Friday, August 5, 2011

Kenyataan Mustafa Ali PAS semata-mata hendak mencari kejutan...


Spekulasi mengenai pertemuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di anggap dakwaan serkap jarang yang sengaja diwujudkan UMNO sebelum ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

"Semuanya untuk menutup masalah dalaman UMNO yang serius di mana ujud isu gerakan dalaman UMNO bagi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak", tambah beliau lagi pada sidang akhbarnya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, semalam.

Apa yang didakwa Mustafa Ali itu agak mengejutkan. Apa tidaknya.. Cukup dengan alasan, kononnya Najib dan isteri Datuk Seri Romah Mansor sudah jadi liabiliti kepada UMNO dan peluang BN menang dalam pilihanraya umum akan datang akan terjejas jika beliau kekal jadi Perdana Menteri. 

Dalam pada itu Mustapha juga dipercayai  mendengar dakwaan mengenai kisah itu hanya dari sebuah artika yang tersiar di sebuah laman blog pembangkang.

Blog itu mendakwa kononnya Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat UMNO (PENAWAR) telah membuat desakan Najib letak jawatan dalam mesyuaratnya baru-baru ini.


Hal ini juga mengejutkan Presiden PENAWAR, Tan Sri Aziz Shamsudin. "Kita berasa kesal apabila ada pihak yang menyatakan PENAWAR membuat keputusan supaya DS Najib turun dan meletakkan jawatan... Ini tidak betul kerana kami menghormati Perlembagaan dan juga rasa tanggungjawab kepada UMNO," katanya.

Ini adalah perkara yang tidak benar. Nampak sangat PAS sengaja mereka-reka isu dengan matlamat untuk melaga-lagakan anggota BN dan juga Umno.

Tindakkan PAS itu juga tidak lebih daripada mainan taktik politik kotor pembangkang dengan niat ingin melemahkan dan memecah belahkan perpaduan di kalangan pemimpin Umno serta Barisan Nasional. 

PAS seperti telah ketandusan isu hingga sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbau fitnah terhadap kepimpinan Najib, UMNO dan Barisan Nasional.

Pendapat Politik N9: 
Adakan lebih baik, di bulan Ramadan yang mulia ini... 
Kita jaga mulut kita dari melakukan fitnah yang tak berguna...

Untuk pengetahuan PAS serta sekelian pembangkang...   
UMNO adalah parti yang paling kukuh yang mana setiap anggotanya sentiasa taat kepada kepimpinan parti.
Semua pihak termasuk rakyat menerima Perdana Menteri dengan baik.



No comments:

Post a Comment