Tuesday, October 4, 2011

SAH chegu bard kaki fitnah !!


Bila DS Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ni sahkan kewujudan cincin bernilai RM 24 juta yang dikatakan dibeli oleh isteri Perdana Menteri.., ini membuktikan dakwaan puak-puak Pakatan memang betul. Cuma yang tak betulnya ialah cincin tu dibeli dan dimiliki oleh DS Rosmah Mansur.

Memang cincin jutaan ringgit tu dibawa masuk ke Malaysia, tapi cuma untuk pameran barangan kemas di ibu negara. Susah sangat ke puak-puak Pakatan nak faham dengan kenyataan tu? Ataupun mereka tu adalah terdiri dari jenis bebal dan suka buat fitnah terhadap orang lain?
Dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

“Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

“Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan,” katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’.
Dengan penjelasan dari pihak Kastam dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri tu, jelaslah kepada kita bahawa puak-puak Pakatan tu semua sebenarnya bukan ada kerja lain. Asyik nak menipu rakyat saja kerja mereka semua.

Apa halnya dikaitkan cincin tu masuk ke Malaysia dengan cincin tu dibeli oleh DS Rosmah? Takkan semua benda yang masuk ke negara ni dibeli oleh isteri Perdana Menteri? Kalau macam tu.., patutnya puak-puak Pakatan kena kata kapal selam Scorpene dan juga segala pelaburan yang masuk ke Malaysia adalah milik DS Rosmah juga lah..

Macam tu juga halnya dengan semua pelancong asing dan pekerja-pekerja luar yang masuk ke dalam negara.. Semuanya dah “dibeli” oleh isteri Perdana Menteri.

Dan semua pemimpin-pemimpin negara luar yang masuk ke Malaysia setakat hari ni pun adalah hasil
 “pembelian” dari DS Rosmah juga. Mungkin yang inilah nak dimaksudkan oleh Chegu Bard dan kawan-kawan Pakatan dia bahawa DS Rosmah adalah orang yang paling berkuasa dalam negara.

Kenapalah teruk sangat mentaliti dan pemikiran puak-puak pengikut Anwar Ibrahim tu agaknya? Dan pengikut-pengikut Pakatan pun jadi bodoh juga kerana percaya bulat-bulat semua pembohongan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin atasan mereka.

Semua benda nak dijadikan isu.., dan semua perkara nak di putarbelitkan untuk memburuk-burukkan kerajaan. Hal kebajikan rakyat langsung mereka tak hiraukan sebab asyik berpolitik saja 24 jam. Samalah macam Anwar yang langsung tak pedulikan kawasan Parlimen dia sendiri.

Kalau setakat nama tercatat dalam borang penerimaan Kastam, itu bukan bermakna ia dibeli oleh DS Rosmah. Itu pun Chegu Bard tak boleh nak fikir ke? Macam mana nak jadi pemimpin politik kalau perkara semudah tu pun chegu bard tak mampu nak faham?

Dengan permainan politik tak cukup cerdik macam ni, patutlah Chegu Bard tu asyik kalah je pada Samsul Iskandar @ Sam ketot didalam pemilihan parti PKR. Sekurang-kurangnya, Samsul Iskandar tu cerdik sikit dari chegu bard dalam hal-hal buat fitnah ni..

No comments:

Post a Comment