Wednesday, October 31, 2012

Negeri Sembilan sokong usaha Kerajaan Pusat pulihkan NFC

Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menyokong usaha kerajaan pusat membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berupaya mengambil-alih projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang beroperasi di Gemas daripada Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).
  
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek NFC yang tergendala disebabkan masalah pengurusan perlu diteruskan kerana projek itu dapat mengurangkan kos mengimport daging.
  
"Usaha untuk memberi peluang kepada mana-mana syarikat untuk mengambil alih projek adalah usaha yang baik dan dalam masa yang sama dapat membayar semula pinjaman yang diberikan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco semalam.
  
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini bahawa kerajaan akan memberi peluang kepada mana-mana syarikat untuk mengambil-alih projek NFC, baru-baru ini.
  
Mohamad berkata kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan projek NFC dan hanya menyewakan tapak untuk projek berkenaan.
    
Katanya NFCorp kini berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 bagi tunggakan bayaran sewa tapak projek sejak setahun lepas.
  
"Kita sudah tulis surat kepada NFCorp kerana sudah setahun tertunggak bayaran sewa tanah yang dipajakkan seluas 607.03 hektar.
  
"Sekiranya pihak NFCorp masih gagal membayar dalam tempoh yang ditetapkan, kita akan batalkan sewa pajakan tapak berkenaan," katanya. - Bernama

p/s : Kita perlukan pemimpin yang ada buah fikiran dan mahukan penyelesaian. Bukan pemimpin yang duk kata itu tak betul, ini tak betul. Cari salah pemimpin itu, carik salah pemimpin ini. Kelak, takut senjata makan tuan saja..

TUDIAA!! Projek Lembu 'Ghaib' Pas Kedah Terbongkar!!


Dulu puak pembangkang bising gila pasal lembu NFC. Kali ni kerajaan negeri Kedah pun ada terlibat sama dengan projek lembu, malah projek tu pun kantoi. Namun tak pula orang yang dok kutuk NFC tu, kutuk kerajaan negeri Kedah ni.

Beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan hari ini membidas pembangkang kerana cuba 'menutup mata' terhadap isu lembu di Kedah walaupun perkara itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010-2011.

Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata laporan itu menyatakan kerajaan Kedah membelanjakan RM1 juta untuk mengimport dan membela lembu dari Australia.

"Skandal ini sama seperti NFC (National Feedlot Corporation ) tetapi kita tidak nampak pula ia dibawa oleh pembangkang. Ada yang mengatakan RM1 juta itu satu jumlah tetapi kalau dibandingkan dengan ekonomi Kedah, sudah tentu RM1 juta itu adalah besar.

"Saya ingin terangkan skandal RM1 juta ini jika dibandingkan dengan peratusan terhadap Bajet Kedah yang bernilai lebih kurang RM1 bilion, ia kira-kira 0.1 peratus.

"NFC kalau dibandingkan dengan Bajet kerajaan Persekutuan juga hanya lebih kurang 0.1 peratus. Adakah `double standard' di mana pembangkang mengkritik NFC tetapi pada masa yang sama menutup mata kepada satu skandal `cowgate' di Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada persidangan Parlimen di sini, hari ini.

Hamim pula yang turut bersetuju mengenai sikap berat sebelah itu berkata laporan audit itu bukanlah satu hukuman tetapi ia lebih kepada penemuan untuk siasatan di peringkat kementerian bagi menambah baik mana-mana kekurangan.

Sementara itu, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bertanya sama ada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai pilihan negara pengimport lembu lain jika Australia menyekat bekalan lembu sekiranya tidak mengikut piawaian yang ditetapkan negara itu.

Beliau berkata berikutan pelaksanaan sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengeksport (ESCAS) oleh Australia berhubung pengeksportan lembu dari negara itu, ia seolah-olah ada ancaman bahawa negara itu akan menyekat pengeksportan bekalan lembu.

"Jika ia sekat apa pilihan kita, ini penting untuk sempurnakan tuntutan agama (ibadah korban). Apakah kita hanya bergantung kepada Australia, New Zealand...apakah kita tidak boleh bergantung kepada India, Vietnam, Kemboja, Indonesia," katanya yang membahaskan rang undang-undang sama. - BERNAMA

Apa gamaknya kerajaan negeri Kedah nak pusing lagi lepas ni. Apakah projek lembu ni pun salah UMNO jugak? he he..


McTheory:
Atau ini konspirasi UMNO? kah kah kah.. 

Sumber : Kedah ke KL

PAS Itu Syiah?

Apa pendapat anda? Sebelum dicerita panjang mari kita tengok hasil google apabila di'google'  "PAS Syiah"


  Gambar demo PAS yang dipenuhi Ulama Syiah/Erdogan

Gambar demo PAS yang dipenuhi wajah Ulama Syiah


Hassan Askari (Syiah Gombak)


Apa pendapat anda? Bagi yang tak tahu apa itu Syiah, ringkas dan mudah Syiah itu sesat dan menyesatkan umpama orang Kafir. Syiah menggalakkan penipuan (Taqiyah) untuk menarik orang-orang Islam yang lain mengikut ajaran dan fahaman mereka, lagi banyak Taqiyah lagi beriman orang Syiah ni (Sesuai sangat dengan MAT SABU).  Kalau puak-puak Syiah PAS ni subur pengaruhnya sesatlah pedoman pengikut PAS yang  taksub. Mereka ini sanggup berlakon apa sahaja untuk tujuan menyesatkan dan memesongkan pengikut-pengikut mereka seperti bak kata Mat Sabu dia sanggup MAKAN BABI dengan Guan Eng dari MAKAN AYAM dengan DS Najib. Halalkah BABI itu?, mungkin bagi Mat Sabu kot Syiah la katakan.
Syiah ini golongan yang menentang dan mencaci maki Rasulullah s.a.w, dan sebabnya adalah kerana Malaikat Jibril tersalah turunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w, sepatutnya Saidina Ali, dan yang paling jelas sesat sekali mengagungkan ulamak melebihi Nabi serta Allah s.w.t. (Rajin-rajin google pasal Syiah)

Syiah ni umpama barah,  kalau dibiarkan habis jahanam satu organisasi atau negara,kalau tidak takkan lah Ustaz Nasha dan Dr Hassan Ali nak perjuangkan akidah ahli PAS yang kian terpesong. Namun akibat pengaruh golongan pemimpin PAS yang berfahaman SYIAH mereka disingkirkan dari PAS. Syiah ini sudah berjaya menyusup dan subur di dalam PAS, seperti pengakuan Nik Abduh (Anak TG Nik Aziz) 


Pengakuan Nik Abduh dalam penulisan blog



Puak-puak Syiah seperti di Iran menghalalkan demonstrasi jalanan serta ganas serta revolusi untuk memastikan kerajaan yang mereka inginkan akan terbina sangup melakukan keganasan dan menghalalkan darah orang lain selain mereka yang berfahaman Syiah. Kalau di Malaysia PAS secara terang-terangan menyokong demonstrasi jalanan serta membiarkan keganasan dan kekecohan dilakukan pengikut-pengikut mereka ni, (Bersih 1 2 dan 3 serta Khalid Ismath mahasiswa UITM yang memukul dan menendang Polis semasa demo) .Syiah ni tak mahu orang Islam Ahli Sunnah Wal Jammaah (ASWJ) memimpin, seperti kes Iraq, dimana Saddam Hussein (ASWJ) digulingkan puak-puak Syiah yang merupakan sekutu kuat barat (macam Anwar Ibrahim- Barat). PAS terus terang mahu menggulingkan UMNO, sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR. Pemimpin PAS yang menganut Syiah sekeras-keras menolak cadangan sesetengah pemimpin PAS (ASWJ) tentang pengabunggan UMNO-PAS kerana mereka  takut pengaruh ASWJ lebih kuat dari pengaruh Syiah mereka.

Nah ni contoh barwa Keadilan yang selama ni merupakan penganut ajaran Syiah yang terang-terang sesat dan bukan Islam


Pengerusi PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) Perlis Mohamad Faisol Abdul Rahman


Yang ni pulak contoh golongan pimpinan tertinggi PAS (Timbalan Presiden PAS) yang macam takdak akal menyokong Syiah terang-terangan dalam ceramah dan demo beliau. 
 

Mat Sabu berdemo belakang gambar Ulama Syiah



Mat Sabu menyanjung Ayatollah Khomeini
Petikan dari Harakah Daily

Nak lagi bukti click link ni Bukti Mat Sabu menyanjung SYIAH!


Kalau Timbalan Presiden sendiri terang-terangan menyokong Syiah, pasti ramai lagi yang mengikut Syiah walaupun dengan cara tersembunyi. Hati-hati wahai umat Islam di Malaysia sekalian.
 
Jadi apa pendapat viewers? Syiah atau tidak itu persoalannya. Kita berhak memilih dan mengikut, jadi janganlah jadi orang yang sesat serta keluar dari pegangan agama Islam atas sebab politik dan ketaksuban terhadap pemimpin semata-mata. 



Sumber : mymassa

Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Cuba Sogok Sinar Harian?


Semakin mual melihat karenah penyokong Pakatan Pembangkang yang cukup suka menjatuhkan pimpinan BN dengan cerita palsu dan rekayasa jahat bagi menghasut rakyat membenci BN. Ditambah lagi dengan PRU yang makin hampir seakan menggila aktiviti mereka ini dengan fitnah yang ada.

 

Blog Milo Suam satu tika lalu pernah mempertahankan Badrul Amin yang ditangkap khalwat dengan isteri orang di Kuantan Pahang. Begitu bersungguh sungguh blog Milo Suam pertahankan Badrul Amin sampaikan mengeluarkan kenyataan bahawa Isteri Badrul Amin sahkan ada meneman Badrul Amin malam kejadian tersebut.

Namun kuasa Allah tu maha besar lalu ditunjukkan bukti bahawa isteri Badrul Amin tidak ada malam tersebut bersama Badrul Amin malah ianya juga telah disahkan oleh pihak yang bertanggungjawap bahawa Badrul Amin telah diserang oleh suami wanita yang Badrul Amin khalwat pada pagi itu. Malah ianya juga telah disahkan oleh pihak Hotel bahawa memang berlaku kekecohan pada pagi tersebut apabila Badrul Amin dibelasah sekumpulan lelaki.


Walaupun penafian dibuat oleh Badrul Amin dan juga blogger Milo Suam namun ianya tidak langsung berjaya memberikan bukti jelas kepada rakyat akan kejadian tersebut yang sememangnya benar benar berlaku. Ugutan Badrul Amin yang akan menyaman pihak terbabit seperti Sinar Harian yang mengeluarkan berita tersebut juga sehingga ke hari ini sepi tampa berita.

Malah menurut editor di Sinar Harian mengesahkan bahawa Badrul Amin cuba untuk meminta pihak Sinar Harian menarik balik kenyataan Khalwat yang melibatkan dirinya sebelum itu dan meminta Sinar Harian tidak meneruskan lagi isu Khalwat tersebut. Hasil pertanyaan dengan pihak Sinar Harian juga mendapati tidak ada sebarang tindakan saman dari pihak Badrul Amin walaupun sebelum itu Badrul Amin menyatakan kepada media untuk mengambil tindakan undang undang.


Ini lah realitinya didalam kelompok Pembangkang yang akan melemparkan taik kepada BN sebaliknya mereka sendiri sanggup bergelumang dengan Taik dan ada yang sanggup makan taik tersebut sepertimana yang dilakukan Blog Milo Suam.

Rakyat Malaysia terus terusan ditipu oleh gerombolan pembangkang yang kononya mereka pihak pembangkang lebih baik mentadbir Malaysia daripada BN. Ironinya mereka sendiri pemimpin pembangkang dipenuhi dengan masaalah moral yang tidak langsung menunjukkan kelayakkan untuk menjadi pentadbir dan penjaga rakyat Malaysia.

Jika benar pimpinan BN mempunyai masaalah moral yang teruk sudah pasti video video ataupun gambar aksi 18SX disebarkan oleh pihak pembangkang. Tetapi sehingga kini yang ada dimedia media adalah cerita dan kejadian disebelah pihak pembangkang sahaja. Anwar Ibrahim, Elizebeth Wong, Azmin Ali, Badrul Amin dan ramai lagi yang kononya bakal mentadbir Malaysia jika Pakatan menang adalah golongan mereka yang terpalit dengan masaalah moral yang tidak berkesudahan.

Pssstttt....Moga Allah selamatkan Malaysia dari kejahilan Pakatan Pembangkang. Amin.....
 
Sumber : Papagomo

Tuesday, October 30, 2012

PANAS: Rahsia Bagaimana Suara Keadilan Beroperasi Terbongkar


SECARA tiba-tiba nama Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menjadi perhatian kebelakangan ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari pembongkaran demi pembongkaran didedahkan oleh Presiden KWMM, DZULKARNAIN TAIB terutama yang melibatkan isu kapal selam Scorpene.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Suaram disifatkan sebagai mengancam keamanan negara dan sekali gus membenarkan pihak asing mencampuri urusan Malaysia.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar IZHAM JAAFAR, bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan ini berkata, tindakan Suaram terus-terusan memfitnah kerajaan dalam isu itu adalah jelas bermotifkan politik.

Pengalaman berkhidmat dengan Suara Keadilan menyedarkannya betapa etika kewartawanan tidak diberi perhatian oleh organ parti pembangkang itu sebaliknya hanya menjadi saluran propaganda dan fitnah yang efektif.

“Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat," kata Dzulkarnain.

Dzulkarnain dan Suara Keadilan

MINGGUAN: Bagaimana sebenarnya pembangkang menggerakkan medium media mereka?

DZULKARNAIN:
 Sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum 2008, pihak pembangkang telah aktif berkempen melalui medium Internet terutamanya melalui blog dan sebagainya. Mereka seolah-olah mendapat suatu tenaga baru melalui penggunaan media sosial baru ini. Saya boleh katakan nisbah antara blogger pembangkang dan BN adalah antara 15 ke 20 blogger propembangkang berbanding hanya satu di pihak blogger pro-UMNO atau BN. Itu menjadi faktor bagaimana pihak pembangkang begitu menguasai dunia maya. Terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan terutama yang menghentam kerajaan. Sama ada isu ditimbulkan itu benar atau tidak, ia bukan menjadi ukuran dan keutamaan pembangkang.

Apa yang menjadi keutamaan dalam pemberitaan mereka?

DZULKARNAIN: 
Keutamaan mereka adalah mendedahkan sebanyak mungkin isu yang boleh dipolitikkan untuk menghentam kerajaan. Melalui cara ini mereka akan cuba mewujudkan satu persepsi negatif kepada rakyat yang selama ini menyokong kuat BN. Mereka telah melancarkan propaganda dan fitnah melalui laman-laman sosial dan media baru. Saya mahu menjelaskan di sini bahawa taktik ini masih diteruskan sehingga kini malah dengan lebih kerap. Sebenarnya kebenaran bukanlah matlamat mereka kerana ia lebih sebagai propaganda. Taktik ini jika kita lihat lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Propaganda Nazi, Joseph Groebbels, iaitu apabila berkali-kali kita menyatakan sesuatu itu sebagai benar walaupun hakikatnya ia satu penipuan, kerana minda dari sudut psikologi, apabila diulang banyak kali akhirnya orang akan mempercayainya. Jadi itulah strategi lama namun masih berkesan yang diamalkan oleh pihak pembangkang sehingga kini.

Jika begitu, apakah strategi yang digunakan dalam memanipulasi berita dan fakta?

DZULKARNAIN: 
Saya lihat pembohongan, fitnah dan character assasination adalah sebahagian daripada strategi utama mereka. Kita boleh lihat sekarang ini dalam isu Scorpene. Ia telah dijadikan satu isu yang besar dan membawanya ke peringkat antarabangsa dan Mahkamah Perancis. Tidak cukup bagi mereka melempar fitnah melalui ceramah dan medium media baru. Apa sebenarnya agenda mereka kerana semua pertanyaan yang diluahkan mereka sudah terjawab? Malah Ketua Audit Negara telah pun menjawab bahawa segala urusan melibatkan Scorpene adalah mengikut prosedur dan perundangan. Namun pihak pembangkang masih berterusan memfitnah kerajaan walaupun jelas Mahkamah Perancis sudah menetapkan pendiriannya. Malah saya ada terbaca baru-baru ini pihak pembangkang cuba menganjurkan satu jelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan isu Scorpene walaupun tidak ada isu sebenarnya dalam hal ini.

Kenapa pihak ini begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif dalam perbicaraan ini?

DZULKARNAIN:
 Sebab itu KWMM membuat sidang akhbar membongkar status Suaram sebagai plaintif. Sejak Mac lalu, pihak mahkamah Perancis telah menolak permohonan Suaram untuk menjadi plaintif. Untuk menjadi plaintif mereka perlu mempunyai kepentingan dalam urusan pembelian Scorpene. Oleh itu jelas ini adalah usaha Suaram untuk menipu Mahkamah Perancis dan apabila pihak mahkamah menyedarinya maka mereka menolak usaha ini. Sekarang ini mereka tidak ada kena-mengena malah tidak boleh bersuara dalam isu Scorpene.

Mereka cuba pula untuk menjadi plaintif bersama namun mereka mahu bersekutu dengan siapa? Kenapa Suaram begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif? Ini adalah sebab undang-undang Perancis berbeza yang mana apabila mereka diterima menjadi plaintif, mereka akan diberi kebenaran ke atas kesemua dokumen yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene. Maka apabila mereka boleh mendapat kesemua maklumat itu maka mereka akan berterusan memfitnah dan memutarbelitkan isu dan fakta mengenai perkara ini kepada umum. Ini yang mereka mahukan sebenarnya dan kami mendedahkan bahawa mereka bukan lagi plaintif dalam perbicaraan malah mereka hanyalah satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar.

Boleh ceritakan latar belakang saudara semasa berada di akhbar Suara Keadilan?

DZULKARNAIN: Apabila saya ditawarkan menjadi Pengarang Bersekutu akhbar itu pada 2008 dan kartunis Zunar ialah Ketua Pengarangnya, satu perkara yang saya sangat terkejut adalah, saya diberitahu jika mahu bekerja di akhbar ini paling penting adalah wajib percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam perlakuan liwat. Saya terdiam dan agak terkejut. Sebagai orang media, saya ada perkiraan sendiri iaitu masuk ke akhbar ini kerana ingin tahu bagaimana media pembangkang beroperasi dan apakah prinsip kewartawanan yang mereka pegang. Kemudiannya Suara Keadilan telah diambil alih oleh pengurusan baru dan saya dilantik sebagai Ketua Pengarang. Saya cuba membawa prinsip-prinsip arus perdana dalam akhbar itu supaya ia boleh menjadi satu wadah profesional dalam membuat laporan berita. Jika pemberitaan kami lebih bertanggungjawab walaupun bersuara pembangkang, mungkin kami akan lebih dihormati.

Saya memegang jawatan itu selama setahun namun sepanjang saya memegang jawatan itu, akhbar itu masih sah dari sudut perundangan kerana permitnya sah. Yang pasti walaupun saya cuba membawa pembaharuan namun mereka sebenarnya tidak memberi tumpuan kerana yang penting bagi mereka, ia perlu menjadi satu saluran propaganda dan fitnah yang efektif untuk mereka. Akibatnya akhbar itu banyak disaman. Jawapan kenapa saya berhenti dan kemudian bertindak keluar PKR adalah kerana saman RM200 juta terhadap saya dan beberapa yang lain berhubung isu Felda bankrap. Apabila saya melihat kembali peristiwa itu saya berpandangan adalah tidak adil untuk memfitnah Felda yang telah begitu berjasa kepada orang Melayu dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.

Bagaimana boleh timbul masalah sehingga disaman?

DZULKARNAIN: Apabila kita mahu mengatakan sesuatu perkara, kita juga perlu melihat kemungkinan apakah kita juga ada kemungkinan bertindak salah dalam hal itu. Saya berpandangan ketika itu adalah tidak betul untuk meletakkan tajuk utama sebagai 'Felda bankrap' dan ia sebenarnya perlu diletakkan tanda tanya di pengakhiran tajuk itu. Jadi mungkin ia sekadar kami menimbulkan persoalan namun pihak atasan langsung tidak bersetuju dan tetap dengan tajuk berkenaan. Saya sudah melihat kami akan disaman dan ia benar-benar berlaku. Kita sedia maklum bahawa mereka mahu mempopularkan akhbar mereka namun bukanlah senantiasa semua berita yang dikeluarkan perlu disensasikan. Kita faham jika terdapat sesuatu berita yang mahu disensasikan namun bukan semua apatah lagi berita dan artikel yang dikeluarkan itu lebih kepada fitnah dan pembohongan.

Bagaimana hubungan Suara Keadilan dengan akhbar-akhbar parti lain seperti Harakah dan Roket?

DZULKARNAIN: Sepanjang saya berada di Suara Keadilan, saya tidak nampak sebarang kerjasama antara kesemua akhbar ini. Masing-masing hanya buat hal masing-masing yang bertumpu kepada aliran pemikiran mereka sendiri. Oleh itu saya berani menyatakan bahawa pakatan pembangkang ini tidak sekuat mana kerana sesama media mereka pun tidak wujud persefahaman yang jelas. Bagaimana mereka mahu menguruskan peranan media jika tiada persefahaman sesama mereka. Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat.

Bagaimana saudara melihat kritikan yang dilemparkan NUJ terhadap KWMM baru-baru ini?

DZULKARNAIN: Memang mereka menyatakan bahawa kami ini dilihat seolah-olah menyebelahi kerajaan. Namun bagi saya, apa salahnya. Apakah timbul masalah jika kami menyokong kerajaan? Ada juga pihak NGO media yang tidak menyokong kerajaan namun kami tidak merungut atau membuat sebarang aduan mengenai mereka. Ini kerana kita perlu faham bahawa kita adalah pengamal media maka kita perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima semua hujah dan fakta yang dikemukakan. Jika pihak NUJ mengatakan kami berat sebelah maka saya cabar mereka supaya mengeluarkan hujah dan komentar mengenai isu Scorpene. Ini mungkin boleh mengimbangi pandangan saya mengenai isu ini dan saya mahu mereka berani ke depan. Mungkin mereka melihat kami lebih kepada prokerajaan namun sebenarnya kami lebih kepada pro-Malaysia. Kami tidak menyokong secara membabi buta namun yang penting adalah keselamatan negara, bebas daripada campur tangan asing dan pada masa, perpaduan dan keharmonian rakyat perlu menjadi keutamaan.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20121021/re_06/Saluran-propaganda-untuk-pembangkang#ixzz29zaawDe6

 
*Sebar-sebarkan.
 


Hutan simpan milik Kerajaan Negeri


SEREMBAN – Tanah hutan simpan di negeri ini masih lagi milik Kerajaan Negeri dan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu mahupun syarikat lain.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Kerajaan Negeri memberi hak milik tanah hutan kepada orang lain adalah tidak berasas.
Menurutnya, sejak pentadbirannya,  semua tanah hutan simpan yang dikeluarkan adalah di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan tidak pernah diberikan kepada mana-mana pihak luar.
“Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali.
“Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan rancangan tersebut kerana Kerajaan Negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Mohamad berkata, Kerajaan Negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan.
Menurutnya, setiap tahun Kerajaan Negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar sahaja yang digunakan daripada 4,800 hektar.
“Tidak timbul soal tanah hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang,” katanya.

Sumber : n9kini.net

Monday, October 29, 2012

Felda nafi Genting miliki saham FGV




Felda menafikan dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bahawa 400 juta unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dimiliki oleh Genting Berhad.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dakwaan itu sengaja dilakukan bagi memberi gambaran palsu dan menimbulkan persepsi jahat kepada peneroka tentang penyenaraian FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Tegas beliau, semasa proses pra-IPO, tiada saham yang diperuntukkan kepada Genting Berhad dan mengikut peraturan Bursa Malaysia, mana-mana pemilikan baru saham yang melebihi 5 peratus perlu diumumkan melalui laman Pengumuman Bursa Malaysia.

"Sekiranya Genting Berhad memiliki 12 peratus saham dalam FGV, Genting perlu memfailkan notis pemilikan saham tersebut.

"Bagaimanapun, sehingga kini tiada notis yang difailkan oleh Genting kepada FGV,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 


Kita sedia maklum.. bila belah sana terdesak untuk memenangi hati pengundi, kita di sini perlu mempertahankan dengan fakta yang benar. Menjelang PRU13 ini, kita tidak bekerja untuk mengembalikan kepercayaan pihak belah sana kepada pihak di sebelah sini kerana pribadi dan serangan demi serangan membuta tuli mereka.

Bila mereka memainkan isu 'otak udang' dengan harapan rakyat tersentak dengan dakwaan mereka.. di kala itu, pihak sebelah sini perlu bekerja lebih kuat lagi. Kita bekerja bukan sahaja untuk memenangi parti.. kita mahu fakta yang diberikan ini akan menjadikan mereka /rakyat berfikir waras untuk memilih terbaik buat mereka..

Adakah lebih bagus memilih parti 'otak udang' yang gila auta dari memahami halatuju dan pendekatan hari ini yang memberi bukti dalam bentuk fakta.. Pengkhianat mungkin adalah.. Tetapi tak kan mungkin kita nak membiarkan begitu sahaja..

Kami di sini tiada lain.. tetap memberi jawapan dengan penuh keyakinan.. "BROOOOOOOOOOOOOOOOO.. ada Genting mengfailkan notis pemilikan saham itu?? Kalau ada tunjuk bukti.. Kalau photoshop pun photoshop lah.. yang penting bukti.."

Inilah dia blog-blog yang menabur fitnah bagai.. dah kenapa?? Tersedak sudah?? Sudah tersedak??

Rakyat Marhaen blogspot, PKRL blogspot, BM Malaysia Cronicle dot Com, SedakaSejahtera blogspot dan banyak lagi blog yang memainkan isu tersebut..

Seperti biasalah.. banyak main isu.. kononnya.. betul lah tu.. 

PNS kata.. memang betul lah cerita tu.. tetapi betul-betul pembohong.. PEMBOHONG!!!

Kenapa nak letihkan pemikiran warga FELDA yang sememangnya bersyukur dengan kenikmatan hari ini?? Sudah-sudahlah tu..


Thursday, October 25, 2012

Felda lunaskan RM401.2 juta pinjaman saham FGV peneroka, petugas


Felda telah melunaskan pembayaran pinjaman bank yang dibuat oleh 94,219 peneroka dan 1,890 petugas agensi itu untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada 5 dan 8 Oktober lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, proses pengambilalihan pinjaman tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM358.7 juta bagi peneroka dan RM42.5 juta untuk petugas Felda.

Katanya, langkah pengambilalihan pinjaman tersebut dibuat bagi meringankan beban mereka kerana pinjaman dengan Felda tidak dikenakan sebarang faedah.
Kita akan dapat balik kerana mereka akan bayar secara ansuran. Dalam kata lain, kita akan mendahulukan pembayaran dan mereka akan bayar balik pinjaman kepada Felda tanpa dikenakan faedah. Ini bagi meringankan beban peneroka dan petugas Felda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah dalam Majlis Graduasi 2012 di Maktab Rendah Sains Mara Felda di Trolak dekat sini hari ini.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut bahawa Felda akan mengambil alih pinjaman bank yang dibuat oleh peneroka bagi membeli 800 unit saham FGV tetapi tidak menyatakan langkah itu turut melibatkan petugas agensi berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini dipetik sebagai berkata, langkah itu meringankan beban peneroka kerana mereka hanya perlu membayar semula kepada Felda sebanyak RM50 sebulan dalam tempoh lima tahun tanpa dikenakan faedah.

Wednesday, October 24, 2012

Penganalisis: Hudud tidak boleh laksana selagi rakyat Malaysia tidak faham

 Jika hudud dilaksanakan di Malaysia, adakah dia ini diantara 
di hukum??
SHAH ALAM – Penganalisis berpendapat isu hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan selagi seluruh rakyat Malaysia tidak memahami dengan jelas bagaimana undang-undang itu hendak dilaksanakan dan diterima baik oleh semua pihak.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, kefahaman tentang pelaksanaan hukun hudud itu sangat penting jika tidak, rakyat akan menganggap perkara itu hanya sebagai isu politik semata-mata.

“Apa yang pasti, selagi elemen tersebut masih belum boleh dilaksanakan, hudud memang tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat ini walaupun umat Islam di negara ini mahukan hukuman itu dilaksanakan.

“Sedangkan negara yang mempunyai 100 peratus penduduk Islam pun tidak berjaya laksana Hudud dengan berkesan, apa tah lagi Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sementara itu, Pengarah Institut Pemikir Tun Dr Mahathir Mohamad, Prof Abdul Rahman Abdul Aziz pula berkata, sekiranya perkara ini berterusan dijadikan agenda politik, dikhuatiri akan menyebabkan rakyat menjadi resah.

“Jika hudud terus menjadi alat untuk berpolitik, kemungkinan hubungan sesama kaum di negara kita akan menjadi renggang.

“Hukuman hudud jika dapat dilaksanakan akan membabitkan seluruh rakyat Malaysia, tetapi bagaimana kaedah pelaksanaan bagi orang Islam dan bukan Islam masih samar-samar,” jelas beliau.

Katanya, adakah sistem perundangan yang sedia ada seperti sistem kehakiman, pendakwaan dan butiran undang-undang sudah bersedia untuk dilaksanakan.

Tambah beliau, untuk memantapkan lagi kefahaman mengenai Hudud ini, agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga sewajarnya lebih responsive dengan terlibat sama dalam perundingan pelaksanaan hudud.

Mengulas isu sama, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berpendapat, Pas perlu berkata benar dan membuktikan bagaimana parti itu akan mendapatkan sokongan serta kerjasama lebih besar daripada rakyat sebelum hendak bercakap tentang pelaksanaan hudud.

“Jika tidak mampu berbuat begitu, ternyata Pas hanya menjadikan hudud sebagai mainan politik dan tidak serius.

“Hdud bukan isu baru, tetapi sudah diperkatakan lebih tiga dekad iaitu pada 1982 lagi. Apa beza dulu dan sekarang?

“Dulu Pas kata tidak dapat laksana sebab tidak pegang kuasa, bila dah pegang Kelantan pun sama saja. Umno pula kata tidak dapat laksanakan sebab tidak mendapat sokongan ramai, jadi apa yang barunya?” katanya.

Bagi memantapkan kefahaman rakyat Malaysia khususnya orang bukan Islam tentang pelaksanaan hudud, kolumnis Sinar Harian, Prof Rahman Shaari berpendapat siapa yang serius laksana hudud, perlu terbitkan buku dahulu.

Katanya, tujuan penerbitan buku ini untuk memberikan kefahaman kepada seluruh rakyat supaya jika benar hudud dapat dilaksanakan, tidak akan ada penganiyaan berlaku kepada mana-mana pihak terutamanya mereka yang awal terlibat dalam pelaksanaan hukum itu.

“Kebelakangan ini, baik Barisan Nasional (BN) ataupun Pas tidak cenderung untuk melaksanakan hudud.

Sumber : Sinar Harian

Sunday, October 21, 2012

Misi Pembangunan Pendidikan Negeri Sembilan

Petang tadi, PNS sempat ke Port Dickson untuk cuci mata dan asah minda. Maklum lah.. pantai Port Dickson tidak pernah mengecewakan untuk mencari kedamaian alam semulajadi.

PNS melalui highway Port Dickson dari Mambau.. Sebenarnya sudah banyak kali PNS mendengar UCSI yang menjadi sebutan pemimpin utama Negeri Sembilan di dalam ucapan-ucapan beliau.

Ternyata apa yang dihasratkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di dalam bidang pendidikan bukan sahaja cakap kosong.

Beliau mengotakan setiap janji dikata.. Setiap perkataan darinya ada maksud.. "Kita tidak akan bercakap sesuatu yang kita tidak mahu berusaha."

Pembangunan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan beliau adalah dari langkah 'Iqra'.. Tanpa 'bacalah..' pastinya kita tidak tahu apa yang mahu kita bangunkan.

Semakin banyak pembangunan pendidikan, semakin dekat hasrat beliau melahirkan cerdik pandai alaf baru.

Petikan di bawah, PNS kongsikan untuk tatapan warga Negeri Sembilan. Inilah dia Kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha membangunkan modal insan ke arah melahirkan sebanyak mungkin Pendeta Za'aba alah baru.

Terima kasih Kerajaan Negeri.





FASA pertama bandar pendidikan perubatan bersepadu di Bandar Springhill, Port Dickson yang dibangunkan Kumpulan UCSI akan siap pada 2012, sekali gus bakal mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan di Asia Tenggara.

Projek bernilai RM850 juta itu akan membabitkan pembinaan Hospital Universiti UCSI yang memuatkan 1,000 katil, Sekolah Antarabangsa UCSI yang menawarkan program International Baccalaureate diiktiraf dunia untuk pelajar berusia tiga hingga 19 tahun, Hotel UCSI bertaraf lima bintang serta sebuah kampus baru Universiti UCSI.

Apabila keseluruhan pembangunannya selesai menjelang 2015, ia bakal menyediakan 2,000 peluang pekerjaan baru kepada penduduk tempatan serta menjana pendapatan kasar bernilai RM1.3 bilion kepada negara menjelang 2020.

Ketua Eksekutif Wakil Hospital Universiti UCSI, Dan Snyder, berkata bandar pendidikan bersepadu itu dibina dengan matlamat menjadikannya sebagai destinasi pelancongan perubatan bertaraf dunia.

Katanya, hospital yang dibina itu akan menyediakan perkhidmatan perubatan bertaraf antarabangsa, termasuk perubatan pencegahan dan kaedah perubatan pemulihan sambil dilengkapkan dengan keadaan yang selesa.

Dengan lokasi premium dan kos yang berkesan, Malaysia sangat sesuai menjadi pusat pelancongan perubatan antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan premium.

Katanya selepas pengumuman laporan kemajuan keenam Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, semalam.


Projek bandar pendidikan perubatan bersepadu Kumpulan UCSI itu diletakkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sektor pendidikan.

Snyder berkata, sebagai hospital pendidikan swasta pertama negara, Kumpulan UCSI akan mengutamakan kemudahan perubatan bertaraf dunia, pakar penjagaan kesihatan antarabangsa serta penyelidikan perubatan terkini.

Hospital Universiti UCSI akan menjadi hospital pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan anti penuaan, esthetik dan perubatan regeneratif.

Ia menyasar untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam penyelidikan bioperubatan yang memberi tumpuan kepada barah, farmaseutikal dan perubatan regeneratif.

Berita disunting daripada Portal Penerangan

Saturday, October 20, 2012

UMNO tubuh jawatankuasa khas pantau perbuatan sabotaj

pix_gal0




Kuala Lumpur: UMNO menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau dan mengambil tindakan segera terhadap ahli yang mengkhianati dan mensabotaj parti dan calon Barisan Nasional (BN).
 
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) itu, berkata jawatankuasa khas itu perlu supaya siasatan dan tindakan segera diambil terhadap pengkhianat parti.

Sebelum ini memang ada ahli dikenakan tindakan tetapi siasatan dan tindakan diambil selepas berbulan-bulan lamanya. Oleh itu, kita nak pastikan tindakan tegas dan segera diambil," - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak
Perinci definisi sabotaj Jawatankuasa yang akan diketuai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail itu akan memperincikan definisi sabotaj dan khianat supaya semua pihak jelas mengenai kesalahan yang boleh disabitkan seperti menyokong parti lawan, menghasut untuk menentang parti dan salahguna wang.

Najib berkata, MT juga setuju melantik beberapa ahlinya yang tidak berkepentingan, ahli Lembaga Disiplin dan orang tertentu untuk menganggotai jawatankuasa itu.

“Jawatankuasa khas ini mencerminkan hasrat dan pendirian kita untuk memastikan tindakan dikenakan terhadap sesiapa yang mengambil tindakan atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan parti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn, di sini, semalam.

Penubuhan Jawatankuasa Khas itu selaras Fasal 10.15 yang dibaca bersama Fasal 20.3 Perlembagaan UMNO.
 
Ambil tindakan

Menjelaskan lebih lanjut, Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu juga berkuasa mengenakan tindakan seperti menggantung, memecat dan semua hukuman dalam fasal berkenaan.

Najib berkata, jawatankuasa itu juga akan menentukan tempoh siasatan dan tindakan yang akan dikenakan terhadap ahli yang disiasat.

“Sebelum ini memang ada ahli dikenakan tindakan tetapi siasatan dan tindakan diambil selepas berbulan-bulan lamanya.

“Oleh itu, kita nak pastikan tindakan tegas dan segera diambil,” katanya.

Pecat automatik

Menjawab soalan ahli yang bertanding sebagai calon Bebas, Najib berkata: “Automatik akan dipecat, malah tidak boleh ambil balik sebagai ahli.”

Perdana Menteri berkata, seorang ahli pada peringkat bahagian UMNO akan turut dilantik untuk memberi laporan kepada jawatankuasa pemantau dan jawatankuasa khas itu.

Serah laporan terus

“Ahli pada peringkat bahagian itu juga perlu menyerahkan laporan terus kepada ibu pejabat dan secara online.

“Kadang-kadang bahagian (UMNO) baik tetapi ada seorang dua buat perangai dan tindakan tidak elok selain melanggar disiplin parti,” katanya.

Mengenai PRU, beliau berkata, jentera berjalan lancar seperti diarahkan supaya persiapan lebih mantap. 
 
Sumber : Berita Harian

Friday, October 19, 2012

[KHUTBAH] Buang budaya lelaki cuma cari nafkah semata-mata

Abil Fikri tetap berdoa agar isterinya pulih.  
Abil Fikri tetap berdoa agar isterinya pulih.


IBARAT satu dalam seribu. Begitulah tanggapan masyarakat apabila menggambarkan kewujudan suami mithali yang sanggup berkorban menjaga isteri sakit dan anak tanpa alasan.
 
Kisah pengorbanan bekas perunding kewangan swasta, Abil Fikir, 43, menjaga isterinya yang terlantar sakit akibat kerosakan otak. Meskipun tugas menjaga isterinya agak sukar, beliau tetap meneruskannya kerana menganggap penyakit dialami isterinya bukan satu bebanan, sebaliknya amanah yang perlu ditunaikan sebagai suami.

Apabila timbulnya isah suami membantu isteri menguruskan hal rumah tangga kerana isteri sedang sakit, ia menjadi sesuatu yang luar biasa," - Dr Rubiah K Hamzah, Pakar Motivasi Kekeluargaan
Tabah dengan dugaan dan cabaran, Abil tidak terlintas mahu menjaja cerita mengenai pengorbanannya. Namun, ramai memujinya, memberi maklum balas positif dan menganggap beliau suami mithali.

Mana tidaknya, persepsi ini wujud kerana dalam budaya masyarakat kita, tumpuan suami lebih kepada kerjaya dan apabila pulang ke rumah, kebanyakannya membiarkan beban rumah tangga diuruskan isteri.

Alasan mereka ialah letih dan tidak mampu buat kerja selepas berhempas-pulas di pejabat, walhal wanita juga memikul tanggungjawab sama dalam membantu mencari nafkah keluarga.

Pandangan negatif itu terus merebak dalam pemikiran masyarakat yang sering disajikan dengan kisah suami curang, tidak bertanggungjawab dan penderaan seksual.
 
Ubah budaya

Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) misalnya, menunjukkan seramai 137,570 atau 21 peratus daripada 651,851 pasangan Melayu Islam berkahwin bagi tempoh 2005 hingga 2010 bercerai selepas lima tahun berkahwin.

Malah, statistik JAKIM pada 2009, menyatakan kadar perceraian dalam kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit.

Apabila berlaku perceraian, masyarakat mula memandang serong kepada golongan Adam kerana mereka mempunyai kuasa menjatuhkan talak.

Hakikatnya, lelaki adalah insan hebat dipilih Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini yang mana mereka menjadi tonggak keharmonian keluarga, kesejahteraan dan hala tuju keluarga dalam mencapai matlamat.

Justeru, tidak salah jika suami turun padang membantu isteri. Jika setiap hari isteri bertungkus- lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah, suami yang tidak mahir memasak makanan berat seperti lauk-pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri sedang menikmati makanan dimasak itu, tentu berasa gembira.

Dilihat luar biasa

Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Membantu isteri melakukan kerja rumah bukan saja dapat meringankan beban, tetapi turut mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan. Persoalannya, sejauh manakah kebenaran suami mithali semakin pupus.

Bagi Pakar Motivasi Kekeluargaan, Dr Robiah K Hamzah, kewujudan suami mithali dalam institusi kekeluargaan tidak boleh dinafikan, sebaliknya disokong supaya menjadi budaya dalam masyarakat.

Katanya, budaya dalam rumah tangga dan perbezaan pemikiran suami isteri menyebabkan masyarakat menganggap kewujudan suami mithali yang memikul tanggungjawab isteri sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Budaya masyarakat kita, suami bertanggungjawab mencari nafkah, manakala isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga walaupun hakikatnya wanita masa kini turut memikul tugas mencari nafkah bersama suami.

“Jadi, apabila timbulnya kisah suami membantu isteri menguruskan hal rumah tangga kerana isteri sedang sakit, ia menjadi sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Tambahnya lagi, budaya itu harus diubah memandangkan kebanyakan isteri turut memikul tanggungjawab suami dengan bekerja di luar.

Robiah berkata, sebagai ketua keluarga, tidak salah sekiranya suami membantu isteri menguruskan rumah tangga, apatah pula apabila isteri sedang sakit dan memerlukan tempat bergantung.

“Namun, menjadi isu besar ialah cara pemikiran berbeza yang mana bagi wanita, jika dia menyayangi suami, hati dan mindanya akan tertutup pada lelaki lain.

“Berlainan lelaki, walaupun mereka sayang kepada isteri, tetapi fikiran mereka tetap boleh dibuka kepada perempuan lain. Inilah perlu dikawal kerana jika tidak, ia akan membawa masalah kepada rumah tangga,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan supaya suami isteri mendalami dan memahami peranan masing-masing dalam usaha menjadi pasangan mithali.

Suami ditinggal isteri

Pakar Perunding, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata masyarakat sering meletakkan kesalahan di bahu suami apabila berlaku perceraian kerana masih terperangkap dengan kisah fantasi dalam novel dan media massa.

Katanya, berdasarkan pengalamannya menguruskan kaunseling perkahwinan dan keluarga, masih ramai suami mithali yang menjalankan tanggungjawab dengan baik, namun masih ditinggalkan si isteri.

“Cuma sebahagian daripada mereka lebih senang menyimpan keaiban isteri kerana bimbang dengan pandangan masyarakat, lalu memilih untuk berpisah cara baik.

“Wanita lebih beremosi dalam hal seperti ini lalu kisah mereka lebih gemar dipaparkan dalam akhbar dan televisyen berbanding lelaki,” katanya.

Ditanya mengenai sebilangan lelaki meninggalkan pasangan selepas isteri menghidap sakit kronik, Dr Haslee berkata, ia adalah normal.

“Ia bukan saja berlaku kepada wanita, malah ada juga kes suaminya menghidap sakit kronik lalu ditinggalkan isteri kerana tidak sanggup menanggung beban.

“Semuanya bergantung kepada individu sama ada hendak kekal menjadi suami isteri mithali kerana kebahagiaan keluarga terletak kepada kedua-duanyanya,” katanya.

Tip suami mithali
  • Keperluan psikologi
    Meningkatkan keyakinan pasangan dengan memberi rasa dimiliki dan kemesraan kepada mereka.
  • Keperluan kuasa
    Menjaga harga diri pasangan dengan mengambil kira pandangan isteri dalam apa juga tindakan.
  • Kebebasan
    Memberi ruang kepada pasangan membuat keputusan bersama dalam rumah tangga.
  • Keseronokan
    Memberi kebahagiaan kepada pasangan dengan mengamalkan kemesraan dalam rumah tangga.

    Tip rumah tangga bahagia

  • Berbicara lemah lembut, memanggil dan memandang dengan kasih sayang antara suami dengan isteri.
  • Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih. berhias dan memakai wangi-wangian.
  • Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan, malah sekiranya ada kekurangan, segera tutup daripada pengetahuan orang.
  • Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan.
  • Tidak membandingkannya dengan orang lain
  • Jauhi hal menimbulkan rasa cemburu.
  • Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.
  • Jadikan kamar tidur tempat peribadi, bersih, harum dan masa menyenangkan pasangan.
  • Saling menasihati dan cuba meringankan beban ditanggung pasangan.
  • Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti Maghrib dan Isyak, bersiar-siar dengan anak di taman.
  • Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan. 

  • Sumber : Berita Harian