Thursday, February 21, 2013

Kisah Air yang tak akan diceritakan oleh sesiapa.. Bersyukurlah..


alt
 
KUALA LUMPUR 21 Feb  - Satu video yang baru dimuatnaik ke Youtube menggunakan akaun TheTruthSquadMy menjelaskan isu air antara SYABAS dan kerajaan negeri Selangor. 
 
Penjelasan di dalam video ini dilihat seperti menjawab kemelut di antara SYABAS dan kerajaan negeri Selangor dan bersifat analitikal menyentuh aspek-aspek teknikal dan komersil . 
 
Beberapa fakta dan keratan akhbar turut diselitkan di dalam video berkenaan bagi menguatkan mesej yang ingin disampaikan . Video itu boleh ditonton di pautan https://www.youtube.com/watch?v=Gk-3rpmt-iM
 
Video berdurasi 5 minit 50 saat yang bertajuk Kisah Benar Episod 1 : Air Negara Bahagian 01 dilihat seperti usaha-usaha persendirian dari mereka yang terlibat dalam industri berkenaan dengan perincian data yang diselitkan. 
 
Cerita AIR di Negeri Sembilan

“Jika sesuatu syarikat itu boleh membayar bonus bermakna syarikat tersebut diurus tadbir dengan baik dan merupakan sebuah syarikat yang sihat.” ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Beliau berucap di Majlis Penyampaian Bonus kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) di Ibu Pejabat SAINS, pagi tadi.
Turut hadir, Tuan Hj Zulkifli Ibrahim, Pengurus Besar SAINS.
Menurut beliau, dulu pengurusan air di bawah Perlembagaan Kerajaan Persekutuan dan Pelembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, tanah, air dan galian, namun apabila ada cadangan perkhidmatan ini diperbadankan maka wujudlah SAINS.
Di mana kewujudan SAINS ini hasil kesepakatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi mengurus air. Dari perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan juga menetapkam bahawa hutang berkaitan air, akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.
“Demikian juga, saya arahkan diadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah setiap bulan kerana mahu melihat dan meneliti sendiri perkembangan dan perkhidmatan ini. Memang saya meletakkan satu batch mark yang tinggi serta jarang memuji, namun hasil dari perbincangan dan ketetapan, kita telah mendapat hasil yang amat baik.” ujar beliau.
“Kita pernah berada dalam kewangan yang baik dan kita tidak dapat mengurus kehendak atau pemikiran orang ramai disebabkan perkembangan yang begitu pesat dan pernah negeri berhutang sebanyak RM2.3 bilion dan 80% hutang tersebut bersangkut paut untuk mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air.
Beliau menambah, “hanya tinggal projek Empangan Teriang, Loji Ngoi-Ngoi dan Loji Kenaboi. Setelah siap projek ini kelak akan meletakkan negeri ini menjadi negeri pertama mempunyai rezab  sebanyak RM500 juta melebihi hutang.”
Di mana hutang-hutang yang tinggal diperuntukkan dengan pembinaan rumah-rumah murah, membuka tanah pinggir dan membina insfrastruktur jalan raya kampung.” jelas beliau lagi.
“Kerajaan Negeri juga telah menandatangani perjanjian dengan PAAB, di mana di dalam perjanjian tersebut kita akan memperoleh RM102 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Malah, sebagai pentadbir yang baik, kita mesti mengurus  negeri ini sebagai sebuah badan korporat dan entiti yang baik.” katanya.
Beliau amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kerja kuat kakitangan SAINS dan menyeru mereka untuk bekerja dengan lebih kuat lagi. Ini termasuk kebolehan SAINS menurunkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) ke tahap 40.5% pada tahun 2012 berbanding lebih 53% pada tahun 2009.

No comments:

Post a Comment