Wednesday, April 10, 2013

Kenapa cek sumbangan di tolak PDRM Kedah?? Adakah mereka sudah berjauh hati?? Lengkap di sini



Alor Setar: Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim hari ini mengesahkan pihaknya menolak cek RM30,000 yang disumbangkan pakatan pembangkang negeri ini kepada Tabung Kebajikan PDRM untuk keluarga mangsa korban di Lahad Datu, Sabah. 

Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, melalui satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini. 
"Kita dapati cek berkenaan adalah daripada pakatan pembangkang Kedah dan bukannya daripada kerajaan negeri seperti dimaklumkan. 

"Sehubungan itu, PDRM Kedah tidak akan menerima apa bentuk sumbangan daripada mana-mana parti politik bagi mengekalkan konsep berkecuali dan bimbang disalah tafsir pihak tertentu, melainkan sumbangan daripada orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO). 

"Saya juga ingin menasihati mana-mana parti politik yang berhasrat menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa korban di Lahad Datu, supaya menyampaikan terus kepada pihak media agar dapat diagihkan kepada semua keluarga pegawai dan anggota terbabit," katanya. 

Berdasarkan kenyataan itu, PDRM mengesahkan menerima makluman mengenai penyerahan sumbangan terbabit yang akan disampaikan kepada Tabung Kebajikan PDRM dalam satu majlis di Mess Pegawai Kanan Polis Kedah pada 8 April lalu. 

Bagaimananapun, selepas diteliti sumbangan berkenaan disahkan bukan daripada kerajaan negeri, tetapi daripada pakatan pembangkang Kedah.

No comments:

Post a Comment