Wednesday, October 31, 2012

Negeri Sembilan sokong usaha Kerajaan Pusat pulihkan NFC

Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menyokong usaha kerajaan pusat membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berupaya mengambil-alih projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang beroperasi di Gemas daripada Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).
  
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek NFC yang tergendala disebabkan masalah pengurusan perlu diteruskan kerana projek itu dapat mengurangkan kos mengimport daging.
  
"Usaha untuk memberi peluang kepada mana-mana syarikat untuk mengambil alih projek adalah usaha yang baik dan dalam masa yang sama dapat membayar semula pinjaman yang diberikan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco semalam.
  
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini bahawa kerajaan akan memberi peluang kepada mana-mana syarikat untuk mengambil-alih projek NFC, baru-baru ini.
  
Mohamad berkata kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan projek NFC dan hanya menyewakan tapak untuk projek berkenaan.
    
Katanya NFCorp kini berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 bagi tunggakan bayaran sewa tapak projek sejak setahun lepas.
  
"Kita sudah tulis surat kepada NFCorp kerana sudah setahun tertunggak bayaran sewa tanah yang dipajakkan seluas 607.03 hektar.
  
"Sekiranya pihak NFCorp masih gagal membayar dalam tempoh yang ditetapkan, kita akan batalkan sewa pajakan tapak berkenaan," katanya. - Bernama

p/s : Kita perlukan pemimpin yang ada buah fikiran dan mahukan penyelesaian. Bukan pemimpin yang duk kata itu tak betul, ini tak betul. Cari salah pemimpin itu, carik salah pemimpin ini. Kelak, takut senjata makan tuan saja..

No comments:

Post a Comment