Wednesday, March 6, 2013

Anwar Pengkhianat!!!!!???



Parti pembangkang mengaburi pemikiran rakyat dengan pembohongan sebagai taktik menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata pembangkang kini risau kerana rakyat, khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang, semakin sedar bahawa BN adalah satu-satunya kerajaan yang mampu membela dan menjaga kebajikan rakyat.
Sambil menyifatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat nombor satu negara di dunia luar, Muhyiddin berkata Anwar sengaja memberi gambaran buruk mengenai situasi dalam negara.
"Barisan pemimpin pakatan pembangkang datang ke Sabah dengan mengatakan BN semakin kalah di Semenanjung. Itu adalah pembohongan...dan kononnya Sabah juga akan jatuh ke tangan mereka," katanya pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di Keningau Jumaat malam.
Mereka mengatakan rakyat di Malaysia menderita, tetapi pembangkang yang sebenarnya tertekan kerana mereka sudah nampak gelombang iaitu kebangkitan rakyat yang tahu bagaimana BN berjuang untuk rakyat.
"Anwar semakin mendapat kurang mendapat sambutan rakyat ketika turun berkempen. Jadi apabila rakyat tidak lagi percaya kepadanya, dia ke luar negara seperti Australia dan Indonesia untuk memburukkan Malaysia," katanya.
Bernama melaporkan Muhyiddin berkata sokongan rakyat terhadap BN semakin kuat khususnya di Sabah, tetapi pembangkang sengaja tidak nampak dan tidak mengakui pembangunan ketara yang dibawa oleh BN ke negeri itu.

No comments:

Post a Comment