Friday, March 1, 2013

Anwar terus tabur janji, perguna bekas pegawai tentera



TELOK KEMANG 1 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menabur janji kepada para penyokongnya termasuk mempergunakan bekas pegawai tentera bagi menarik undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, tiga bekas pegawai tinggi tentera itu kononnya mempunyai kuasa untuk memastikan tidak berlaku huru-hara jika peralihan kuasa berlaku pada pilihan raya kali ini.

Anwar mendakwa, ketiga-tiga individu terbabit itu telah memberi jaminan kepada beliau untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam terkawal.

"Saya perkenalkan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid sebagai orang yang diberi tanggung jawab itu.

"Mereka akan memastikan keselamatan semasa proses pertukaran kerajaan dibuat," katanya pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Lukut, malam tadi.

Orang ramai yang hadir merupakan mereka yang telah membeli meja dengan bayaran RM50 bagi setiap kerusi dan RM500 satu meja untuk menikmati jamuan makan dan mendengar ceramah politik.


Sepanjang ceramah selama 40 minit itu, Ketua Umum PKR itu seperti biasa menyerang segala usaha yang dilakukan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) manakala bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menjadi modal ceramah beliau.



No comments:

Post a Comment