Friday, August 31, 2012

Persiapan Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 Peringkat Negeri Sembilan

PNS berada di Masjid Negeri Seremban bersma-sama kariah menjayakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan doa kesyukuran sempena Hari Kemerdekaan kali ke-55.

Nilai Kemerdekaan dengan rasa syukur



Banner Berlampu Merdeka Raya di Bangunan PKNNS

 Jalan ini akan ditutup bagi laluan kontinjen perbarisan sempena hari kemerdekaan

Padang bermulanya perbarisan kontinjen kemerdekaan 


Sambutan Hari Kemerdekaan ke55 tahun
Peringkat Negeri Sembilan

bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS)

SEBENTAR SAJA LAGI 


Pentas Utama di Raja. 
Kontinjen akan tabik hormat di hadapan DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.



Keluarga yang menantikan detik 12 malam untuk menyambut hari kemerdekaan. 
Keluarga Chindia.






KUALA LUMPUR: 'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. 

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai. 

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia. 

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya. 

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini hari ini, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan. 

Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia. 

Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas. 

Pada 17 Julai, Perdana Menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais. 

Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun. 

Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu. 

"Pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing. 

"Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu," katanya. - BERNAMA


Thursday, August 30, 2012

PNS terpedaya.. Rashid Latiff berjiwa rakyat????

Kepada Orang Ampangan.. Botul ko YB Rashid Latiff ni camni cap ehee?? handal bona-bona tekau eh..


Ni ko ghoman eh pejabat yang merendah diri dan berjiwa rakyat tu?? Macam saghang 'nangnak' yo dari luar nampak eh??? Haghi apo rakyat nak jumpo dio nih.. Ghamai menjojak Pusat Khidmat Barisan Nasional endolah..

Macam ondak tak ondak yo boghi keperluan ghayo ni yb..
gambar di ambil 05 September 2010.
Sei tak koso nak link an blog eh kek PNS ni doh.. Nak carik sendiri blog eh.. hihi..

Tahun ni tak boghi.. agak eh.. boli nombor tak kono-kono.. tu yang tak mendapek ibu tunggal di DUN Kawasan Ampangan ni laie..

Psssssttttttt.. 

Mano pogi deh gek eh Bulan Poso moh haghi ghayo nih.. Oghang sibuk meraikan kemenangan di hari raya setelah berpuasa di bulan Ramadhan.. langsung tak nampak batang hidung cerita ADUN Ampangan nih.

Habisssssss??? Orang Ampangan terbelo sekerat-sekerat jalan jerlah nih??? Ishk ishk ishk..

PNS bukan apa?? Aghi tu lalu nak boli basikal kek kodai seborang ni haaaaa.. memang selalu lalu jalan utama ke bandar Seremban ni ha.. Botutup yo pejabat wakil rakyat ADUN Ampangan nih?? Apo makan gaji buto ko?? Ko makan cacing kojo eh haghi-haghi..

PNS memang tau pengundi di kawasan DUN Ampangan jolak botul da ngan wakil rakyat dah seghupo 'bai' jual roti nih.. Bukanlah nak mengutuk..

Susah jadi wakil rakyat ni kalu tak ghoti nak jago tempolok rakyat-rakyat di kawasan sekitarnya?? 

Alhamdulillah, terasa syukur kita ke hadrat Allah Taala, apabila kemenangan PKR di PRU12 itu bukanlah kemenangan yang mutlak.. Kemenangan tersebut telah memberi gambaran kepada semua pengundi yang ada bahawa pentingnya waimma parti juga calonnya untuk berkhidmat untuk rakyat.

Kemenangan PKR di PRU12 kek kerusi DUN Ampangan memang jelas memberi gambaran yang kita kena tolak PKR, sebuah parti yang tidak konsisten.

PNS pun tak payah nak cakap panjang.. semua tau dan dapat menilai.. 
kek yang da mengoreh tu.. kok koreh.. totap yo deh mengoreh..

Salam perjuangan!!!!





Monday, August 27, 2012

Himpunan Gambar di Majlis Rumah Terbuka YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan Keluarga

DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud serta putera baginda Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz mencemar duli di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kampung Tanjung Rantau, Negeri Sembilan, pada Sabtu lalu.



Rakyat berbilang bangsa tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan.


Raja Datin Seri Hjh Salbiah Tengku Nujumuddin sedang melayan DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. 

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan melayan tetamu diRaja bersana orang kenamaan

Ada sesuatu yang mencuit kan

Antara barisan artis yang hadir. Dato' Tarmimi Saregar, anak jati Negeri Sembilan

 Apa yang dibualkan oleh Dato' Azman bersama Dato' Khalid Yunus























































Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan melayan tiga orang cucu saudara di akhir Majlis Rumah Terbuka beliau






PNS ketika berada di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan pada Sabtu lalu.

Di hari persiapan majlis lagi PNS sudah melihat pengurusan majlis yang disususn rapi oleh Menteri Besar. Beliau sendiri memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar dan anggota yang terlibat menjayakan majlis ini memahami tangungjawab dan tugas masing-masing. Hasilnya, orang ramai yang datang seawal 9:00 pagi sehingga 6:00 petang gembira dan berpuas hati dengan layanan yang diberi.

Pada pukul 2:00 petang, Pengacara Majlis mengumumkan kehadiran masyarakat berbilang bangsa mencapai 30,000 ribu orang. Dan sehingga krew PNS menunggu sehingga pukul 6:00 petang, masih ramai yang datang  berkunjung. Alhamdulillah, makanan yang disajikan kepada orang ramai mencukupi dan mereka balik dengan senang hati.

Pengunjung akhirnya menjejah hampir 50,000 orang. PNS bukanlah buat kiraan sendiri.. PNS tanya driver bas yang membawa trip dari hotspot ke rumah Menteri Besar. Jika satu bas membawa 3 kali trip pergi dan balik dari hotspot dari pukul 8:00 pagi sehingga pukul 6:00 petang.. boleh kira sendiri.. tak cukup jari tangan.. kira guna jari kaki sekali.. kalau tak cukup juga.. tekan ajerlah kalkulator.. Terima kasih..

Layanan dari Menteri Besar dan Keluarga dapat, makan pun kenyang. Malah dihiburkan pula dengan kumpulan muzik yang dijemput khas. Kepada yang tidak mempunyai kenderaan mahupun yang mengetahui jalan trafik yang sesak untuk berkunjung di sini, mereka menaiki bas dan van yang disediakan.

Pengurusan yang baik dan berkesan akan memberi kepuasan kepada semua.

PNS pesan, jika kita mengutamakan kesepakatan dan permuafaatan, tahun hadapan Majlis seumpama ini akan sentiasa dinanti-nantikan dan berada di dalam ingatan.