Thursday, February 28, 2013

'Buat serabut saja'...kata Dr Mahathir ulas manifesto pakatan



"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Mengulas manifesto yang diumum oleh pakatan PAS-DAP-PKR di konvensyen mereka Isnin awal-awal menduga kerajaan boleh jadi muflis kerana pelbagai janji yang ditabur dalamnya melibatkan perbelanjaan yang sangat besar.
Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya.
Dr Mahathir kata demikian  pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang Rabu.
Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.
Kelmarin, PR melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, PKR dan Pas boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.
Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.
Sehubungan itu, beliau berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.
"Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua... kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya... kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.
"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) juga mengatakan manifesto bukan perjanjian, jadi yang dia buat (manifesto PRU13), buat apa? Kalau dia kata ini bukan janji, tolak sahaja dia, buat serabut sahaja," katanya.
Mengulas isu pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah, Dr Mahathir berkata, ia perlu diselesaikan melalui pendekatan berhemah, dan bukan kekerasan.
Ditanya sama ada isu itu akan dapat diselesaikan lebih cepat dengan campur tangan pihak beliau, Dr Mahathir berkata: "Saya tak fikir akan ada perbezaan jika saya bertanggungjawab atau orang lain yang bertanggungjawab."

Wednesday, February 27, 2013

Lagi saman tak tunai janji



Lepas satu satu....Baru-baru ini ibu tunggal saman kerajaan negeri dan Menteri Besar Selangor tidak tunai janji manifesto PRU12.Rabu ada lagi yang muncul tuntut janji.

Ini bila 1,001 wargaemas dari kawasan Shah Alam, Ampang, Gombak, Tanjung Karang, Hulu Langat dan Kuala Langat fail saman tuntut caruman takaful berjumlah RM2.5 juta .

Saman itu difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di Shah Alam pagi Rabu.

Dalam manifesto sebelum pilihanraya umum Mac 2008 pakatan pembangkang Selangor turut menjanjikan nak beri caruman takaful sebanyak RM2,500 seorang kepada warga emas.

Tuesday, February 26, 2013

Pembangkang Usah Lagi Cakap Isu Rasuah, Rakyat Pun Geli Dengar


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin melihat keengganan  pakatan pembangkang  menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 menunjukkan mereka sekadar retorik dalam memperkatakan soal rasuah dan sebagainya.
Menurut beliau berbanding dengan komitmen Barisan Nasional (BN) yang menunjukkan kesungguhan ke arah itu, ianya adalah satu penilain terbaik untuk rakyat melihat sebuah pembohongan yang nyata dan jelas hari ini.
“Cakap berdegar-degar soal rasuah dan sebagainya…tetapi apabila mahukan komitmen ke arah itu lain pula bunyinya. Bukankah mereka yang sebelum ini cukup lantang memperkatakan soal ini sehingga sanggup melemparkan pelbagai tohmah terhadap kerajaan yang ada. Kita minta pembangkang usah lagi cakap isu rasuah, rakyat pun geli dengar.
“Malah lebih jauh jika kita lihat mereka sanggup mengajak rakyat turun berdemonstrasi kononnya bagi menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil….apabila adanya ikrar sedemikian pelbagai alasan diberikan,” katanya kepada UMNO-Online.
Fairus seterusnya menambah komitmen BN ke arah itu sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi dan sekaligus membuktikan keikhlasan BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menandatangani ikrar tersebut.
“Rakyat boleh buat penilaian terbaik…benda dah ada depan mata dan boleh nilai siapakah yang bersungguh-sungguh ke arah itu. Tak perlulah beri seribu satu alasan.
“Sepatutnya itu adalah peluang terbaik untuk mereka menunjukkan apa yang dilaung-laungkan sebelum ini kerana rakyat melihat setiap gerak geri mereka. Jadi saya merasakan inilah satu hakikat sebenar yang tidak mampu lagi ditutup oleh pihak pembangkang,” katanya.
Sebelum ini,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib  menandatangani ikrar tersebut sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. -MediaUMNO

Juarai agenda saya???


 

1.Saya menafikan tuduhan yang mengatakan saya terlibat dengan pemberian kewarganegaraan di Sabah. “Tiada satu minit mesyuarat pun” yang menunjukkan saya terlibat dengan task force.

2.Saya tidak kenal Deepak Singh. Saya tidak pernah bertemu dengannya, “walaupun ada video” pengakuan Deepak yang menunjukkan saya ada bertemu secara sulit dengannya.

3.Saya tidak kenal Dato Eskay, walaupun ada gambar yang menunjukkan saya begitu mesra dengannya.

4. Saya tidak ada kroni walau pun seorang sepanjang saya menjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Saya tidak pernah memperkayakan sesiapa walaupun keluarga saya sendiri. Kekayaan keluarga dan orang keliling saya adalah datang dari langit secara tibs-tiba.


5. Saya tidak pernah berselingkuh dengan Isteri orang kanan saya, walaupun Isteri saya pernah mengadu hal ini kepada Tun Siti Hasmah.

6. Saya tidak pernah melakukan perkara luar tabie dengan sesiapa pun walaupun perkara ini juga pernah diadukan kepada Tun Siti Hasmah oleh isteri saya.

7. Saya tidak pernah berlaku curang dengan china doll, walaupun jelas perbuatan tersebut dirakam dan disahkan oleh pakar-pakar dunia.

8. Saya tidak pernah meliwat Saiful walau pun peguam bela saya Karpal Singh mengakui di dalam mahkamah wujudnya perbuatan suka sama suka antara saya dan Saiful.

9. Saya tidak pernah mengaibkan sesiapa khususnya Najib dan Rosmah di dalam apa keadaan sekali pun, sepertimana yang dilakukan oleh musuh-musuh yang dengki terhadap saya, walaupun memang saya tidak henti-henti mengaibkan beliau di dalam setiap ceramah yang saya adakan.

10. Saya tidak pernah memfitnah Najib dan Rosmah, walaupun saya tidak henti-henti merekacipta pelbagai fitnah terhadap beliau dan isteri.

11. Saya tidak pernah berniat mahu menyaman Dato Nalla, Dato Eskay, Ummi Hafilda dan sesiapa saja yang membongkar kisah peribadi saya walaupun mereka tak henti-henti mencabar saya sipaya “saman mereka”. Walau bagaimana pun, sesiapa saja yang tidak terlibat secara langsung atau tidak mengetahui secara langsung segala kisah peribadi saya, pasti akan saya saman. Lihatlah Utusan UMNO. Pantang keluar sikit saja isu peribadi tentang saya dalam media mereka, pasti pasti saya saman. Itu sajalah senjata yang saya ada.

12. Saya ingin memberi amaran dan ingatan kepada sesiapa saja yang cuba membongkar “rekod buruk” saya semasa dalam kerajaan samada rekod buruk sebagai penjawat jawatan mahupun rekod buruk peribadi, berhentilah dari membuat kerja-kerja tersebut kerana saya tidak sesekali akan mengaku, walaupun semua tuduhan tersebut benar.

13. Waima jelas,  sayalah orang yang dimaksudkan dalam video tersebut, jangan harap saya akan mengaku.

kkamdias.blogspot.com

Saturday, February 23, 2013

Economist Intelligence Unit: Barisan Nasional akan menang PRU13

bn-benderaxx 
Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist,' meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.

Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.

Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.

EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala, berkata 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.

Bernama melaporkan menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.

Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.

"Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.

Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.

Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.

"Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan) ... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.

"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.

EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU-13.

Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.

Sementara itu, UMNO yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU-13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.

"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.

Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.

Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah US$9,700 daripada US$7,500 pada tahun 2010.

EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."

Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.
 
Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU-13"

Friday, February 22, 2013

FATWA TERBARU NIK AZIZ!! PENERIMA BR1M SEMUA BINATANG MACAM AYAM & LEMBU!!

PENERIMA BR1M SEMUA BINATANG! Orang yang terima Bantuan Rakyat 1Malaysia ni bagaikan AYAM dan LEMBU yang datang berkerumun apabila ditaburkan dengan makanan kegemaran binatang tersebut. Pemberian wang ringgit (BR1M) juga salah disisi hukum Islam kerana Islam tak menggalakkan pemberian wang tetapi ilmu.

Itulah antara FATWA TERBARU Nik Aziz yang dipuja oleh puak PAS.

Apa nak buat kalau dah Tok Guru sendiri yang kata para pengikutnya serupa AYAM dan LEMBU.

Apa nak kata kalau yang terima BR1M ni ramainya adalah dari puak pakatan sendiri.

Ini bermakna Nik Aziz adalah KETUA BINATANG kepada semua puak pakatan yang menerima BR1M.

Setuju??

Thursday, February 21, 2013

Kisah Air yang tak akan diceritakan oleh sesiapa.. Bersyukurlah..


alt
 
KUALA LUMPUR 21 Feb  - Satu video yang baru dimuatnaik ke Youtube menggunakan akaun TheTruthSquadMy menjelaskan isu air antara SYABAS dan kerajaan negeri Selangor. 
 
Penjelasan di dalam video ini dilihat seperti menjawab kemelut di antara SYABAS dan kerajaan negeri Selangor dan bersifat analitikal menyentuh aspek-aspek teknikal dan komersil . 
 
Beberapa fakta dan keratan akhbar turut diselitkan di dalam video berkenaan bagi menguatkan mesej yang ingin disampaikan . Video itu boleh ditonton di pautan https://www.youtube.com/watch?v=Gk-3rpmt-iM
 
Video berdurasi 5 minit 50 saat yang bertajuk Kisah Benar Episod 1 : Air Negara Bahagian 01 dilihat seperti usaha-usaha persendirian dari mereka yang terlibat dalam industri berkenaan dengan perincian data yang diselitkan. 
 
Cerita AIR di Negeri Sembilan

“Jika sesuatu syarikat itu boleh membayar bonus bermakna syarikat tersebut diurus tadbir dengan baik dan merupakan sebuah syarikat yang sihat.” ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Beliau berucap di Majlis Penyampaian Bonus kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) di Ibu Pejabat SAINS, pagi tadi.
Turut hadir, Tuan Hj Zulkifli Ibrahim, Pengurus Besar SAINS.
Menurut beliau, dulu pengurusan air di bawah Perlembagaan Kerajaan Persekutuan dan Pelembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, tanah, air dan galian, namun apabila ada cadangan perkhidmatan ini diperbadankan maka wujudlah SAINS.
Di mana kewujudan SAINS ini hasil kesepakatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi mengurus air. Dari perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan juga menetapkam bahawa hutang berkaitan air, akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.
“Demikian juga, saya arahkan diadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah setiap bulan kerana mahu melihat dan meneliti sendiri perkembangan dan perkhidmatan ini. Memang saya meletakkan satu batch mark yang tinggi serta jarang memuji, namun hasil dari perbincangan dan ketetapan, kita telah mendapat hasil yang amat baik.” ujar beliau.
“Kita pernah berada dalam kewangan yang baik dan kita tidak dapat mengurus kehendak atau pemikiran orang ramai disebabkan perkembangan yang begitu pesat dan pernah negeri berhutang sebanyak RM2.3 bilion dan 80% hutang tersebut bersangkut paut untuk mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air.
Beliau menambah, “hanya tinggal projek Empangan Teriang, Loji Ngoi-Ngoi dan Loji Kenaboi. Setelah siap projek ini kelak akan meletakkan negeri ini menjadi negeri pertama mempunyai rezab  sebanyak RM500 juta melebihi hutang.”
Di mana hutang-hutang yang tinggal diperuntukkan dengan pembinaan rumah-rumah murah, membuka tanah pinggir dan membina insfrastruktur jalan raya kampung.” jelas beliau lagi.
“Kerajaan Negeri juga telah menandatangani perjanjian dengan PAAB, di mana di dalam perjanjian tersebut kita akan memperoleh RM102 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Malah, sebagai pentadbir yang baik, kita mesti mengurus  negeri ini sebagai sebuah badan korporat dan entiti yang baik.” katanya.
Beliau amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kerja kuat kakitangan SAINS dan menyeru mereka untuk bekerja dengan lebih kuat lagi. Ini termasuk kebolehan SAINS menurunkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) ke tahap 40.5% pada tahun 2012 berbanding lebih 53% pada tahun 2009.

Tuesday, February 19, 2013

HINDRAF : Kerja Najib Mengagumkan, Pakatan Mungkin Hilang 25 Kerusi Parlimen


alt
 
Pakatan Rakyat mungkin akan kehilangan 25 kerusi parlimen dan 2 buah negeri iaitu Kedah dan Selangor sekiranya tidak mendapat sokongan daripada kumpulan Hindraf pada pilihanraya umum akan datang kata pemimpin pergerakan itu P Waythamoorthy .  
 
Beliau yang sebelum ini hidup dalam pelarian di kota London selama 5 tahun berkata pimpinan kerajaan Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan kerja yang mengagumkan dalam membela masyarakat India hingga di peringkat akar umbi. 
 
Menurut Waythamoorthy, Barisan Nasional hanya memerlukan 55 peratus sokongan daripada masyarakat India untuk Pakatan Rakyat kehilangan sebanyak 25 kerusi parlimen.
 
Perdana Menteri pada bulan November 2012 telah menjemput kumpulan masyarakat India termasuk Hindraf bagi mendengar sendiri permasalah kaum India dari persepektif kumpulan-kumpulan itu. Pada penghujung Januari 2013, pengharaman Hindraf ditarik semula oleh kerajaan dan pertubuhan itu kini menjadi sah dari segi undang-undang. 

Sumber : KLPos

Pertahan kalimah Allah




Dr. Haron Din

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dalam ceramah di sebuah masjid di Taiping, Perak baru-baru ini sekali lagi menegaskan beliau akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayatnya.

Berikut adalah kenyataan beliau seperti dipetik daripada blog http://pi5au.blogspot.com dalam entri bertarikh 16 Februari lalu:

''...tetapi apa kesan kepada masyarakat? Orang Islam masih ada yang menyokong. Dia dengar saya agak bertegas sikit, mereka hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) maki saya... sempit fikiran, tak faham situasi, tak reti bahasa. Tak apa... tidak mengapa.

''Tetapi macam mana boleh kita terima? Apa tujuannya orang Kristian nak terjemah Bible mereka daripada 'god' kepada Allah? Apa tujuan mereka?

''Dulu tahun 2008, bila timbul isu ini, saya panggil wartawan semua datang ke rumah. Saya dah bawa Bible ketika itu. Saya tunjuk al-Quran pada ketika itu. Saya tidak akan setuju kerana Allah yang saya sembah, tuan-tuan sembah, orang Islam sembah... Allah yang selama-lamanya 'qulhu Allahu ahad'.

''Kalau kita benarkan, kita rela dan kita reda Allah diletak kepada 'god', maknanya kita merelakan Allah itu disyirikkan oleh manusia.

''Atas itu, saya mengambil kesempatan malam ini nak menyeru lagi sekali, saya sebut ini di mana pun, saya akan pertahankan kalimah ini sampai akhir hayat saya. Saya tidak akan reda dengan Allah yang dikufurkan."




Monday, February 18, 2013

Syukur... dari ratusan negara, harga minyak Malaysia antara paling murah di dunia


minyak513
Kita tunggu apa lagi pembangkang nak memekak lepas ini, setelah penyelidikan oleh agensi berita kewangan antarabangsa Bloomberg, menyenaraikan harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia dan nombor satu di Asia Tenggara.
Ini penyelidikan yang dibiayai oleh mana-mana kerajaan, sebaliknya kajian Bloomberg itu adalah untuk pelanggan-pelanggan mereka di serata dunia buat perbandingan bagi tujuan pelaburan.
Syukur alhamdulillah dan terima kasih kerajaan Barisan Nasional.
Bloomberg yang buat penyelidikan bertajuk ‘Highest & Cheapest Gas Prices by Country’ itu, harga petrol di negara ini dalam dolar Amerika Syarikat (AS) adalah pada AS$2.36 segelen, juga paling murah di Asia Tenggara.
Lebih menarik lagi kajian itu dibuat berdasarkan himpunan profil data daripada Associates for International Research Inc (AIRINC); portal pemantau tenaga Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); dan Energy Information Administration dari Amerika Syarikat (AS).
Bloomberg dalam kajiannya membabitkan 60 negara itu menyenaraikan Venezuela sebagai negara dengan harga petrol paling murah di dunia, diikuti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Nigeria, Malaysia, Mexico dan AS.
Turki disenaraikan sebagai negara dengan harga petrol paling mahal di dunia, diikuti Norway, Belanda, Itali, Portugal, Greece, Sweden, Belgium, Perancis dan Denmark.
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia berada di tempat ke-11, Thailand (13), Filipina (17) dan Singapura ke-22).
Harga petrol di Singapura dijual pada AS$6.26 atau RM19.43 segelen; Indonesia (AS$3.66 atau RM11.31 segelen); Thailand (AS$4.42 atau RM13.65 segelen); dan Filipina (AS$4.87 atau RM15.05 segelen). Purata 1.17 liter sehari
Bagi Malaysia, kajian Bloomberg itu menyatakan, seorang rakyat di negara ini perlu membelanjakan 7.5 peratus daripada purata gaji harian mereka, iaitu AS$32 (RM98.90) sehari untuk membeli segelen petrol.
Mengikut kajian itu, secara purata seorang penduduk negara ini menggunakan 0.31 gelen (1.17 liter) petrol sehari.
Sebagai perbandingan di rantau ini, seorang penduduk di Indonesia dengan purata pendapatan harian AS$11 (RM33.99) perlu membelanjakan 33 peratus, manakala di Thailand yang penduduknya memiliki purata gaji harian AS$17 (RM52.53) pula 25 peratus.
Rakyat Filipina dengan pendapatan harian AS$7.11 (RM21.96) perlu membelanjakan purata 69 peratus, sementara penduduk Singapura yang memperoleh purata pendapatan harian AS$139 (RM429.5) sehari sebanyak 4.5 peratus.
Berbanding sembilan negara dengan harga petrol paling murah pula, yang mana kecuali Mexico adalah dalam kalangan 20 negara yang memiliki rizab minyak terbesar, penduduk Venezuela dengan purata pendapatan harian AS$31 (RM95.79) hanya perlu membelanjakan 0.2 peratus, manakala penduduk Arab Saudi dengan purata pendapatan harian AS$64 (RM197.76), sebanyak 0.7 peratus.
Penduduk Kuwait pula dengan purata pendapatan harian AS$123 (RM380.07) perlu membelanjakan 0.7 peratus; sementara penduduk Mesir dengan purata pendapatan harian AS$9.04 (RM27.93) pula sebanyak 13 peratus.
Di UAE, penduduknya dengan purata pendapatan harian AS$180 (RM556.20) perlu membelanjakan satu peratus dan penduduk di Iran dengan purata pendapatan harian AS$18 (RM55.62), sebanyak 12 peratus.
Penduduk di Nigeria yang memiliki purata pendapatan harian AS$4.74 (RM14.64) perlu membelanjakan 49 peratus, manakala penduduk Mexico dengan purata pendapatan harian AS$29 (RM89.61) sebanyak 11 peratus. Penduduk di AS dengan purata pendapatan harian AS$140 (RM432.60) pula perlu membelanjakan sebanyak 2.4 peratus.
Berbanding Turki, rakyatnya yang berpendapatan purata AS$30 (RM92.70) sehari pula perlu membelanjakan purata 33 peratus daripada gaji mereka untuk membeli segelen bahan api itu.
Sementara itu, rakyat Pakistan dengan purata pendapatan harian sekitar AS$3.55 (RM10.96) sehari, iaitu paras paling rendah dalam kalangan 60 negara dikaji, terpaksa bekerja kira-kira sehari setengah hanya untuk membeli segelen petrol.
Negara yang dipilih dalam kajian Bloomberg itu adalah negara yang memiliki purata pendapatan individu minimum AS$3.50 (RM10.81) sehari, manakala harga petrol yang dinyatakan pula berasaskan pada harga segelen petrol biasa tanpa plumbum dalam nilai dolar AS.
Harga yang diambil kira pula ialah yang paling murah bagi setiap negara berikutan gred petrol berbeza mengikut negara.
Maklumat data negara yang terbabit dalam kajian itu diperoleh agensi berita itu daripada CIA World Factbook dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Sunday, February 17, 2013

Orang Lama Tidak Terpilih Jadi Calon Tidak Boleh Kecil Hati – Isa Samad


Wakil rakyat veteran atau yang telah lama berkhidmat tidak seharusnya berkecil hati sekiranya tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata bekas 
Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Katanya mereka yang tidak terpilih wajar menerima dengan hati terbuka dan bersedia memberi peluang kepada pemimpin pelapis untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dan Umno terus relevan.
“Orang macam saya kalau tidak terpilih tidak boleh kecil hati kerana sudah bertanding berkali-kali,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program televisyen Sentuhan Ikon terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Felda berkata mereka yang tidak terpilih juga perlu terus memberi sokongan kepada calon yang dipilih iaitu turut turun berkempen di seluruh negara.
Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding, Mohd Isa berkata: “Kalau tidak terpilih kita turun bantu jentera parti berkempen, sebab zaman saya dulu bertanding orang lain juga turun bantu kita.”
Mengulas mengenai dakwaan kumpulan pelajar dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dihalang ketika mahu memasuki kawasan Felda di Pahang baru-baru ini, Mohd Isa berkata pihak berkenaan perlu berfikir mengapa mereka tidak diterima  masyarakat setempat.
“Kalau orang tidak bagi masuk, kenapa mahu masuk juga. Macam orang tidak beri kita masuk rumah, mengapa kita perlu masuk. Masyarakat tidak terima kerana mereka hidup aman damai kenapa perlu masuk untuk pecah belahkan dan kacau harmoni,” katanya.

Thursday, February 14, 2013

Pilihan Raya Umum 2008 Pembangkang Jual Janji, 2013 Jual Fitnah


Semakin hampir tarikh pilihan raya, pembangkang semakin terdesak, fitnah dan pembohongan menjadi modal ceramah untuk memburuk-burukkan kerajaan kerana menyedari taktik yang digunakan ketika pilihan raya 2008 tidak lagi diterima rakyat.

Exco Wanita UMNO, Suraya Yaacob berkata pada pilihan raya lalu, pembangkang telah menggunakan taktik dengan membuat pelbagai janji untuk mendapatkan sokongan dan apa yang dilakukan membuahkan hasil sehingga berjaya menawan beberapa negeri.

“Kali ini, pembangkang tidak berani membuat pelbagai janji seperti apa yang dilakukan pada pilihan raya 2008, mereka nampaknya lebih mirip kepada membuat fitnah terhadap kerajaan dan individu dalam usaha untuk mendapatkan sokongan.

“Antara fitnah yang dibuat oleh pembangkang ialah mengatakan negara ini akan bangkrap jika terus diperintah oleh Barisan Nasional, sedangkan pencapaian negara terus mendapat pujian daripada negara luar dalam menangani kemelut ekonomi global.

“Mereka sebenarnya sudah kehabiasan modal, rakyat telah kehilangan kepercayaan kepada pembangkang, lihat apa yang sudah dilakukan oleh pembangkang sejak memerintah Kedah, tiada pembangunan yang dibuat untuk rakyat Kedah,” katanya kepada UMNO-online.

Suraya berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini politik tempatan berhubung tindakan pembangkang lebih cenderung membuat fitnah dalam siri ceramah yang diadakan terutama di kawasan luar bandar.

Beliau yang juga ADUN Sungai Tiang, Kedah berkata pembangkang terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin menutup permasalahan yang berlaku di kalangan parti dalam pakatan pembangkang apabila mereka tidak bersependapat dalam sesuatu isu.

“Macam mana nak perintah negara, jika mereka sendiri tidak bersependapat dalam sesuatu isu yang besar seperti apa yang berlaku sekarang, mereka tiada perancangan untuk negara, niat mereka sebenarnya lebih untuk merampas tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional.

“Kita lihat apa yang dilakukan mereka, mereka cuba mengheret rakyat degan meniru seperti apa yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat, mereka buat perhimpunan untuk dapatkan sokongan yang kononnya itu adalah suara rakyat,” katanya.

Suraya berkata, beliau tidak hairan jika pembangkang akan terus menyerang kerajaan dengan pelbagai fitnah dan pembohongan, yang penting pada adalah untuk menimbulkan persepsi buruk rakyat kepada kerajaan dan akhirnya menyokong mereka. -MediaUMNO

Sunday, February 10, 2013

Rakyat bangkit beri amaran PAS Kedah

Kuala Nerang, 10 Feb : ‘Rali Selamatkan Kedah’ yang disertai 5,000 rakyat negeri ini, adalah amaran kepada kerajaan PAS Kedah supaya tidak menutup kepincangan isu pembalakan di kawasan berhampiran Tasik Pedu dekat sini.

 Sebahagian peserta  berkumpul ketika menyertai   Rali Selamatkan Kedah  di Tasik Pedu, semalam. - Foto Shahrizal Md Noor 
Sebahagian peserta berkumpul ketika menyertai Rali Selamatkan Kedah di Tasik Pedu, semalam. – Foto Shahrizal Md Noor

Perhimpunan anjuran Jaringan Gelombang Merah Kedah itu mendesak kerajaan PAS Kedah menghentikan pembalakan di kawasan itu serta-merta.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata jumlah kehadiran itu memadai untuk menunjukkan kepada kerajaan PAS Kedah bahawa rakyat belum melupakan isu itu dan mereka mahu tindakan segera diambil.
Mereka dakwa kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar diperoleh Mac sedangkan pembalakan sudah dilaksana,” Mahadzir Khalid, ADUN Pedu
Katanya, aktiviti pembalakan berkenaan menimbulkan pelbagai musibah termasuk kesan sampingan yang akan dihadapi oleh penduduk berhampiran.

Beliau berkata, semua pihak sedar pembalakan itu mendapat liputan meluas media selain tujuan perhimpunan itu membuktikan wajah sebenar kerajaan negeri yang selama ini mengaku memperjuangkan nasib rakyat.

“Mereka (kerajaan negeri) mendakwa pembalakan itu bagi menggantikannya dengan tanaman buah-buahan seperti anggur, sekali gus melaksanakan projek ladang rakyat. Kerajaan negeri turut menyatakan ia bakal menjadi lokasi tumpuan pelancong kerana projek terbabit.

“Alasan itu langsung tidak relevan. Adakah mereka sedar bahawa pelancong asing datang ke negara ini bukan nak tengok anggur kerana di negara mereka banyak tanaman berkenaan.

“Mereka datang untuk melihat kehijauan, flora dan fauna. Seharusnya kerajaan negeri memelihara hutan ini bukan menggondolnya,” katanya di sini, semalam.

‘Cuci mangkuk’

Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu, Datuk Seri Mahadzir Khalid, berkata pembalakan yang diluluskan kerajaan negeri adalah berkonsep ‘cuci mangkuk’ kerana menebang pokok tidak mengira saiz ditetapkan.

Katanya, beliau mengakui ketika kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), pihaknya ada menjalankan aktiviti pembalakan, namun semua pokok diukur sebelum proses pembalakan dilakukan.

“Apa yang menghairankan, mereka (kerajaan negeri) mendakwa kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Laporan EIA) diperoleh Mac ini sedangkan pembalakan sudah dilaksanakan.

“Ia menunjukkan mereka cuba memperdayakan rakyat khususnya penduduk di kawasan Pedu,” katanya.

Thursday, February 7, 2013

Tiada pertukaran kerusi di Parlimen Telok Kemang

Tiada sebarang pertukaran kerusi di Parlimen Telok Kemang daripada MIC kepada UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, secara tradisinya kerusi tersebut ditandingi wakil Barisan Nasional (BN) daripada MIC.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang meminta para pengundi tidak mendengar khabar angin mengenainya kerana keputusan muktamad akan dibuat pucuk pimpinan apabila tiba masanya kelak.

"Sudah menjadi tradisi calon MIC akan bertanding bagi merampas semula Parlimen tersebut yang sebelum ini dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jadi jangan dengar sebarang khabar angin sehingga keputusan dibuat.

"Pembahagian kerusi diputuskan pucuk pimpinan dan kita akan sokong siapa sahaja calon daripada BN yang bertanding," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Felda Di Hati Janji Ditepati di Dewan Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor, Felda Palong Dua, dekat sini semalam.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, Datuk S. Sothinathan tewas kepada calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas di kerusi Parlimen Telok Kemang dengan majoriti 2,804 undi.

Friday, February 1, 2013

Hadi Awang semakin angkuh: Puad Zarkashi


 
SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai angkuh apabila membuat kenyataan parti itu tidak boleh bekerjasama dengan UMNO.

Beliau berkata, kenyataan Abdul Hadi itu juga jelas menggambarkan pemimpin PAS berkenaan tidak berfikir secara matang dan berpandangan jauh dalam arena politik.
"Sikap Abdul Hadi itu juga jelas menunjukkan dirinya seorang pemimpin politik yang sudah tidak relevan pada masa kini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2013 di sini, hari ini.


Mohd Puad mengulas kenyataan Abdul Hadi yang dilapor sebuah akhbar hari ini bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana parti itu (BN dan UMNO) tidak tahu memerintah.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata sikap PAS itu juga jelas tersasar dengan pendirian parti yang kononnya memperjuangkan Islam apabila sanggup bekerjasama dengan DAP yang berbeza agama tetapi menolak UMNO.

"Sejarah sendiri jelas membuktikan bahawa UMNO dan PAS pernah bekerjasama sebelum ini dan sangat menghairankan apabila PAS sanggup bersama pakatan yang menolak Islam termasuk dalam isu kalimah Allah," katanya.

Sementara itu, Mohd Puad turut mencabar Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengambil tindakan terhadap beberapa penyokong PAS yang baru-baru ini mengadakan demonstrasi membantah gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
"Saya sudah kenal pasti tiga daripada mereka yang terbabit adalah ahli PAS yang turut memijak poster Guan Eng dan lambang parti DAP, jadi Karpal sebagai peguam patut ambil tindakan dan desak untuk memecat mereka yang terbabit," katanya.

Pada 27 Januari lalu, beberapa penyokong PAS mengadakan perhimpunan aman di sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah, mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.

- BERNAMA