Wednesday, October 12, 2011

Pemuda UMNO desak kerajaan siasat Proton - ketua Dah lama tahu dia ni kepala pembangkang

Lama dah dengar vdia ni kepala pembangkang , mcm mana boleh ada dalam Proton?

Pemuda UMNO mendesak kerajaan melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan Proton berhubung dakwaan wujud aktiviti politik ditunjangi pengurusan kanan syarikat itu dengan beberapa pemimpin pembangkang.

Pengerusi Sekretariat Pekerja Mudanya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tindakan tegas itu penting bagi membolehkan syarikat automotif utama negara tersebut 'dibersihkan' daripada kumpulan perosak yang hanya mahu menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Siasatan penuh perlu dilakukan dengan segera dan jika dakwaan itu benar maka, Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir perlu bertanggungjawab.

"Kerajaan juga pada masa sama harus melihat dan meneliti semula bagaimana individu-individu yang tidak bertanggungjawab seperti ini boleh diberi jawatan dan amanah yang cukup besar untuk menguruskan Proton," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sebuah blog, ruangbicarafaisal. blogspot.com hari ini yang mendakwa penceramah Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyusup masuk dan mengadakan sesi ceramah politik sejak dua tahun lalu hasil anjuran pengurusan kanan Proton.

Dakwa blog itu, bagi menjayakan tindakan itu, semua pemimpin pembangkang berkenaan menukar status kerjaya mereka kepada pendakwah bebas dan penceramah motivasi bertujuan mengelirukan kakitangan Proton.

Mengulas lanjut, Nazir Hussin berkata, individu yang gagal melaksanakan amanah setelah diberi kepercayaan untuk mengurus syarikat milik kerajaan (GLC) perlu dihukum demi menjaga nama baik dan produktiviti negara.

Dalam pada itu, beliau juga mahu siasatan penuh dilakukan mengenai dakwaan seorang pengurus besar di syarikat tersebut yang didakwa mencabul kehormatan seorang kakitangan Proton baru-baru ini.

"Saya dimaklumkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 29 Jun lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Semua masalah ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana ia mencemarkan imej Proton," tegasnya.

5 comments:

  1. Tidak tumbuh, tidak melata.
    Tidak sunggoh orang tak kata!
    Tolong siasat siapa itu Adnan Jamburi Dan Noorhalim Sirome di Proton.
    Apakah peranan mereka dengan Pakatan Haram?

    Paksi mana Syed Zainal di Masjid Al-Falak USJ? Banyak orang Pakatan dalam Proton...

    ReplyDelete
  2. Biarpun die seorang penyokong pembangkang..
    Kenapa nak tendang die keluar..
    Kan Allah swt Izinkan dia memajukan proton dan dah terbukti pun..
    jangan terlalu berhati busuk..malu kat orang..

    ReplyDelete
  3. segala kemudahan sapu dari k,jaan...tapi sokong pembangkang...adil ke tu....tgn yg bagi makan di gigit....?????sekolah mana hang belajar????nak bangkang pegi cari makan dgn pembangkang...jgn jadi pengkhianat....k,jaan kena siasat...ada bukti..jgn tunggu lagi ...ambil tindakan....ini lah namanya duri dalam daging.......tidak ada mana2 k,jaan dalam dunia yg setuju kalau perkara ni berlaku.......

    ReplyDelete
  4. banyak lagi MUSANG BERBULU AYAM dalam kerajaan..

    cuma pihak kerajaan jer yang BUTA tak celik2 atau

    buat2 buta sebab jawatan yang MUSANG2 ni pegang

    semua jawatan2 utama dalam kerajaan!!!..SIASAT

    sebelum bertambah PARAH....

    ReplyDelete
  5. mulakan dari sekarang..sapu bersih kesemuanya..bertindak terhadap ketuanya dulu..kepala inilah puncanya

    ReplyDelete