Sunday, October 21, 2012

Misi Pembangunan Pendidikan Negeri Sembilan

Petang tadi, PNS sempat ke Port Dickson untuk cuci mata dan asah minda. Maklum lah.. pantai Port Dickson tidak pernah mengecewakan untuk mencari kedamaian alam semulajadi.

PNS melalui highway Port Dickson dari Mambau.. Sebenarnya sudah banyak kali PNS mendengar UCSI yang menjadi sebutan pemimpin utama Negeri Sembilan di dalam ucapan-ucapan beliau.

Ternyata apa yang dihasratkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di dalam bidang pendidikan bukan sahaja cakap kosong.

Beliau mengotakan setiap janji dikata.. Setiap perkataan darinya ada maksud.. "Kita tidak akan bercakap sesuatu yang kita tidak mahu berusaha."

Pembangunan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan beliau adalah dari langkah 'Iqra'.. Tanpa 'bacalah..' pastinya kita tidak tahu apa yang mahu kita bangunkan.

Semakin banyak pembangunan pendidikan, semakin dekat hasrat beliau melahirkan cerdik pandai alaf baru.

Petikan di bawah, PNS kongsikan untuk tatapan warga Negeri Sembilan. Inilah dia Kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha membangunkan modal insan ke arah melahirkan sebanyak mungkin Pendeta Za'aba alah baru.

Terima kasih Kerajaan Negeri.





FASA pertama bandar pendidikan perubatan bersepadu di Bandar Springhill, Port Dickson yang dibangunkan Kumpulan UCSI akan siap pada 2012, sekali gus bakal mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan di Asia Tenggara.

Projek bernilai RM850 juta itu akan membabitkan pembinaan Hospital Universiti UCSI yang memuatkan 1,000 katil, Sekolah Antarabangsa UCSI yang menawarkan program International Baccalaureate diiktiraf dunia untuk pelajar berusia tiga hingga 19 tahun, Hotel UCSI bertaraf lima bintang serta sebuah kampus baru Universiti UCSI.

Apabila keseluruhan pembangunannya selesai menjelang 2015, ia bakal menyediakan 2,000 peluang pekerjaan baru kepada penduduk tempatan serta menjana pendapatan kasar bernilai RM1.3 bilion kepada negara menjelang 2020.

Ketua Eksekutif Wakil Hospital Universiti UCSI, Dan Snyder, berkata bandar pendidikan bersepadu itu dibina dengan matlamat menjadikannya sebagai destinasi pelancongan perubatan bertaraf dunia.

Katanya, hospital yang dibina itu akan menyediakan perkhidmatan perubatan bertaraf antarabangsa, termasuk perubatan pencegahan dan kaedah perubatan pemulihan sambil dilengkapkan dengan keadaan yang selesa.

Dengan lokasi premium dan kos yang berkesan, Malaysia sangat sesuai menjadi pusat pelancongan perubatan antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan premium.

Katanya selepas pengumuman laporan kemajuan keenam Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, semalam.


Projek bandar pendidikan perubatan bersepadu Kumpulan UCSI itu diletakkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sektor pendidikan.

Snyder berkata, sebagai hospital pendidikan swasta pertama negara, Kumpulan UCSI akan mengutamakan kemudahan perubatan bertaraf dunia, pakar penjagaan kesihatan antarabangsa serta penyelidikan perubatan terkini.

Hospital Universiti UCSI akan menjadi hospital pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan anti penuaan, esthetik dan perubatan regeneratif.

Ia menyasar untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam penyelidikan bioperubatan yang memberi tumpuan kepada barah, farmaseutikal dan perubatan regeneratif.

Berita disunting daripada Portal Penerangan

No comments:

Post a Comment