Saturday, June 1, 2013

Pengakuan saksi perjanjian sulit Anwar-Najib...

anwar-renyihxxx
Panas...panas... seorang lagi bekas pemimpin kanan Indonesia tampil menjelaskan 'perjanjian sulit' yang dibuat antara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, Hamid Awaludin berkata Anwar telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Najib menyerahkan kuasa sekiranya pembangkang memenangi PRU13, kata beliau yang merupakan SAKSI pertemuan yang diadakan antara bekas Naib Presiden Indonesia dan Anwar di Jakarta pada April lalu.
Hamid  berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".
Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".
Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar.
"Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.
Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.
Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa BN menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.
PRU-13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya.
Bernama melaporkan Hamid berkata Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, "tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian itu."
"Beliau menerima perjanjian itu," kata Hamid dan menambah bahawa Najib mengotakan janjinya serta menyeru ke arah penyatuan nasional ketika berucap apabila BN diisytiharkan kembali berkuasa.
"Tindakan Najib ini menepati apa yang telah beliau ucapkan," katanya.
Malah, kata Hamid, sehari selepas kemenangan Najib, beliau tetap optimistik perjanjian itu akan terus terpakai dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Tetapi, Anwar memungkirinya," kata beliau.
"Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik," katanya.
Berikut adalah soal jawab dengan Hamid:
S:Anwar Ibrahim mendakwa Jusuf Kalla yang menghubunginya, tapi Jusuf Kalla pula berkata Anwarlah yang menghubunginya. Mana yang betul?
J: Saya hadir pada perbincangan antara Jusuf Kalla bersama Anwar dan Najib.
Jusuf Kalla hanya memenuhi permintaan Anwar agar beliau menjadi orang tengah.
Beliau tidak memulakan daya usaha ke arah itu atau menemui Anwar. Jusuf Kalla tidak ada sebarang kepentingan politik dan ekonomi di Malaysia.
Beliau sibuk dengan urusannya mengenai Indonesia. Jadi, kenapakah beliau perlu mengambil daya usaha itu dan bertemu dengan Anwar? Ini tidak logik.
Jusuf Kalla menganggap Anwar dan Najib sebagai sahabat baiknya. Beliau ingin membantu kerana mereka terlibat dalam satu persaingan yang begitu sengit. Beliau melihatnya begitu.

Wednesday, May 29, 2013

Singapura tidak layan rayuan pembangkang

alt

Malaysia menerima tamparan hebat susulan amaran keras dari Kerajaan Singapura agar tidak campurtangan dalam isu penahanan 21 rakyat di Negara ini yang mengadakan demonstrasi di republik berkenaan.

Wakil Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata,  tindakan beberapa Ahli Parlimen Malaysia yang mendesak kesemua tahanan dibebaskan disifatkannya sebagai campurtangan asing.

"Singapura sentiasa mengambil pendirian yang tegas berhubung isu yang berkaitan campur tangan asing dan politik yang cuba di bawa masuk ke negaranya.

"Singapura sentiasa mengambil pendirian untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara lain dan mengharapkan mendapat layanan yang sama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web kementerian berkenaan.

Insiden itu berlaku susulan tindakan 21 rakyat Malaysia yang protes di Merlion Park Singapura pada 8 dan 11 Mei berhubung keputusan Pilihan Raya Umum pada 5 Mei lalu.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur supaya meringankan hukuman terhadap 21 rakyat Malaysia berkenaan.

Tuesday, April 23, 2013

Antara Seruan Dato’ Michelle Yeoh, Aishah dan Dayangku Intan


Kehadiran Dato’ Michelle Yeoh di dalam program BN di Pelaburan Klang semalam nampaknya berjaya memperbaharui semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.  Seramai 60,000 dikatakan menghadiri program tersebut, sekali gus meletakkan BN di tempat yang lebih selesa dalam menghadapi PRU-13.
Dari sudut lain, kita melihat kehadian Dato’ Michelle Yeoh sebagai memenuhi trend politik Malaysia hari ini, iaitu ‘persaingan’ antara parti-parti politik dalam meraih sokongan antara artis hiburan dengan para ulama.
Parti Pas sering bermegah kerana parti tersebut menghimpunkan para ‘agamawan’.  Namun, hari ini kita melihat sendiri bagaimana Ulama-ulama pondok berbondong-bondong menolak Pas malah menfatwakan hukum haram menyokong Pas.
Sebaliknya, para intelektual ugama muda akhir-akhir ini pula lebih ramai memilih untuk menyertai UMNO dan menolak Pas.
Manakala, golongan artis hiburan yang bermasalah pula dilihat begitu ‘galak’ menyertai Pas dan kemudian berlagak sebagai agamawan sambil menghukum semua pihak yang menolak Pas sebagai jahil, sesat dan kafir, iaitu mengikut ajaran Pas tulen.
Akibatnya, ‘agamawan’ yang tinggal di dalam Pas hari ini, kebanyakannya merupakan lulusan dari Pakistan, India dan bukannya dari pusat pengajian agama tersohor dunia.
Selain mereka, terdapat ramai lagi yang merupakan para pelajar agama yang tidak lulus dan tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi memakai gelaran ‘Ustaz’ atau ‘Ulama’, hanya kerana pernah belajar agama.
Pendekatan, tidak kira artis atau ulama yang memilih untuk menyokong pembangkang, kedua-duanya terdiri dari kumpulan yang gagal dalam bidang mereka.
Pendekatan, tidak kira artis atau ulama yang memilih untuk menyokong pembangkang, kedua-duanya terdiri dari kumpulan yang gagal dalam bidang mereka.
Ulama yang menyokong UMNO kebanyakannya adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan terbukti kerana UMNO sebagai kerajaan tidak akan mengiktiraf sesiapa sahaja sebagai Ulama berdasarkan pendapat sendiri.
Sebagai Ulama sebenar, tidak hairanlah mereka kurang menonjol dan tidak menjadi ‘selebriti’ sebagaimana golongan agama pujaan Pas.  Hanya mereka-mereka yang diberi tanggungjawab untuk membantu kerajaan sahaja yang akan ke hadapan bagi menjawab dan memperbetulkan kesesatan pembangkang yang keterlaluan.
Begitu juga dengan golongan artis yang menyokong kerajaan, kebanyakannya merupakan artis yang berjaya dan dihormati.  Antaranya, Dato’ Michelle Yeoh yang telah menempa nama di persada antarabangsa.
Dato’ Michelle Yeoh yang pernah menjadi gadis ‘Bond’, ‘Geisha’ dalam Memoirs of a Geisha dan juga membawa watak Suu Kyii dalam filem ‘The Lady’ adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang tidak pernah bertanya apakah jasa negara terhadapnya tetapi setia mencurahkan jasa kepada negara.
Beliau tahu bahawa kedudukannya, pengiktirafan dan penghormatan yang diterimanya hari ini adalah berkat kehidupan yang baik yang dilalui di negara ini.
Justeru, Dato’ Michelle Yeoh semalam dengan penuh semangat dan tanpa teks, telah menyeru rakyat agar terus menyokong Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri atas dasar kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan beliau melakukan transformasi, penambahbaikan serta membawa Malaysia ke satu era baru yang jauh lebih maju.
Sebagai seorang yang telah merantau ke seluruh dunia, Dato’ Michelle Yeoh pastinya bercakap atas dasar pengalaman selain beliau tidak perlu membodek sesiapa.  Beliau telah pun berjaya berkat keperihannya berusaha.
Sebagai seorang yang telah merantau ke seluruh dunia, Dato’ Michelle Yeoh pastinya bercakap atas dasar pengalaman selain beliau tidak perlu membodek sesiapa.  Beliau telah pun berjaya berkat keperihannya berusaha.
Dalam mengharungi dunia seni, beliau pernah beberapa kali tidak sedarkan diri ketika melakukan aksi ngeri dalam usahanya untuk menempa nama sebagai pelakon yang dihormati.
Kegigihan dan kesungguhan beliau sepatutnya menjadi tauladan kepada semua.  Beliau tidak akan mampu berada di tahap ini jika niat beliau berlakon adalah kerana ‘glamour’ sepertimana kebanyakan artis kita.
Malah, beliau tidak pernah berputus asa atau menyalahkan sesiapa dalam jatuh bangun kariernya sebelum benar-benar berjaya.  Beliau juga tidak pernah bertindak menghina dan melupakan negara ini walaupun telah berada di puncak dalam arena hiburan dunia.
Artis sebeginilah yang boleh kita hormati dan bukannya artis yang tidak sempat ke mana, belum pun berusaha, tetapi sudah kecewa memberontak jiwa sehingga dilanda berbagai-bagai masalah lalu menyalahkan orang lain dan kerajaan atas apa yang menimpa dirinya.
Mereka inilah artis yang menyertai pembangkang iaitu artis yang menyalahkan kerajaan kerana anaknya tak solat, artis yang menyalahkan kerajaan kerana gagal mendapat projek dan artis yang menyalahkan kerajaan kerana dia menjadi artis.
Artis seperti mereka tidak wajar dihormati tetapi perlu dibimbing lagi.  Malangnya, Pas bukannya membimbing mereka, tetapi meletakkan mereka sebagai pemimpin dengan mencalonkan mereka menjadi wakil kepada rakyat jelata.
Justeru, antara menyahut seruan Aishah atau Dayangku Intan, lebih baik kita menyahut seruan Dato’ Michelle Yeoh.
Sekurang-kurangnya Dato’ Michelle Yeoh punya kredibiliti untuk menasihat orang lain, beliau juga tidak mengajak kita ke arah kesesatan kerana langsung tidak menyentuh soal agama.
Berbanding yang konon berjuang menggunakan nama Islam tetapi kerjanya hanyalah memecahbelakan ummah siang dan malam.
Dr Muslim Umar

Friday, April 19, 2013

SAH Ustaz Fadzil Kasim tarik diri digantikan dengan Tn Hj Abu Samah Mahat di DUN Johol !



N19 Johol : Tn Hj Abu Samah Mahat, 62 tahun seorang pesara kerajaan. Dinamakan sebagai pengganti kepada calon yang diumumkan sebelum Ustaz Mohd Fadzil Kassim yang telah menarik diri dari pencalonan pagi semalam.

Beliau (Abu Samah) dimaklumkan perlantikan sebagai calon DUN Johol bagi menggantikan calon yang menarik diri. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Pilah dah telah berkhidmat kepada parti lebih 30 tahun.

Beliau merupakan bekas Pengarah Radio Malaysia Negeri Sembilan yang juga bekas Presiden Kelab Akhbar Negeri Sembilan (Kelana). 
Pengiat dan aktivis parti yang sentiasa membantu Johol di dalam apa juga aktiviti.

Katanya, pencalonan beliau ini merupakan hasrat akar umbi yang mahu membantu kemenangan BN di Kuala Pilah. Beliau turut berharap agar akar umbi bekerja lebih keras lagi di PRU kali ini.

N19 Johol, Tn Hj Abu Samah Mahat (BN) akan ditentang oleh calon PAS Norazman Mohamd.(seorang Imam yang dipecat)

Hasrat beliau adalah mahu memastikan rakyat Johol mendapat kesejahteraan dan pembangunan sewajarnya.

Tuesday, April 16, 2013

PRU13 : Senarai calon parlimen dan DUN NSDK



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang juga penyandang kerusi Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim digugurkan dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas Menteri Besar yang juga Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad kembali dicalonkan dan akan bertanding di kerusi Parlimen Jempol. Beliau dijangka menentang penyanyi Aishah yang mewakili Pas.

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi BN Negeri mengumumkan calon wakil rakyat BN di PRU13, dikediaman rasminnya pagi tadi.

Senarai Calon Parlimen adalah seperti berikut :
P126 Jelebu : Tuan Zainuddin Hj Ismail
P127 Jempol : Tan Sri Dato’ Seri Utama Hj Mohd Isa Dato’ Abd Samad
P128 Seremban : Dato’ Yeow Chai Thiam
P129 Kuala Pilah : Dato’ Hasan Malek
P130 Rasah : Encik Teo Eng Kian
P131 Rembau : Tuan Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar
P132 Telok Kemang : Dato VS Mogan
P133 Tampin : Dato Shaziman Abu Mansor

Senarai nama calon kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
N01 Chennah : Siow Foo Wen
N02 Pertang : Jalaluddin Alias
N03 Sungai Lui : Mohd RAzi Mohd Ali
N04 Klawang : Dato Yunus Rahmat
N05 Serting : Dato’ Shamsulkaha Mohd Deli
N06 Palong : Dato’ Lillah Hj Yassin
N07 Jeram Padang : Manikan a/l Mechumanan
N08 Bahau : Dr. Yee Mee Fa
N09 Lenggeng : Dato’ Ishak Ismail
N10 Nilai : Gan Chee Biaw
N11 Lobak : Titan Ho Kok Yeaw
N12 Temiang : Lee kee Chong ( Jason Lee)
N13 Sikamat : Wan Salwati Hj Abdullah
N14 Ampangan : Hj Abu Ubaidah Redza
N15 Juasseh : Dato’ Mohamad Razi Hj Kail
N16 Seri Menanti : Dato’ Abdul Samad Ibrahim
N17 Senaling : Dato’ Ismail Lasim
N18 Pilah : Dato Norhayati Omar
N19 Johol : Ustaz Mohd Fadzil Kassim
N20 Labu : Dato’ Hasim Rusdi
N21 Bukit Kepayang : Wong Oi Foon
N22 Rahang : Julia Wong
N23 Mambau : Datuk Yu Chok Tow
N24 Senawang : Choong Vee Hing
N25 Paroi : Mohd Ghazali Wahid
N26 Chembong : Dato’ Zaifulbahri Idris
N27 Rantau : Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan
N28 Kota : Dato’ Awaluddin Said
N29 Chuah : Dato’ Seri Dr. Lim Chin Fui
N30 Lukut : Vincent Yeong
N31 Bagan Pinang : Tuan Hj Tun Khairuddin Abu Bakar
N32 Linggi : Abd Rahman Redza
N33 Port Dickson : Dr P. Tanaletchumi
N34 Gemas : Abd Razak Said
N35 Gemencheh : Mohd Hisham Mohd Isa
N36 Repah : Yap Seong Fook
72% senarai calon baru diperkenalkan mewakili Barisan Nasional di PRU13 ini dan mempunyai latar belakang profesional, ahli perniagaan dan sebagainya.
Penamaan calon dijadualkan berlangsung 20 April ini manakala tarikh pembuangan undi dijadualkan 05 Mei 2013.




Sunday, April 14, 2013

Lima papan tanda BN ditumbangkan



Kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 belum bermula namun sudah ada pihak yang cuba 'bermain kotor' apabila merosakkan bahan kempen yang mungkin tidak menyenangkan mereka.

Jika sebelum ini terdapat bendera-bendera yang dicabut dan poster dirosakkan, terbaru, lima buah papan tanda yang mengandungi gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Lui Selatan dekat sini, tumbang dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setiausaha jentera pilihan raya Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, Mohd. Sani Yunus berkata, pihaknya mengetahui kejadian tersebut kira-kira pukul 9 pagi semalam apabila dihubungi oleh penduduk.

''Apabila saya datang memeriksa kawasan tersebut, memang betul lima papan tanda yang mengandungi gambar Perdana Menteri tumbang dipercayai dicabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

''Saya tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan tersebut dan tidak berniat untuk menuduh mana-mana pihak," jelasnya di sini, semalam.

Katanya, semua pihak sama ada Barisan Nasional (BN) mahu pun pembangkang diharap dapat memberikan kerjasama dan berkempen dengan cara yang bersih kerana menjadi hak individu untuk menyokong mana-mana parti.

''Ekoran kejadian itu saya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Lui lebih kurang pukul 4.30 petang semalam dan berharap dalang di sebalik masalah ini dapat dikenal pasti," jelasnya.



Saturday, April 13, 2013

Pembangkang makin berkecamuk


Pakatan pembangkang dilihat semakin bercelaru di negeri ini ibarat retak menanti belah ekoran isu perebutan kerusi yang terus berpanjangan selain mendapat bantahan terbuka daripada ahli akar umbi.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan menunjukkan perpaduan dalam pakatan pembangkang adalah lemah selain bukti pemimpin mereka mempunyai kepentingan sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.(PRU-13)

"Nampak jelas sesama mereka bercakaran antara satu sama lain termasuk dalam soal Chegu Bard dan calon Pas berebut di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh.

"Dahulu Chegu Bard kata dia akan ikut di mana sahaja Khairy Jamaluddin bertanding, apa sudah jadi. Ada juga pemimpin pembangkang yang terpaksa pindah kawasan selepas dua penggal kerana tidak sanggup kalah kerana selalu temberang," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya, di sini hari ini.

Semalam cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Telok Kemang, Port Dickson menolak Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas sebagai calon di Parlimen Telok Kemang kerana mahu Chegu Bard bertanding di kerusi berkenaan.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, pembangkang selama ini tidak memberikan khidmat kepada rakyat sebaliknya memenangi pilihan raya untuk kepentingan peribadi.

Dalam masa sama, Mohamad memberitahu, cabaran besar wakil rakyat BN ialah mereka perlu mampu bekerja, mempunyai ilmu dan pengetahuan, dapat menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang selain berwibawa.

"Dengan kriteria ini, rakyat akan menanti calon-calon BN untuk dipilih dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.



Thursday, April 11, 2013

Apa jadi Chegu Bard ? Sudah lari dari Negeri Sembilan..



Dalam banyak-banyak pengumuman calon PKR ini kira ada pelik sikit.Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai 'Chegu Bard' dipilih bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Aceh di Pulau Pinang.
Sebelum ini ramai yang menduga salah seorang  tukang canang PKR ini yang selalu nampak glamour main isu nasional akan kekal bertanding kerusi Parlimen.
Peliknya kenapa di Pulau Pinang.Ini kerana Badrul adalah orang Negeri Sembilan.
Pada pilihanraya umum 2008,bekas guru ini tewas di kerusi Parlimen Rembau pada Khairy Jamaluddin.
Manakala pada pilihanraya umum 2004 tewas di kerusi DUN Rantau ditangan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pengumuman Badrul bertanding di DUN Sungai Aceh dibuat oleh Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman menerusi satu kenyataan.

Mansor akan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Pada pilihanraya umum 2008 kerusi itu dimenangi oleh calon BN Mahmud Zakaria 5,011 undi menewaskan calon PKR Azhar Datuk Ahmad 4,761 undi.
Apakah PKR ada rancangan hendak letak Badrul sebagai Timbalan Ketua Menteri ganti Mansor jika pakatan berjaya pertahankan Pulau Pinang?
Jika benar ini bermakna Pulau Pinang ditabir oleh 'orang luar' kerana Lim Guan Eng sendiri adalah dari Melaka.
Sebaliknya jika tiada sebarang rancangan besar untuknya ia boleh dianggap macam orang kena ' buang daerah' kerana terpaksa dibawa keluar dari Negeri Sembilan.

Wednesday, April 10, 2013

Kenapa cek sumbangan di tolak PDRM Kedah?? Adakah mereka sudah berjauh hati?? Lengkap di sini



Alor Setar: Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim hari ini mengesahkan pihaknya menolak cek RM30,000 yang disumbangkan pakatan pembangkang negeri ini kepada Tabung Kebajikan PDRM untuk keluarga mangsa korban di Lahad Datu, Sabah. 

Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, melalui satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini. 
"Kita dapati cek berkenaan adalah daripada pakatan pembangkang Kedah dan bukannya daripada kerajaan negeri seperti dimaklumkan. 

"Sehubungan itu, PDRM Kedah tidak akan menerima apa bentuk sumbangan daripada mana-mana parti politik bagi mengekalkan konsep berkecuali dan bimbang disalah tafsir pihak tertentu, melainkan sumbangan daripada orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO). 

"Saya juga ingin menasihati mana-mana parti politik yang berhasrat menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa korban di Lahad Datu, supaya menyampaikan terus kepada pihak media agar dapat diagihkan kepada semua keluarga pegawai dan anggota terbabit," katanya. 

Berdasarkan kenyataan itu, PDRM mengesahkan menerima makluman mengenai penyerahan sumbangan terbabit yang akan disampaikan kepada Tabung Kebajikan PDRM dalam satu majlis di Mess Pegawai Kanan Polis Kedah pada 8 April lalu. 

Bagaimananapun, selepas diteliti sumbangan berkenaan disahkan bukan daripada kerajaan negeri, tetapi daripada pakatan pembangkang Kedah.

Monday, April 8, 2013

Siri VII : LOKE SIEW FOOK : TELE NOVELA ANAK CINA INI WIRA MENYELAMATKAN TOK GURU DIBEDAL KERANA ISU ROGOL


Anthony Loke Pertahankan Islam ? babak 1
Sandiwara  dua orang pelakon, seorang muda seorang tua. yang tua itu memang kita tahu tersangat lah benci dengan UMNO. (orang Melayu Islam) yang muda itu tak payah lah kita sebut tentang niatnya dengan orang Melayu.

Hero Tele Novela ini. Anthony Loke
Yang muda berderama lah mempertahankan Islam dalam isupemimpin MCA yang menempelak Nik Aziz mengatakan bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam. Yang tua kata Anthony Loke bangun berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu. kik kik kik....Yang tua melatah dan berkata  kata nak harapkan UMNO pertahankan Islam susahlah. Selama ini  yang pertahankan Islam siapa, kalau bukan UMNO. DAP ke?? PAS ke?? Macam mana nak kata PAS pertahankan Islam.rang Islam dijadikan musuh , orang Islam dibenci. NIK AZIZ TERHUTANG BUDI KEPADA LOKE KERANA MENYELAMATKAN BELIAU DIHENTAM  TERUK OLEH MCA KERANA MEMBENARKAN  WANITA DI ROGOL KALAU TAK TUTUP AURAT. (PATUT LAH TERHUTANG BUDI)

DAP pertahan kan Islam. senang lah kalau macam itu. Semua parti kat Malaysia ini termasuk parti Chuvanis ini , parti yang mencetuskan perpecahan kaum 13 Mei ini mempertahankan Islam. Loke  Siew Fook ikhlas  mempertahankan Islam.Senang lah Nik Aziz nak sunatkan  Loke  Siew Fook, Karpal Singh, Lim Guan Eng,  Lim Kit Siang, Elezebeth Wong, Teresa Kok , nak disunatkan dan semuanya masuk Islam sebab mereka ini semua pertahankan Islam.

pelakon handalan dan anchor tele novela  ini
Nik Aziz beri surat penghargaan , Anthony Loke terharu. Babak 2

Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.

 Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan. kik kik kik....

Loke  Siew Fook pula  terharu , nasib baik tak nangis kuar hingus babak 3


 Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

"Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

"Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz!

Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

Tirai ditutup pelakon pelakon keluar tunduk kepada penonton.

Sunday, April 7, 2013

Gema gendang perang BN...di pelancaran manifesto


pru-manifesto1xx
Ada yang kata 40,000 ribu, ada yang tulis 50,000 ribu hadiran, tapi angka tidak lagi penting jika anda berada di Stadium Putra Bukit Jalil ketika majlis Perhimpunan Janji 1Malaysia dan pelancaran Manifesto BN pada Sabtu malam.
Ini kerana mood hadirin yang yang menyertai perhimpunan tersebut boleh buat 'cerin bulu roma', terutama bagi para wartawan yang menyaksikan dari sudut media terletak sebelah kiri pentas utama.
Siapa saja yang berada di situ dapat merasakan ia merupakan view paling cantik untuk kita melihat semangat membara 'gelombang biru' di keseluruhan stadium tertutup itu.
Ketika Agendadaily tiba dipekarangan stadium yang terletak ditepi Stadium Nasional Bukit Jalil itu pada jam 7.00 petang, pintu-pintu utama sudah ditutup untuk orang ramai, hanya petugas media dan mereka yang memiliki tag sahaja dibenarkan masuk.
Keadaan memang luar biasa sesak, di luar stadium ada skrin gergasi, dan mereka yang tidak dapat masuk pakat duduk di sekitarnya untuk tengok depan skrin. Sekali imbas macam suasana di PWTC ketika Perhimpunan Agung UMNO, cuma di PWTC warnanya merah tapi di Stadium Putra temanya biru.
Di dalam stadium, segenap tempat duduk penuh, ramai yang berdiri depan pentas, sebelum siaran langsung di TV, kira-kira jam 8.00 malam, pengacara majlis terpaksa berkali-kali meminta agar tiga baris kerusi paling hadapan dikosongkan.
Ini kerana ramai VIP yang tidak ada kerusi hendak duduk. Namun dalam suasana meriah macam itu, VIP yang hadirpun sudah tidak peduli protokal. Ramai yang duduk di mana saja tempat yang orang bagi. Ada yang lebih suka berdiri di tepi pentas.

Kain rentang berbagai jenis menghiasi seluruh stadium, macam-macam tulis, seperti 'Anak muda Kota Tinggi bersama BN', 'BN Bersama Najib' selain plakad yang tertera ungkapan 'I Love PM' dan 'We Love BN'.

pru--bendera

Bendera BN dikibarkan setiap masa dan suasana seperti sebuah perayaan, sehinggalah pengumuman ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya Tan Sri 
Muhyiddin, gamat stadium dengan gemuruh suara.

Seorang wartawan senior yang duduk di sebelah saya menganalisa suasana berkata, "Najib sedang tuai hasil kerja kerasnya selama ini,"
Umum tahu, Najib mengambilalih pucuk kepimpinan parti dan negara setahun selepas BN dilanda 'tsunami politik'. Kerajaan BN tidak mendapat mandat dua pertiga di Dewan Rakyat kali pertama sejak merdeka.
Selain kehilangan lima buah negeri ke tangan pakatan pembangkang sebelum Perak berjaya dirampas semula berikutan krisis dalaman pembangkang di sana.
Najib yang menahkoda bahtera BN, dengan pantas menyusun misi dan visi, dengan strategi jangka pendek dan panjang, untuk memulihkan kembali bukan sahaja parti bahkan  negara.
Dua hari selepas dilantik sebagai PM, beliau melancarkan slogan '1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.
Sejak itu, Najib dibantu Muhyiddin dan lain-lain menteri kabinet tidak memandang kebelakang lagi, biarpun berdepan berbagai tekanan dari pembangkang, mereka menyusun langkah sebagai satu pasukan bagi mengharungi PRU ke 13.
Kini, selepas empat tahun, Najib boleh tarik nafas lega, usaha-usaha kerasnya, mula menampakkan hasil.
Dalam BN misalnya, semangat perpaduan diantara parti komponen cukup padu. Ketika Najib berucap selaku Pengerusi BN melancarkan manifesto atau yang disebutnya dokumen Akujanji BN, semua 14 pemimpin tertinggi parti-parti komponen BN berdiri dibelakangnya.
Hampir sejam Najib berucap, hampir sejam jugalah mereka berdiri bersama-sama Najib, satu signal kepercayaan, keyakinan dan perpaduan.
Sebab itu ketika lagu 'Barisan Kita' dinyanyikan, gemanya seperti gema perang. Semangatnya lain macam.
Najib sendiri boleh merasai getar semangat tersebut. Dalam ucapannya beliau berkata, perhimpunan tersebut begitu luar biasa.
"Perhimpunan malam ini begitu luar biasa. Dalam pengalaman hidup selama 37 tahun dalam politik, saya berani mengatakan perhimpunan malam ini paling hebat yang pernah 
saya lihat," katanya.

Dulu, BN tidak pernah melancarkan manifesto sebelum hari penamaan calon. Ini yang pertama. Dan sebelum ini tidak pernah dibuat semeriah dan gah begini.
"Penyokong BN datang dari seluruh negara. Ada yang ahli biasa, ada yang pegang jawatan peringkat bahagian hinggalah ke pusat, dan mereka gembira, kita boleh lihat semangat mereka, ia bukan sesuatu yang dibuat-buat sebaliknya kerana luapan kepercayaan yang tinggi kepada pucuk pimpinan BN,"kata Exco Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail kepada Agendadaily.
bn-ceria
Dalam ucapannya Najib berkata, beliau bermula dari bawah dan mendaki tangga kejayaan satu persatu sebelum mencapai kedudukan yang beliau miliki hari ini.
"Saya pun dah lama dalam kerajaan...daripada rambut hitam lebat sampailah rambut macam hari ini. Saya naik satu per satu, step-by-step. Dan saya tak tikam sesiapa dari belakang.
"Sebab salah satu prinsip dalam perjuangan adalah kesetiaan kepada ketua. Saya telah berkhidmat kepada tiga perdana menteri dan saya setia kepada tiga perdana menteri," katanya yang mendapat tepukan gemuruh dari hadirin.
Kata Najib, pilihan kini terletak di tangan rakyat sama ada mahu memilih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau beliau sendiri sebagai pemimpin negara pada pilihan raya umum akan datang.
"Dengan penuh rendah diri, kalau rakyat Malaysia jawab Najib, maka sokong dan undilah BN. Sebab saya tak boleh lakukan perkara ini (mentadbir negara) seorang...perlukan pasukan. Dan pasukan inilah yang akan bertanding, jadi perlu beri sokongan yang padu kepada pasukan," katanya.
Najib dalam pada itu berkata pembangkang tidak boleh diberi peluang mentadbir negara kerana gagal membawa kemajuan sepanjang lima tahun mentadbir empat negeri.
Beliau percaya, berdasarkan rekod pencapaian BN, rakyat kini lebih menyakini BN, malah menegaskan Anwar telah semakin hilang kepercayaan daripada orang-orang yang rapat dengannya.
"Yang terbaharu, Sidek Baba. Sidek Baba kata dia telah hilang kepercayaan kepada Anwar dan dia juga kata Anwar tidak layak jadi perdana menteri. Ini bukan saya kata. Ini rakan lamanya," katanya sambil disambut tepukan dan sorakan daripada hadirin.
Datuk Dr Sidek Baba merupakan bekas rakan karib Anwar yang sama-sama berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang bertindak meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini kerana tidak lagi yakin dengan kredibilitinya.
Tegas Najib, bukti Anwar semakin hilang sokongan juga dapat dilihat apabila daripada 34 pemimpin yang menubuhkan PKR kini hanya tinggal dua orang.
"Kalau orang yang tubuhkan parti sendiri sudah hilang kepercayaan, takkan rakyat tertipu untuk beri sokongan kepada pemimpin yang tiada track record dan kredibiliti," kata Najib.
Beliau juga  meminta rakyat renung apa yang Anwar ada buat selama dalam kerajaan dulu.
bn-manifestocrowd
Ini termasuk Anwar yang hanya gemar menabur cerita pengalamannya di dalam kerajaan, tetapi sebenarnya tidak melakukan apa-apa yang bermanfaat kepada rakyat dan negara, katanya.
"Soalnya bukan jangka masa dia dalam kerajaan yang harus diambil kira, tetapi apa yang dilakukan semasa dalam kerajaan. Bila krisis kewangan berlaku apa yang dia buat? Dia nak serah saja pada IMF (Tabung Mata Wang Antarabangsa), kalau begitu senang, tuan-puan pun boleh jadi menteri kewangan," ujarnya sinis.
Manifesto BN yang disifatkan Najib sebagai dokumen akujanji itu mengandungi 150 komitmen baru jika BN diberi mandat semula mentadbir negara selepas PRU13.
112 daripada komitmen tersebut telahpun dilaksanakan dan selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
"Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018. Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kulkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono,"kata seorang anggota war room BN kepadaAgendadaily.
Dengan tema 'Menepati Janji, Membawa Harapan' dokumen Akujanji BN tersebut diserahkan Najib kepada setiap ketua parti kompenen BN untuk diedarkan kepada ahli masing-masing.
Di dalam halaman terakhir Manifesto BN ada satu tulisan bertajuk "Renungan."  
Najib menegaskan "Kita akur, kerajaan BN tidak bebas daripada kekhilafan tetapi yang membezakan kami dan mereka ialah mereka tidak mempunyai ketawadukan untuk mengakui kesilapan sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan penuh gegak gempita menyalahkan orang lain," jelasnya.
Menurutnya, PRU13 ini merupakan kali pertama beliau memimpin gabungan BN untuk menghadapi PRU setelah terlibat dalam politik sejak 37 tahun lalu, dengan "rendah hati memohon mandat dari rakyat untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu."
"Saya meminta diberi peluang untuk memimpin sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat," ujarnya.
Perdana Menteri berkata kebolehpercayaan adalah perkara penting yang perlu dinilai oleh pengundi dalam membuat penentuan memilih kerajaan untuk berkhidmat kepada mereka pada pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya berdasarkan pencapaian, rakyat perlu menimbang sama ada BN atau pembangkang yang boleh dipercayai untuk memimpin negara ini seterusnya.
"Satu perkataan yang amat bermakna pada pilihan raya kali ini ialah 'kebolehpercayaan'. Sama ada pengundi punya kebolehpercayaan pada BN atau pembangkang,"katanya

Saturday, April 6, 2013

SIRI V : Loke Siew Fook : Penganut PAS tertipu dengan sandiwara Loke cintakan Islam ?



Penyokong PAS di gula gulakan apabila Anthony Loke atau nama  Cina sebanarnya  Loke  Siew Fook kononnya membela Islam apabila mempertikaikan kenyataan Presiden MCA , Chua Siow Lek mengenai isu Hudud.

Hudud ini sebenarnya sememang adalah kosmetik PAS untuk memecah belahkan orang Melayu antara orang UMNO dan PAS. Apa nak diherankan kepada Chua Siow Lek , dia bercakap  di atas tiket bangsa nya. Seperti kata  Nik Aziz dan juga Haji Hadi sebelum ini , mereka ada hak untuk bercakap kerana mereka bukan orang Islam.

Loke  bangun lantang mengutuk Chua Siow Lek sehingga  penganut PAS semua nya terpegun dengan tipu muslihat Loke Siew Fook  yang pandai berpura pura ini. Betul kah Loke  Siew Fook ini sayangkan Islam? saya akan menulis mengenai isu ini di siri yang  lain nanti. 

Kalau lah Loke ini benar benar sayangkan Islam seperti gambarannya kepada penganut PAS ini, kenapa dia tidak hentam Karpal Singh ketika setiap kali Karpal Singh hentam Hudud dan Islam?? Kenapa dia takut mahu buka mulut  bila pemimpin parti nya sendiri yang menghina Islam dan menghentam Islam. Ini semua sandiwara Loke Siew Fook.

PAS sendiri tidak mahukan Hudud dan kini Hudud tidak lagi diperkatakan kerana Hudud juga tidak ada dalam manifesto dan  buku jingga PAS. PAS juga menolak Hudud dalam Pakatan yang mereka sertai. oleh :TB

SIRI IV : Loke Siew Fook : Perebutan kuasa DAP dan PAS


Skandal Perebutan Kuasa Antara PAS & DAP

Perebutan jawatan sebagai  Perdana Menteri  bukti pakatan pembangkang tak boleh dipercayai. Selaku ketua pembangkang Negeri Sembilan , Loke tidak bersuara dan turut sama dalam kemelut perebutan kuasa untuk kerusi Peredana Menteri ini.

Perbalahan jawatan Perdana Menteri antara PAS dan DAP menunjukkan terdapat kepincangan serius dalam pakatan pembangkang.Justeru itu , bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak mengambil risiko menggadaikan kemakmuran dan kemajuan negara ini dengan memilih parti yang salah.

“Perebutan jawatan secara terbuka jelas menunjukkan mereka tidak boleh dipercayai. Sekiranya mereka memerintah, pasti kebajikan rakyat akan terabai kerana menghabiskan banyak masa untuk berebut jawatan,”

Beliau mengulas kenyataan DAP yang terus mempertahankan pendirian parti itu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, Dewan Ulama PAS mahu Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa di negara ini.

Memimpin negara pelbagai kaum dan agama tidak semudah seperti dibayangkan pembangkang dan tidak boleh melakukan eksperimen dengannya

.Jika jawatan Perdana Mwteri juga boleh menjadi rebutan kuasa , apalah dengan jawatan  Menteri Besar. Ada yang menyatakan mereka juga akan cuba untuk membubal dan mengubah perlembagaan dengan membolehkan kaum asing menjadi Perdana Menteri dan juga Menteri Besar.

Apa juga boleh berlaku dengan politik yang diamalkan oleh pembangkang ketika ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hasrat PAS yang mahukan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri, menunjukkan sikap berebut-rebut sesama mereka.

“Belum jadi kerajaan sudah berebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Abdul Hadi dan Anwar, malah, Karpal Singh pun hendak jadi Perdana Menteri juga,” katanya.

Ditanya mengapa DAP mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, parti itu mahu mendapat kepercayaan daripada masyarakat Melayu di negara ini dengan menggunakan Anwar.

Tumpu pilihan raya

Penganalisis politik, Prof Dr Attory Hussain, berkata DAP hanya bekerjasama dengan PAS untuk meraih undi Melayu.

Beliau berkata, sekiranya PAS mahu jawatan itu, mereka perlu bertanding 89 kerusi dan menang sekurang-kurangnya 80 daripadanya.“Sekiranya jumlah kerusi itu boleh dicapai, PAS tidak perlu melobi kerana DAP dan PKR akan menyerahkannya kepada mereka seperti mana komponen BN terhadap UMNO,” katanya.Ini sememangnya sukar untuk tercapai.

Di Alor Star, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta PAS, PKR dan DAP memberi tumpuan kepada pilihan raya dan fikirkan soal calon Perdana Menteri selepas menang.