Thursday, August 11, 2011

Isu Gereja - Hasan Ali - Jais dan Hasan Ali Di Hukum


Wajib pertahan Islam

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam.

Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.

Menurutnya, orang yang mempertahankan kebenaran Islam seperti Hasan wajib disokong oleh seluruh umat Islam, bukannya dicaci dan dikecam hanya kerana kepentingan politik sempit yang bersifat keduniaan.

“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.
(Sumber : Utusan Malaysia)

* Sedih apabila membaca FB dan Blog milik pembangkang, ada yang mempersoalkan tindakan JAIS membuat pemeriksaan di gereja. Jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, adakah kita hanya berdiam diri sahaja. Kita tidak faham kenapa Ulama Politik Pembangkang menjadi ulama bisu dan enggan menyentuh isu cubaan merosakkan akidah umat Islam.

Adakah mereka sudah termakan dengan janji manis DAP?. Adakah mereka takut berkata-kata kerana bimbang akan mengecilkan hati sekutu politik mereka? Adakah mereka ini sebenarnya manusia yang berkopiah serban tetapi sebenarnya sanggup menjual agama semata-mata mahu mencapai cita-cita politik?. Barangkali ulama besar mereka telah 'dicucuk hidung' dan mengikut apa sahaja telunjuk dan sujud kepada kemahuan DAP.

Kita sungguh kesal dengan MB Selangor yang tergesa-gesa memohon maaf kepada Pastor Kanan gereja itu sedangkan tindakan JAIS adalah tepat berdasarkan maklumat lengkap mengenai aktiviti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam. MB Selangor sepatutnya meminta penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu sebelum memutuskan memohon maaf kepada pihak gereja tersebut atau tidak.

Namun apa yang cukup menarik untuk diamati adalah laporan dari AgendaDaily berkenaan putar belit kenyataan dalam media Malaysiakini dan Malaysian Insider. “Mengatakan bahawa JAIS telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

“Sebagaimana gambaran yang disampaikan termasuk kepada Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

“Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza,” katanya.

No comments:

Post a Comment