Thursday, August 11, 2011

KRONOLOGI KEJADIAN: SERBUAN JAIS TERHADAP GMDU- Gambar penganjur Wanita Melayu Murtad




Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam. Eloklah Tukang Screw perjelaskan secara kronologi agar senang difahami.


  • Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.

  • Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).

  • Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

  • Program tersebut dihadiri lebih kurang 80-100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam (seperti di dalam kad pengenalan) di mana ianya disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri.

  • Pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya. Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.

  • SOPHIA (penganjur program) mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ianya adalah tempat persendirian sambil berdolak dalik menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program tersebut (SOPHIA@NADEANE terlupa yang dia juga Melayu/Islam).

  • Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana SOPHIA berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.

  • Turut terdapat di dalam program tersebut ialah soalan kuiz perkara-perkara asas tentang Islam untuk menilai sejauhmana kefahaman mereka terhadap Islam yang dibuang di dalam tong sampah di dalam dewan tersebut. Antara soalan kuiz ialah 'Apakah maksud perkataan Islam?', 'Apakah maksud perkataan Quran?'.

  • Beberapa orang disyaki Melayu/islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.

  • Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan "delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti.

  • Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 individu beragama Islam berada di dalam dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9 perempuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh termasuk dari Alor Setar dan Muar. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.

Apa yang ingin Tukang Screw pertikaikan dalam kejadian ini ialah beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya, iaitu:-


  1. Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

  2. Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

  3. Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?

  4. Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

  5. Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

  6. Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?

  7. Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?

  8. Mengapa dan bagaimana kertas soalan kuis tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?

  9. Mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?

  10. Mengapa penganjur beriya-iya cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?

  11. Mengapa NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH enggan mengaku beragama Islam sedangkan kad pengenalannya tertera beliau Islam?

Nampaknya hanya NADEANE@SOPHIA yang mampu menjawab persoalan Tukang Screw ini. InsyaAllah Tukang Screw akan dedahkan beberapa maklumat menarik perhatian tentang isu ini dalam waktu terdekat termasuk petikan rakaman program tersebut yang diambil oleh salah seorang hadirin majlis tersebut yang merupakan sahabat Tukang Screw. Nauzubillah, awasilah keluarga dan saudara-mara kita dari terjebak dalam usaha memurtadkan orang-orang Islam. janganlah lokek membantu saudara mara kita yang susah. Wallahualam.

Tukang screw

13 comments:

  1. syg sekali gadis secantik ini menjadi penganjur dan Murtad. sayu hati kami melihat wajah gadis ini dan bagaimanakah dapat kita selamatakan gadis ini.

    ReplyDelete
  2. Mana Ulamak PAS yang katanya tidak akan mencampuri urusan ini. Apa sdh jadi dgn PAS. kalau konsert mrk boleh halang.ini program memurtadkan dia sokong.

    ReplyDelete
  3. malang betul insan ini. dilahirkan sebagai islam dan memurtadkan dirinya akhirnya krn kurang didikan agama, salah siapa, salah kerajaannya.Islam bermula dari rumah.

    ReplyDelete
  4. Kami sokong JAIS, hidup JAIS hancur Khalid , Mati Khalid, jahanam Khalid , Gagap Khalid.

    ReplyDelete
  5. Pihask berwajib mesti melakukan sesuatu agar tiada lagi orang Melayu yang terjebak dengan taktik kotor dan licik pihak tertentu yang ingin memurtadkan orang Islam di negara ini. Marilah kita orang Melayu/Islam bersatu demi Agama dan bangsa kita.

    ReplyDelete
  6. United Malay National Organisation nampaknya serius membela isu murtad. Terkejut aku!!! Tak lama lagi United Malay National Organisation akan tukar undang2 lord reid,sivil a.k.a sewel kpd undang2 Islam,undang2 hudud..tak gitu umno??? sbb dlm Islam org Islam murtad hukumnya bunuh..kan umno kan..umno pejuang isu murtad!!! ptuiihhh!!!

    ReplyDelete
  7. ah inilah gambapng gampang pas yg hanya gilakan kuasa menipu mempergunakan politik demi kuasa.

    ReplyDelete
  8. coba tanya pada Nik Azis perkara macem ni?...yang paling penting orang tua kena tau kemana anak2nya pergi, memberi pengetahuan islam yang betul, jangan kalo dah murtad baru bingung... pantau dan jaga anak2 remaja kita, perhatikan tingkah mereka,jadilah kawan mereka, orang yg beriman siap gadai nyawa jika akidahnya diserang, jangan murtad hanya karena uang dan sara hidup.....berjuanglah saudaraku.........

    ReplyDelete
  9. Seorang tokoh Islam Malik bin Nabi pernah berkata: “Kemunduran yang dideritai oleh umat Islam hari ini bukan sebab Islam seperti yang di wawarkan itu, ini adalah satu hukuman dari Islam ke atas umatnya yang cuba meninggalkan Islam, bukan kerana mereka berpegang dengan Islam.”

    ReplyDelete
  10. Agama Islam agama lengkap dan sempurna, tapi ada orang Melayu/Islam yg pilih utk berundur kebelakang utk murtad. Kita lihat ada penganut Kristian yg tidak mendapat jawapan yg mereka cari dan mereka akhirnya memeluk Islam sebab Islam mampu menjawab apa yg mereka cari selama ini. Contoh ialah Yusof Islam yg dulunya penyanyi terkenal British bernama Cat Stevens.

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Syabas buat MB Selangor kerana di bawah pimpinannya JAIS membuat tindakan terhadap isu ini di mana tiada di negeri lain, negeri lain yg di bawah naungan lain tutup mata saja.

    ReplyDelete
  12. apa nak dihairankan, perkara tu dalam gereja taklah kat masjid dan surau,
    dalam masjid dan surau pun bolih mreka buat perkara2 yg xsepatutnya, khutbah jumaatpun dijadi gelangang politik sempit mreka,
    mana mungkin diluar sana org ramai nak mendengar cerita dongeng, cerita carut mencarut, hina menghina dan menjatuhkan maruah individu lain,
    setahu saya dahulu xpenah pun terjadi perkara semacam ini, kesian dgn hassan ali, ada pulak menuduh dia anjing kerajaan...hampas betulll,

    ReplyDelete
  13. dah ramai melayu kafir, ada yg bertaraf haji dan pegawai kerajaan, kerana pihak sana menjanjikan polus yg banyak.

    ReplyDelete