Thursday, October 18, 2012

Di sebalik 'Over My Dead Body'.

Masih lagi kita ingat kata-kata Karpal Singh kepada Negara Islam. 'OVER MY DEAD BODY' jika PAS hendak menubuhkan negara Islam. Itulah ultimatum yang diletakkan oleh DAP dan Karpal sebagai Pengerusinya kepada PAS jika ingin bekerjasama denga mereka.

OVER MY DEAD BODY
Ini petikan dari kata-kata Karpal Singh. Jika mahu wujudkan negara Islam, langkah mayat kami dulu. Mayat siapakah itu? Sudah tentu Karpal Singh dan barua-barua DAP. 

PNS masih tertanya-tanya apakah agama sebenar orang Melayu yang menyokong dan menyertai DAP? Apakah mereka masih Islam atau kelabu pegangan agama mereka? Adakah mereka bersetuju bersama 'KAMI' seperti yang disebut oleh Karpal tersebut?

Sehingga ke hari ini kita masih belum mendengar apa-apa komen atau statement dari Melayu-Melayu yang berada dalam DAP. Islamkah mereka?

PAS - Parti Islam Se Malaysia sepatutnya dipanggil PIS. Tetapi ini mungkin hikmah Allah SWT yang Parti Islam Se Malaysia tidak disebut dan diringkaskan menjadi PIS. Ianya disebut PAS dan mungkin PAS sebenarnya adalah Parti Agama Se Malaysia .... sebab itu PAS menggunakan slogan PAS 4 All. Semua agama sudah diterima menjadi ahli PAS. Dan yang penting perjuangan PAS sudah tiada lagi agenda Islam. 

Kini ahli PAS sudah menerima pakai OVER MY DEAD BODY. Lihat video ini. 




Seorang pemimpin PAS dengan berani sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh. Karpal Singh (dan ahli DAP) sanggup mati kerana menentang Negara Islam. Dan Pemimpin PAS ini (bagi pihak parti dan penyokong pula) sanggup mati mempertahankan Karpal Singh dan mereka yang sanggup mati menentang Negara Islam.

Apakah maksud semua ini? Secara ringkas bermakna PAS JUGA MENENTANG NEGARA ISLAM!

PNS menyarankan agar PAS dibubar sahaja. Lagipun PAS bukanlah parti Islam, ia hanya Parti Agama Se Malaysia. Eloklah mereka yang sanggup mati mempertahankan Karpal Singh dan DAP memohon menjadi ahli DAP. 

Ataupun lakukan apa yang telah dilaksanakan oleh KeAdilan dan Parti Rakyat Malaysia. Mungkin PAS dan DAP boleh 'merge' menjadi satu parti. Kita boleh namakan PAR atau PAP. Kerana kedua-duanya sudah mempunyai satu matlamat dalam perjuangan iaitu menentang penubuhan NEGARA ISLAM.

Sedarlah wahai penyokong PAS semua ... PAS bukan lagi Parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya ianya memperjuangkan DAP dan PKR ...

Keluarlah beramai-ramai ... 

Sumber : Kedah Times

No comments:

Post a Comment