Tuesday, August 9, 2011

Isu-isu berbangkit pada Persidangan DUN ke-2 semalam...


Persidangan Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Ke – 12 berlangsung semalam di Bangunan Dewan Undangan Negeri , Seremban.

Menteri Besar, Dato’ Hj. Mohamad Hj. Hasan telah menjelaskan kepada Ahli Dewan mengenai beberapa isu yang di bangkitkan seperti :

Isu pembangunan luar bandar
Pembangunan luar bandar yang melibatkan JKR, semua agensi yang terbabit akan dimaklumkan serta mesyuarat peyelarasan akan dibuat bagi membincangkan masalah yang mungkin dan akan timbul semasa projek di laksanakan.
Bagi projek pembinaan jalan, kelulusan daripada pihak JKR adalah dimestikan, disamping agensi terbabit perlu menginguti syarat-syarat yang ditetapkan diantaranya dengan mengenakan wang cagaran terutama pada projek yang melibatkan pemindahan sistem penyambungan paip air.

Isu Perumahan Mampu Milik
Kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah, untuk itu ‘Rumah Harga Rendah’ (RHR) yang berharga RM42,000.00 ditawarkan bagi golongan ini yang mempunyai pendapatan RM2,500.00 ke bawah.
Sehingga 30 Jun 2011, JPN telah membina projek PPR disewa, di Senawang mengandungi 420 unit dan 150 unit PPR lagi sedang dibina di Ladang Seliau, Port Dickson dan bagi golongan berpendapaan rendah yang mempunyai tanah pula Skim Pinjaman Perumahan (SPP) disediakan di mana pinjaman boleh dibuat untuk membina rumah sehingga maksima RM20,000.00.
Bagi golongan berpendapatan sederhana pula iaitu pendapatan kurang RM3000-00 sebulan, Skim Rumah Pertamaku disediakan yang membolehkan mereka memiliki rumah berharga maksima RM200,000.00.

Kejayaan Projek  E-Kasih
Projek bantuan E-Kasih yang disalurkan melalui Program Peningkatan Pendapatan dibawah peruntukan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU JPM) didapati sebanyak 82.4% telah berjaya mencapai matlamat  seperti yang disasarkan.
Melalui projek e-kasih ini, bantuan yang telah diberikan serta mampu menjana ekonomi peserta adalah dalam bidang perniagaan, ternakan, tanaman, kraftangan, jahitan dan juga nelayan.
Sehingga 19 Julai 2011, seramai 6,207 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan dengan pecahan seramai  5,060 menerima melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan 1,147 pula menerima melalui  Majlis Agama Islam Negeri (MAINS).

Pengkalan Baru TUDM di Sendayan
Projek pemindahan pangkalan baru TUDM ke Sendayan merupakan projek dibawah Kementerian Pertahan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sembilan hanya berperanan untuk menyediakan tapak bagi pangkalan TUDM baru tersebut.
Sehubungan itu, sebarang projek yang melibatkan keluasan tanah lebih 100 ekar perlu membuat laporan EIA (Environmental Impact Assessment) termasuklah bagi projek pangkalan TUDM ini.

Sumber: N9kini.com


No comments:

Post a Comment