Friday, August 12, 2011

ISU JAIS-GEREJA: Semua yg mengucap perlu pertahankan akidah...


Umat Islam diminta bangkit mempertahankan akidah mereka tanpa perlu takut kehilangan sebarang jawatan termasuk kepentingan politik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, semua yang mengucap dua kalimah syahadah dan beriman kepada Allah SWT perlu mempertahankan akidah mereka tanpa sebarang kompromi.

“Saya meminta agar isu agama ini tidak dipolitikkan. Jangan kerana takut hilang kuasa, pengaruh maka ia dipolitikkan. Kuasa politik hanya sementara sahaja, yang kekal hanya di akhirat kelak.

“Tidak ada pilihan bagi umat Islam dalam mempertahankan akidah mereka kerana ia merupakan kewajipan mutlak,” tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyeru umat Islam bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat dan dicemari oleh musuh agama.

Tambah Noh, mempertahankan akidah merupakan maqasid syariah iaitu matlamat syariat Islam yang wajib dipertahankan.

“Saya menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama di samping kenyataan dua mufti tersebut.

“Semua umat Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam diminta bangun untuk mempertahankan akidah. Kita bukan hendak mengeruhkan keadaan, cuma ingin menyatakan hasrat, penjelasan dan hak kepada bukan Islam mengenai perkara itu,” jelasnya dipetik dari Utusan Malaysia.

Beliau menegaskan, isu akidah bukan perkara kecil kerana ia melibatkan soal syurga dan neraka serta merupakan salah satu daripada Rukun Iman.

2 comments:

  1. Jom sahabat , yang mengucap bangunlah kita pertahankan agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  2. bayangkan apabila org melayu yg berada di Gereja itu tidak mengaku Islam bila diserbu.

    ReplyDelete