Friday, August 12, 2011

Kereta kabel rentas laut tarikan terbaru di Port Dickson

SEREMBAN: Negeri Sembilan akan mempunyai perkhidmatan kereta kabel merentasi laut menghubungkan sebuah bandar baru di Port Dickson dengan Pulau Arang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Projek kereta kebal sejauh satu kilometer itu merupakan satu tarikan di bandar baru PD Waterfront yang dimajukan oleh syarikat tempatan, TSR Ocean Park Sdn Bhd. 

"Keseluruhan projek PD Waterfront ini termasuk kereta kabel menelan belanja RM1.8 bilion. Kereta kabel akan dibina pada fasa kedua. Fasa pertama projek ini sudah hampir siap," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini. 

Mohamad berkata, beliau yakin kereta kabel itu akan menjadi tarikan utama pelancongan kerana kali pertama konsep kereta kabel merentasi laut diperkenalkan di negara ini.

"Pulau Arang mempunyai hutan simpan semula jadi yang mengandungi pelbagai spesies pokok dan tumbuhan," katanya.

Mohamad berkata, kerajaan negeri juga merancang untuk menjadikan sebuah kawasan perniagaan di PD Waterfront sebagai zon bebas cukai.

PD Waterfront di kawasan seluas 20 hektar mempunyai kemudahan jeti, hotel dan pusat membeli belah.
Beliau yakin projek PD Waterfront akan mendapat sambutan pelabur memandangkan pelancong luar negara dan tempatan yang mengunjungi pantainya boleh mencecah sehingga kepada 1.5 juta orang.

Mohamad berkata, dalam fasa dua dan fasa tiga, PD Waterfront akan mempunyai hotel tiga dan empat bintang serta pusat perubatan, taman tema dan sebuah pusat konvensyen. - BERNAMA

3 comments:

  1. projek yng memberangsangkan, apa2 pun tahniah diatas usaha krajaan negeri memajukan pd dan n9 khasnya, selama ini nmpaknya n9 sonyap jooo tak ada apa2 perancangan besar serta gitu dan terbukti berjaya, insyallah saya doakan moga berjaya dan menaikan nama n9 sebagai distinasi pelancongan . . .

    ReplyDelete
  2. semuga hasrat murni ini akan menjadi satu lagi trade mark bagi pelancungan di Port Dickason..kepelbagaian di dalam produk pelancungan di Port Dickson akan mencorakkan satu fenomena baru dalam identiti negeri itu khususnya..semuga segala impian dapat di aplikasikan dengan jayanya....

    ReplyDelete
  3. baghula den tak sogan nak ajak kengkawan lua nismilan datang k0 sini...lau tak tu..p0ning yo mikir mano nk bawak doghang tu lau doghang kepingin nk dtg nismilan...

    ReplyDelete