Thursday, August 18, 2011

Penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen : ‘Bukan pilihanraya songsang’ - DS Najib.

Pelbagai reaksi negatif pembangkang kononnya penubuhan jawatankuasa itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu. Ada yang mengatakan ini satu helah kerajaan dan ada juga yang mengatakan bahawa ini satu bukti menunjukkan kepincangan dan kesongsangan sistem pilihanraya yang ada pada hari ini. 

Datuk Seri Najib Razak menegaskan keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen bagi melakukan reformasi pilihan raya bukan bermakna pilihan raya di negara ini songsang, sebaliknya ia mencerminkan keikhlasan kerajaan untuk melakukan pembaharuan supaya pilihan raya dilihat bersih dan adil.


“Ini bukan pengakuan tidak langsung yang pilihan raya songsang dalam negara kita. Jika songsang, kita tak ‘serah’ Selangor kepada pembangkang. Kita kalah pada pilihan raya lalu, tetapi kita pinjamkan sementara saja kepada pembangkang.

“Kita boleh melakukan yang terbaik dan memperbaiki proses pilihan raya. Kita tidak takut pembaharuan, tetapi ingin memastikan siapa yang memerintah negara mesti berasas kepada kehendak rakyat sebenar,” kata Perdana Menteri pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pangsapuri Seri Perantau, Selat Klang di sini, semalam.

Najib berkata, sebagai Perdana Menteri beliau berasa amat bertuah kerana penduduk di negara ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni, berbanding rakan sejawatannya di United Kingdom yang baru-baru ini berdepan rusuhan.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat agar tidak memperkecilkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi sekarang.

“Saya dapat rasakan perasaan rakan saya, PM (Perdana Menteri) Britain (David Cameron) yang berdepan dengan rusuhan, bukan sekali, tetapi beberapa hari dalam sebuah negara yang dulunya menjajah kita yang dianggap sebagai negara yang membawa kepada amalan demokrasi berparlimen.

“Bagaimanapun, PM Britain hari ini menyatakan bahawa masyarakat dia sudah dinodai dengan akhlak membawa kepada masyarakat yang banyak penyakit,” katanya.

Sumber : BHarian Online.

No comments:

Post a Comment