Wednesday, May 29, 2013

Singapura tidak layan rayuan pembangkang

alt

Malaysia menerima tamparan hebat susulan amaran keras dari Kerajaan Singapura agar tidak campurtangan dalam isu penahanan 21 rakyat di Negara ini yang mengadakan demonstrasi di republik berkenaan.

Wakil Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata,  tindakan beberapa Ahli Parlimen Malaysia yang mendesak kesemua tahanan dibebaskan disifatkannya sebagai campurtangan asing.

"Singapura sentiasa mengambil pendirian yang tegas berhubung isu yang berkaitan campur tangan asing dan politik yang cuba di bawa masuk ke negaranya.

"Singapura sentiasa mengambil pendirian untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara lain dan mengharapkan mendapat layanan yang sama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web kementerian berkenaan.

Insiden itu berlaku susulan tindakan 21 rakyat Malaysia yang protes di Merlion Park Singapura pada 8 dan 11 Mei berhubung keputusan Pilihan Raya Umum pada 5 Mei lalu.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur supaya meringankan hukuman terhadap 21 rakyat Malaysia berkenaan.