terhadap mereka sebaliknya akan terus memburu saki-baki penceroboh Sulu itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
Beliau yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.
"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, di Felda Sahabat,Lahad Datu Isnin.
Media Filipina Isnin menyiarkan kenyataan Jamalul Kiram menegaskan orang-orangnya tidak akan berundur dari Sabah .
Beliau mengarahkan mereka melancarkan perang gerila keatas pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.
Sementara itu Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.
"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.
Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.
Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing.
"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir.

Monday, March 18, 2013

Najib persoal agenda Pas berhubung 'syahid dunia'



Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan  anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'.
Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac.
Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.
“Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno.
“Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di sini hari ini.
Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara.
Sementara itu,  Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah.
“Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti akan berlaku.
“Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada masa itu wajib kita tentang mereka.
“Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita memberi peluang  untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan nyawa, harta, tanah dan negara kita.
“Ini prisnip Islam yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun,” katanya. - Bernama

Sunday, March 17, 2013

TANYA SAMA ANWAR...


Elok sangat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail cuba-cuba 'tanya sama Anwar' apa cerita ini?
anwar-pix513
Nurul Izzah juga kena nyanyi lagu sama kepada bapanya yang tengah syok dendangkan 'tanya sama Najib'.

Mereka juga kena duduk tenang-tenang dan tanya sama hati sendiri (kalau benar itu Anwar ) apakah ini jenis orang yang mahu dihidangkan sebagai calon Perdana Menteri kepada rakyat jelata.
Tolak sebelah DAP yang mungkin tidak akan ambil kisah.Kalau benar seperti didakwa bagaimana Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi yang mengetuai Parti Islam SeMalaysia boleh duduk dibawah penghulu yang ada nafsu songsang amat jijik ini.
Politik tetap politik tetapi tanggongjawab pada agama dan bangsa lebih utama.
'Laluan depan' dengan GRO asal China sudah didedah tidak lama dulu dan pagi Sabtu muncul pula babak 'laluan belakang'.
Kalau dulu Datuk T,kini ia muncul menerusi sebuah laman blog oleh insan yang tidak dikenali.
Tanya sama orang...semua sekata naik mual nak termuntah melihat aksi asmara dana lelaki VS lelaki yang dipapar dalam gambar-gambar 'still photo' yang dipercayai disedut dari rakaman video aksi berkenaan.

anwar-tadixx
Anwar selepas satu majlis di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur petang Sabtu


Pelakonnya jelas mirip macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki tidak dikenali.
Lokasinya sebuah bilik hotel.Dimana tak diketahui setakat ini.
Itu baru Part 1 seperti ditulis oleh tukang dedah di blog  http://rajagoyang360.blogspot.com.
Nampak macam ada Part 2 dan Part 3.Lojik akal dapat duga video penuh yang dirakam melalui kamera tersembunyi mesti ada.
Dulu masa video yang disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulin ramai yang kata 'cukup kenal wajah pelakon' dalam aksi dengan China Doll.
Kini dari gambar-gambar still photo reaksi sama sudah terdengar reaksi sama.
Antaranya bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Zahid Md Arip yang nengaku sudah tengok sendiri gambar-gambar berkenaan di laman-laman blog.
"Memang dia..saya cukup kenal lenggok dia,"katanya kepada Agendadaily.
Zahid yang kini mengetuai sebuah NGO, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) juga tidak terkejut melihat sehingga petang Sabtu tidak kedengaran kalangan bos-bos pakatan pembangkang yang berani nak komen pendedahan sensasi ini.
"Mungkin mereka panik dan tengah perah otak bagaimana hendak bagi jawapan yang memperbodohkan rakyat,"katanya.
Bagi Zahid pendedahan ini menjawab pelbagai dakwaan yang berlegar selama ini tentang nafsu depan belakang Anwar.
Beliau menduga paling tidak Anwar akan buat penafian kosong dakwa ini konspirasi dan fitnah UMNO.
Dugaannya tepat sekali.Petang Sabtu Agendadaily sendiri berusaha untuk mendapat reaksi dari mulut Anwar sendiri.
Peluang ini terbuka bila mendapat khabar beliau akan menghadiri satu forum di sebuah hotel di Bandar Utama dekat Kuala Lumpur.

anwar-video-baru

Namun bila tiba di situ wartawan dan jurugambar Agendadaily tidak dibenarkan masuk dengar forum berkenaan.
Sebaliknya wartawan Malaysiakini dan Keadilan Daily dibenar masuk.
Rupanya semasa forum berkenaan Anwar ada menyentuh mengenai pendedahan di laman blog itu.
Apapun tunggu punya tunggu setelah lebih sejam lamanya,Anwar keluar hendak pulang.
Bersama tiga wartawan lain,Agendadaily cuba ambush Anwar untuk minta komen mengenainya.
Asalnya Anwar buat muka kering tidak mahu layan.Ini sehinggalah wartawan Agendadaily kata padanya " tak kan nak tanya pun tak boleh".
Anwar lantas jawab 'ini fitnah jijik UMNO menjelang pilihanraya'.
Ditanya samaada beliau akan ambil tindakan undang-undang,Anwar kata tidak pasti dan akan serah kepada peguamnya untuk menanganinya.
Wartawan Malaysiakini yang dapat masuk forum anjuran Anwar Ibrahim Club itu melaporkan Anwar antara lain kata dulu (video seks China Doll) perutnya buncit sikit tetapi sekarang nampak muscular.
Beliau cuba perlekehkan pendedahan-pendedahan yang dibuat dengan kata orangramai cukup bijak untuk tidak percaya pada fitnah dan tetap datang mendengar ceramahnya.
Katanya beliau tetap bersemangat untuk teruskan perjuangannya kerana yakin kepada kebijaksanaan orangramai.
Beliau juga cuba perlekehkan ,siapa yang baca dan tonton akhbar Utusan Malaysia dan TV3.
Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang ditanya mengenai pendedahan terbaru ini semasa sidang akhbar selepas majlis bersama 700 jentera siber BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada lewat pagi Sabtu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri kesahihan gambar-gambar itu.
Beliau mengingatkan samada lelaki itu Anwar atau bukan, jangan main tuduh-tuduh ia merupakan konspirasi BN.
"Apabila mereka tuduh ia konspirasi BN, maka kita kena jawab,"ujarnya.
Menurut Khairy, BN tak kuasa menentukan siapa hendak masuk ke bilik tidur siapa...
"Jangan tuduh BN mengamalkan politik longkang ,"tegasnya.
Nak kata fitnah atau apa...namun kebenaran tetap kebenaran.
Apa yang semua orang tunggu sejak pendedahan video seks 99.9 peratus tulin dulu ialah kebenaran.
Alasan bodoh video itu besi tidak boleh jadi bukti...hanya masuk kategori suatu jawapan yang cuba memperbodohkan minda segenap manusia atas muka bumi ini.
Kalau berani untuk tutup segalanya...jawapannya ialah satu siasatan terbuka.
Anwar boleh tidor lena jika namanya dibersih menerusi siasatan itu.
Kalau didapati benar itu Anwar,satu Malaysia boleh menarik nafas lega 'pelakon' ini boleh dianggap satu bahan sejarah yang pernah mewarnai senario politik negara

Friday, March 15, 2013

Pengundi India Akan Ajar Sikap Angkuh, Bongkak Pembangkang Pada PRU 13



Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan berkata pemimpin pembangkang tidak sepatutnya angkuh dan bongkak untuk menafikan peranan dan sokongan pengundi kaum India yang membolehkan mereka mencapai kejayaan pada  Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu.
Oleh sebab itu katanya, pakatan pembangkang harus sedar diri dan jangan terus memperlekehkan kaum India.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berkaitan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang menggambarkan undi masyarakat India mampu dibeli dengan hanya sogokan wang serta ‘arak’.
Dilaporkan, Koo Ham melalui laman Twitternya baru-baru ini, yang mengeluarkan kenyataan berbunyi: For too long Beruas Indians hv been cheated for their votes by BN’s sarees, Milo, mutton curry & beers. (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).
“Hinaan demi hinaan kepada kaum India olah DAP menggambarkan betapa jijiknya mereka ini sebagai seorang pemimpin. Saya amat kecewa… Cemuhan perkauman ini sebenarnya memang sudah menjadi budaya DAP. Ini secara tidak langsung membuktikan lagi bahawa DAP memang parti rasis.
“Teman-teman saya berbangsa India yang menjadi ahli DAP turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Ngeh tapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka ini hanyalah bonek di dalam DAP kononnya untuk menggambarkan DAP adalah parti untuk berbilang kaum.
“Namun hakikatnya DAP adalah parti untuk satu kaum sahaja. Di Barisan Nasional (BN) kita juga ada parti MIC dan MCA tapi kita tidak menghina bangsa lain. Kita saling menghormati sebab pembangunan dan kemakmuran negara dibantu oleh semua kaum,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Kamalanathan, penghinaan pemimpin DAP ini semakin membuat kaum India sedar bahawa selama ini mereka hanya dipergunakan oleh pakatan pembangkang untuk mendapat undi tetapi selepas itu kaum India tidak dipandang lagi.
Oleh yang demikian, kaum India harus memberi ‘pengajaran’ kepada pakatan pembangkang pada PRU ke-13 nanti.
“Buktikan kepada pakatan pembangkang ini bahawa kita kaum India turut memainkan peranan penting di negara ini. Buktikan bahawa tanpa undi kita mereka tidak akan berjaya,” ujarnya lagi.

Wednesday, March 13, 2013

Pengganas Sulu bawa duit Malaysia 'berketul-ketul'



Seorang mangsa tebusan mendakwa melihat pengganas militan Sulu memiliki mata wang Ringgit Malaysia dalam jumlah yang banyak sewaktu ditahan baru-baru ini.
Menurut Ajmain Mahmood, (gambar) pada hari kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum mendengar kekecohan di luar.
Katanya, sewaktu dia cuba meninjau apa yang berlaku, sekumpulan kira-kira 50 orang pengganas militan Sulu sudah bertindak menahan ramai penduduk kampung.
 "Kebanyakan mereka memakai pakaian seragam tentera, dan separuh daripadanya memiliki senjata api seperti M16. Kemudian salah seorang daripada mereka menampar muka saya sebelum mengacah barong (sejenis senjata tajam).
"Selepas itu dia mengeluarkan sebuah beg plastik yang dipenuhi wang ringgit Malaysia dan memberikannya sedikit kepada seorang lagi tebusan untuk membeli beras,” katanya ketika ditemui  di sebuah penempatan peneroka di Lahad Datu.
Menurut Ajmain, dia juga diarahkan untuk berbuat demikian.
Tambahnya, selepas itu dia dan dua tebusan yang lain menaiki sebuah kereta untuk mencari bekalan beras seperti mana telah yang diarahkan.
Katanya, memandang ramai peniaga menyedari insiden tersebut, kesemuanya membuat keputusan untuk menutup premis mereka lebih awal.
"Semua kedai yang kami pergi tutup…masa inilah saya mengambil keputusan untuk melarikan diri,” jelas Ajmain.
Sebelum itu ketika ditanya mengapa dia ditampar, Ajmain berkata, wakil puak pengganas mengesyakinya membuat laporan kepada pihak polis hingga menyebabkan tiga rakan mereka ditangkap lebih awal.
Mengulas lanjut, Ajmain berkata, pengganas mengunakan bahasa Bajau sewaktu berkomunikasi dengannya.
Ajmain juga menegaskan tidak pernah melihat kelibat kesemua pengganas itu sebelum ini di kampung mereka.
” Terus terang saya katakan, saya sangat trauma mengenai apa yang berlaku..apatah lagi bila mendapat tahu ada anggota polis yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu ini.
” Nasib baiklah tindakan saya melarikan diri kena pada masanya, jika tidak, tak mustahil apa yang menimpa anggota polis berkenaan boleh terjadi ke atas diri saya,” katanya.

Tuesday, March 12, 2013

Dr Mahathir sanggup sumpah di masjid, hairan kenapa Anwar tak berani?


dr-mahathir400
Bagi yang kenal bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tahu, beliau jenis yang cakap straight to the point, betul kata betul, salah adalah salah.
Dalam tulisan terbarunya bertajuk 'Fitnah" di blognya, Dr Mahathir cerita mengenai tuduhan nepotisme terhadap anak beliau yang dibuat oleh pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menafikan pernah beri mana-mana kontrak kepada anaknya ketika berkuasa dan sanggup bersumpah di mana-mana masjid untuk membuktikan kebenaran tersebut.
Dan macam biasa Dr Mahathir 'fire' balik dakwa Anwar masa jadi TPM banyak beri kontrak pada penyokong dan keluarganya.
"Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai,"tulisnya.
Dr Mahathir turut bertanya soalan cepu mas pada Anwar. "Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan,"soal beliau.-25/2/2013
TULISAN LENGKAP
Fitnah
1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.
2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.
3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.
4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.
5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.
6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.
7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.
8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.
9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.
10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.
11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.
12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.
13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.
14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petroliam.
15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.
16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.
17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?
18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.