Tuesday, February 26, 2013

Pembangkang Usah Lagi Cakap Isu Rasuah, Rakyat Pun Geli Dengar


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin melihat keengganan  pakatan pembangkang  menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 menunjukkan mereka sekadar retorik dalam memperkatakan soal rasuah dan sebagainya.
Menurut beliau berbanding dengan komitmen Barisan Nasional (BN) yang menunjukkan kesungguhan ke arah itu, ianya adalah satu penilain terbaik untuk rakyat melihat sebuah pembohongan yang nyata dan jelas hari ini.
“Cakap berdegar-degar soal rasuah dan sebagainya…tetapi apabila mahukan komitmen ke arah itu lain pula bunyinya. Bukankah mereka yang sebelum ini cukup lantang memperkatakan soal ini sehingga sanggup melemparkan pelbagai tohmah terhadap kerajaan yang ada. Kita minta pembangkang usah lagi cakap isu rasuah, rakyat pun geli dengar.
“Malah lebih jauh jika kita lihat mereka sanggup mengajak rakyat turun berdemonstrasi kononnya bagi menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil….apabila adanya ikrar sedemikian pelbagai alasan diberikan,” katanya kepada UMNO-Online.
Fairus seterusnya menambah komitmen BN ke arah itu sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi dan sekaligus membuktikan keikhlasan BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menandatangani ikrar tersebut.
“Rakyat boleh buat penilaian terbaik…benda dah ada depan mata dan boleh nilai siapakah yang bersungguh-sungguh ke arah itu. Tak perlulah beri seribu satu alasan.
“Sepatutnya itu adalah peluang terbaik untuk mereka menunjukkan apa yang dilaung-laungkan sebelum ini kerana rakyat melihat setiap gerak geri mereka. Jadi saya merasakan inilah satu hakikat sebenar yang tidak mampu lagi ditutup oleh pihak pembangkang,” katanya.
Sebelum ini,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib  menandatangani ikrar tersebut sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment