Monday, October 24, 2011

Apa yang pelik dengan jambatan berkembar ini. KLCC juga ada menara berkembar.


Semalam saya terbaca sebuah tulisan dari seorang Sedarian , sdr Maarof Kassim I guest, malas nak baca  profil tentang dirinya , bukan apa hanya kerana rasa tidak berapa penting sangat nak tahu pasal sdr Maarof ini. Cuma terpanggil sebab rasa geli dengan tulisan beliau seolah olah hanya pandai mancari kesilapan dalam arca kehidupan ini. jika tidak ada apa yang mahu ditulis adalah lebih baik jangan tulis apa apa , orang pun tak meluat membacanya.


Katanya dalam blog Once a Sedarian :  "Tetapi di satu kampung di Negeri Sembilan terdapat dua jambatan yang pelik juga. Pelik kerana mereka terletak bersebelahan dengan jarak pemisah 10 meter sahaja. Cuma mereka berbeza struktur. Yang satu ialah jambatan gantung yang hanya boleh digunakan oleh pejalan kaki, basikal dan motosikal. Yang satu lagi pula jambatan biasa, cuma yang ini ketinggian kenderaan dihadkan kepada 3 meter dan berat kenderaan dan muatan kepada 3 ton.."

Pelik juga apabila membaca tulisan nya dan boleh kita buat  kesimpulan dia tidak tahu apa yang dia sendiri tulis.satu jambatan tidak boleh dilalui oleh kereta , hanya boleh dilalui oleh  pejalan kaki  dan motosikal dan yang satu lagi boleh dilalui oleh kereta dan pejalan kaki serta motorsikal. apa yang peliknya walaupun berdekatan, sudah tentu yang jambatan gantung itu dibina dahulu kerana budget pada ketika itu adalah untuk membina jambatan gantung saja. Apabila  budget mencukupi untuk upgrade , sebiji jambatan yang serbaguna dibina untuk laluan kereta.

Jambatan gantung itu  baik lagi dan masih boleh diguna lagi cuma kereta sahaja yang tidak boleh lalu. Dari diroboh elok dibiarkan saja jambatan itu terus disitu kerana ianya tidak menganggu sesiapa dan tidak membahayakan juga Yang tidak senang hati dengan wujudnya jambatan ini mungkin En Maarof saja. Orang kampung tidak ada masalah.

Itulah susah dengan masyarakat kita bila kerajaan cuba memberikan kemudahan dan keselesaan untuk rakyat , ada saja yang tidak kena . Apa yang pelik sangat dengan jambatan ini. KLCC pun ada  menaranya berkembar.

1 comment:

  1. kat kampong aku pun sama..
    jambatan gantung di dibina dalam tahun 70an...masih elok.
    kami selalu guna jambatan tersebut walaupun dah ada jambatan baru yg lebar dan cantik.
    malam2 ramai lepak atas jambatan gantung sambil memancing.
    sekurangnya bolih juga anak2 cucu tahu itulah jambatan yg digunakan berpuloh tahun dulu.
    satu nostalgia.
    satu peninggalan warisan untuk anak cucu kami
    jambatan tersebut tak menyusahkan sesiapa.

    ReplyDelete