Friday, November 25, 2011

Pakatan Haram tak pernah pikirkan pasal rakyat, klik tengok video ni!


Mari kita pastikan Negeri Sembilan terus menjadi milik BN...
Undi PAS + Undi PKR = UNDI DAP

Jauhi pembangkang (PR)yang tak pernah pikirkan pasal rakyat... 
Ingat tekak sendiri saja.. Saksikan kenyataan ini...

Thursday, November 24, 2011

DAP N.Sembilan tak sedar dirinya syok sendiri... Klik, tengok sini...


Anthony Loke ( DAP N.Sembilan ) lari ketakutan apabila diserang kembali oleh N9kinicom PolitikNS, Jasunka dan Dylan Faris dalam Twitter. Bermula dengan N9kinicom membuat posting. Biar PR Syok Sendiri - MB NS. http://www.n9kini.net . Anthony loke terus retweet dengan tweet , Siapa Syok sendiri, lepas  PRU 13baru tau, Tungulah keputusan rakyat,  kata Loke.

Politik NS menjawab : Lu ingat rakyat buta ka?

Jasunka: Pigidah Lu loke! kami rakyat X au PR! Sudah Taubat.Booo !

Anthony Loke : Inilah standard propagandis rasmi UMNO N9 Hanya pandai pakai perkataan rasis.

Jasunka : Loke bikin cerita tipu juga saa rakyat dari Rasah  to Lobak, apa pun xtarak in 3 thn... dll

Bila N9kinicom bertanya  kepada Loke  siapa sebebnarnya Rasis bila Tony Phua mahu buang %0%  penjawat awam orang Melayu. Anthony Loke terus lari lintang pukang.

Sekiranya DAP Memerintah, Perlembagaan Pasti Diubah - MB

SEREMBAN, 23 Nov – “Bagaimana pakatan pembangkang mahu merampas Negeri Sembilan sekiranya mereka sesama sendiri tidak bersependapat. Ketika isu Tony Pua disebut di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, Loke Siew Fok (Ketua Pembangkang Negeri Sembilan) memberikan alasan bahawa komen Tony Pua yang mengatakan akan mengurangkan separuh daripada kakitangan awam adalah komen peribadi dan tidak ada kena mengena dengan DAP.

“Adakah mereka akan terima sekiranya UMNO membuat alasan yang sama apabila Datuk Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan UMNO mengeluarkan kenyataan. Sudah tentu mereka akan menghentam kita habis-habisan kalau UMNO yang memberikan alasan sedemikian,” ujar Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dalam wawancara khas bersama UMNO-Online di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Katanya, Tony Pua bukanlah ahli biasa di dalam parti DAP dan DAP perlu bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dikeluarkan oleh Tony Pua selaku Setiausaha Penerangan parti tersebut.

Mereka bukan sahaja berhasrat mengurangkan separuh kakitangan awam malah sebelum ini kecoh apabila M. Manoharan, ADUN DAP Kota Alam Shah membuat kenyataan mahu menukar bendera Malaysia.

“Bendera adalah merupakan panji-panji kita. Jika di zaman perang dahulu, akan ada seorang yang memegang panji. Sekiranya pemegang panji ini dibunuh, akan ada orang lain yang memegang panji tersebut asalkan panji itu tidak rebah ke tanah.

“Dalam bahasa lain sebenarnya mereka berhasrat untuk menukar perlembagaan sekiranya mereka memerintah kerana mereka berhasrat untuk mengamalkan Malaysia Malaysian. Jadi, jangan berdolak dalik. Hasrat hati mereka sebenarnya busuk.

“Jadi, kepada kakitangan awam yang menyokong pembangkang, fikirlah semula. Inilah hasrat DAP,” ujarnya.
Mohamad turut menjelaskan, sokongan rakyat Negeri Sembilan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat dan dapat dilihat dengan jelas menerusi ‘body language’ yang diberikan.

“Saya harap menjelang PRU akan datang, sokongan ini akan berterusan dan direalisasikan dalam bentuk undi. Harapan saya juga, jangan timbul isu yang boleh ‘membunuh’ peningkatan kita dalam memenangi hati rakyat. Saya menasihatkan para pemimpin yang tidak ada sebarang isu, tidak perlu mengeluarkan sebarang komen sehingga boleh mengelirukan pengundi di akar umbi. Perbanyakkan kerja dalam memantapkan jentera parti,” ujarnya lagi. –MediaUMNO

Thursday, November 17, 2011

Pembangkang jangan jadi barua menghasut orang Asli

Menteri Besar dalam satu program bersama orang asli minggu lalu dan mendapat sambutan yang begitu meriah dari mereka, sila klik kepada  laporan ini 
Kelihatan dalang sebenar yang menganjurkan demonstrasi dan yang juga penghasut kepada orang Asli.
Sukar untuk DAP mencari kelemahan kerja keras Tok Mat kerana Menteri Besar Negeri Sembilan ini sememangnya berkerja  keras untuk rakyat dan sentiasa turun Padang untuk bersama rakyat. Mereka juga tahu bahawa mereka agak sukar untuk mendapatkan kepercayaan dari rakyat  Negeri Sembilan dari semua kaum kerana Tok Mat sememangnya  sentiasa mendampingi semua kaum. Bagi Tok Mat, semua kaum adalah rakyat yang perlu diberikan perhatian walaupun  dari suku kaum pri bumi atau kaum Asli sekali.lihat ini.

Semalam DAP telah menghasut sebilangan orang Asli dan DAP yang mengelarkjan mereka ini adalah dari satu rangkaian yang diberikan nama sebagai rangkaian Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKKOANS). Apakah (JKKOANS) ini mewakili orang Asli Negeri Sembilan keseluruhan atau pun  Kumpulan ini adalah kumpulan upahan oleh parti pembangkang DAP ?

Menurut sebuah laman web pembangkang yang sengaja mahu melaga lagakan dan membesarkan isu orang Asli berdemonstrasi ini bahawa Mohamad dilaporkan berkata, perkampungan Orang Asli sebelum ini dibina di atas tanah hutan simpan atas ihsan negeri dan secara tidak langsung bermakna "kampung setinggan" dan mereka tidak mempunyai hak ke atasnya.

Justeru, katanya, kerajaan negeri membuat kajian bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan mengenal pasti semua kampung Orang Asli untuk diberi hak milik tanah kepada pemilik rumah.

Kenyataan ini sebenarnya diputar belitkan oleh pembangkang untuk menjuarai isu ini kerana kerajaan negeri Sembilan amat prihatin dengan keperihatinan kerajaan Negeri yang mahu mewartakan tanah orang Asli untuk memberikan mereka pelindungan apabila aniaya oleh mana mana pihak apabila ianya  diwartakan .

Menteri Besar apabila dihubungi oleh sebuah Portal N9kini.net berkata  bahawa beliau tidak pernah mengatakan bahawa orang Asli adalah setinggan. Apa yang beliau katakan adalah beliau tidak mahu orang menganggap masyarakat orang Asli adalah masyarakat setinggan dan itulah sebab nya kerajaan Negeri Sembilan mahu mewartakan tanah orang asli.

Pembangkang ini sememangnya tidak ada kerja lain selain dari menghasut dan juga memfitnah kerajaan kerana mahu menjadi juara. DAP sebenarnya  tertekan di Negeri Sembilan kerana sokongan terhadap mereka kini kian pupus dan Pakatan rakyat  akan tewas teruk dui Negeri Sembilan sekitarnya diukur dari segi sokongan rakyat terhadap kerajaan Negeri Sembilan.

Tok Mat tidak perlu  melayan isu isu ini yang boleh kita anggap sebagai remeh dan hanya dari sebilangan orang Asli yang diupah oleh Pembangkang. Pihak berkuasa patut mengambil tindakan sewajarnya kerana perhimpunan yang diadakan  ini adalah perhimpunan haram dan jika ini dibiarkan ianya akan menjadi satu kebiasaan kepada DAP  untuk menganjurkan nya saban Minggu.

Saturday, November 12, 2011

Mabrurkah Haji PM ????

Kajian PKR telah malukan bos mereka , Najib masih lagi popular


INI kisah kaji mengkaji. Perihal kajian (survey) yang dibuat oleh PKR kepada pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor dan dapati bos depa kalah dari segi populariti kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lagi best, Anwar bukan saja tidak digemari golongan muda, tetapi juga pengundi wanita.

Hasil kajian tersebut disiarkan oleh portal The Malaysian Insider yang mengatakan Najib dilihat positif oleh 53 peratus pengundi berbanding 38 peratus melihatnya secara negatif.Sebahagian besar sokongan bagi Najib datang daripada komuniti Melayu — sekitar 71 peratus melihatnya secara positif.

Pengundi-pengundi di Johor, kubu kuat Barisan Nasional (BN), menyokong kuat Presiden Umno itu dengan 61 peratus melahirkan sokongan positif. Ia disusuli dengan sokongan di Perak (52 peratus), Selangor (49 peratus) dan Kuala Lumpur (47 peratus).

Berbanding Najib, Anwar mencatatkan sokongan positif daripada 40 peratus pengundi manakala 48 peratus melahirkan pandangan sebaliknya ke atas Ketua Umum PKR itu.

Hanya 32 peratus pengundi Melayu memihak kepimpinan Anwar, bekas timbalan presiden Umno. Seramai 61 peratus pengundi tidak mempamerkan sokongan memihak kepada beliau.

Pengundi-pengundi wanita nampaknya tidak memihak Anwar dengan seramai 53 peratus berkata demikian berbanding 47 peratus pengundi menyokong kepimpinan beliau.

Dalam pada itu paras kaum wanita Melayu yang tidak menyokong kepimpinan Anwar lebih tinggi iaitu 69 peratus.

Bagaimanapun Anwar mempunyai sokongan positif di kalangan pengundi Cina dengan 43 peratus melahirkan pendirian demikian.

Anwar juga diterima dengan baik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat — Selangor dan juga Kuala Lumpur (44 peratus) berbanding di Perak (38 peratus) dan Johor (35 peratus).

Anwar popular di kalangan mereka berusia 40 tahun dan ke atas (43 peratus) manakala Najib pula di kalangan mereka berumur 30-39 tahun (55 peratus).

Sementara Anwar popular di kalangan graduan dan bukan graduan, masing-masing 42 dan 40 peratus, Najib pula disambut baik oleh bukan pemegang ijazah (61 peratus).

Kajian itu juga menekankan bahawa Anwar boleh menaikkan imej sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam membuat keputusan dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan kebolehan memahami isu-isu ekonomi untuk berhadapan dengan "penerimaan secara permukaan" ke atas kepimpinan Najib.Bekas menteri kewangan itu mencatatkan sokongan dalam ketiga-tiga aspek itu berbanding Najib.

Kajian itu dikendalikan antara 22 Ogos dan 15 September lalu di kalangan 1,000 pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor.

Sumber - AGENDA DAILY

Friday, November 4, 2011

Akhbar West Australian Mengaku Bersalah ! Anwar Ibrahim Minta Maaf Kepada Anak Najib Razak?

nTabloid West Australian akhirnya mengaku bersalah kerana menyiarkan pembohongan tentang laporan berita mengenai anak DS Najib Razak pada hal beliau tidak berada di Perth, Australia ketika itu.

Rujuk di bawah :-



Sekarang kita menanti permohonan maaf daripada Anwar Ibrahim yang telah menyebar fitnah tersebut di dalam twitter beliau. Begitu juga dengan bloggers pro-pembangkang yang turut sama menabur fitnah.

Tindakan membabi buta Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang itu adalah morally despicable, cruel and barbaric (meminjam kata-kata langsi Lim Guan Eng)!

Begitu juga dengan bloggers pro-pembangkang yang lain!


p/s : sedang menunggu Guan Eng & Kit Siang DAP membuktikan mereka pemimpin yang saksama dan transparens dengan mengeluarkan kenyataan menegur Anwar Ibrahim dan bloggers pembangkang. Jika TIADA, anak Guan Eng memang benar-benar terlibat di dalam skandal cabul pelajar sekolah!

Wednesday, November 2, 2011

Gambar) Kad Pengenalan bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia..

Kad pengenalan mula diperkenalkan sejak Malaysia belum merdeka lagi. Tujuan utama diperkenalkan kad pengenalan adalah untuk menyelesaikan masalah pengecaman pengganas komunis. Dalam tempoh itu, Malaysia masih lagi dihantui pengganas komunis yang ingin menuntut kemerdekaan daripada jajahan British. Pengenalan kad pengenalan atau Identity Card oleh penjajah  British ini telah menyukarkan sedikit-sebanyak penyamaran pengganas komunis.

Dari masa ke semasa, kad pengenalan mengalami evolusi yang mendadak. Bermula dengan kad pengenalan yang dibuat daripada kertas keras, seterusnya kad pengenalan plastik(laminated) dan akhirnya pada tahun 2001, kerajaan telah perkenalkan kad pengenalan pintar atau lebih dikenali sebagai Mykad. Idea ini pada asasnya diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Mahathir bin Mohamad pada 1996 namun diperkenalkan kepada umum semasa penggal pemerintahan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Pelancaran Mykad tersebut merupakan satu pencapaian besar kepada inovasi Malaysia Super Corridor(MSC) negara kerana ianya merupakan aplikasi yang pertama dilancarkan secara rasmi.

Kad pengenalan bekas Perdana Menteri Malaysia:
Pasti ramai yang ingin melihat kad pengenalan orang-orang ternama di Malaysia bukan. Ok, untuk kali ini, penulis sediakan beberapa kad pengenalan bekas-bekas PM kita bagi tatapan semua.

1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
Perdana menteri Malaysia yang pertama ini dilahirkan pada 8 Februari 1903. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara sejak negara merdeka pada 1957 sehingga tahun 1970. Beliau adalah keturunan raja daripada kedah yang mana bapa Tunku sendiri adalah sultan kedah ketika itu.
Tun Abdul Rahman al-Haj
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

2. Tun Abdul Razak bin Hussein
Beliau adalah perdana menteri kedua Malaysia. Beliau memegang tampuk pemerintahan negara pada tahun 1970 sehingga tahun 1976. Beliau dikenali perdana menteri Malaysia paling banyak berjasa kepada negara terutama kepada bangsa Bumiputera dan Melayu dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Buku Hijau dan banyak lagi. Sepertimana perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak juga daripada keturunan ‘Orang-Orang Kaya’ daripada Pahang. Salur galurnya sampai kepada bangsa Bugis di kepulauan Indonesia.

Tun Abdul Razak meninggal dunia pada usia 54 tahun pada tahun 1976 akibat penyakit Leukemia. Beliau meninggalkan legasi anak-anak yang bergiat cergas dalam politik dan dunia perniagaan. Antara paling terkenal adalah perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, pengarah Ancom Berhad, Courts Mammoth Sdn Bhd and Daiman Development Berhad, Hong Leong Industries Berhad, Nylex (Malaysia) Berhad, Daiman Golf Berhad and Deutsche Bank (Malaysia) Berhad , Dato’ Ahmad Johari bin Tun Abdul Razak dan pengarah CIMB Bank, Mohamed Nazim bin Tun Abdul Razak .

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn
Beliau adalah perdana menteri Malaysia yang ketiga selepas Tun Abdul Razak kembali ke rahmatullah pada tahun 1976. Beliau memegang tampuk pemerintahan secara rasmi pada tahun 1976 sehingga 1981. Tun Hussein dikenali sebagai Bapa Perpaduan kerana tegasnya beliau menangani isu-isu perpaduan kaum selepas tercetusnya insiden berdarah 13 Mei. Sepertimana Tun Razak, beliau berjasa kepada bangsa Melayu dan Bumiputera kerana memperjuangkan nasib mereka yang jauh ketinggalan berbanding bangsa ‘pendatang’ yang lain. Daripada salur- galur keturunan, ketiga-tiga perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn sendiri mempunyai persamaan iaitu mereka daripada keturunan bangsawan. Tun Hussein adalah adalah anak kepada pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar. Susur-galur keturunan Tun Hussein sampai kepada bekas menteri kesayangan sultan Johor, Maharaja Abu Bakar iaitu Datuk Salleh bin Perang.
Tun Hussein Onn meninggal dunia pada usia 68 tahun pada 22 Mei 1990 akibat serangan jantung yang telah lama dideritainya. Beliau meninggalkan legasi anak-anak dan keturunan yang bergiat dalam politik seperti Datuk Seri Hishamuddin bin Hussein dan anak saudaranya, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.
(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

4. Tun Mahathir bin Mohamad
Tun Mahathir Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya, Che Det adalah perdana menteri Malaysia ke-4 selepas Tun Hussein Onn meletak jawatan pada tahun 1981. Beliau dikenali sebagai perdana yang paling berjasa dan berjaya kepada bangsa Malaysia kerana ideologi pembangunan dan pemodenannya yang jauh ke depan. Walaupun dikritik sebagai seorang yang autokratik, diktatorisme, dan kronisme, ia tidak menghalang Tun Mahathir daripada menjadi perdana menteri paling lama memerintah di Asia Tenggara.

Miskipun Tun Mahathir telah meletak jawatan daripada kerajaan, namun suaranya tetap didengar oleh segenap lapisan masyarakat. Beliau menggunakan medium internet iaitu blog untuk menyebarluaskan idea dan kritikannya. Blognya boleh dibaca dan dilayari di www.chedet.cc.

5. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah perdana menteri Malaysia ke-5 setelah Tun Mahathir melepaskan jawatan pada tahun 2003. Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan selama tiga tahun iaitu daripada tahun 2003 sehingga 2009. Kini, beliau dilantik sebagai pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).