Sunday, October 2, 2011

Lopeh satu, satu merapunyo puak pakatan haram ni lah... Tengok apo ni!


SATU, satu. Tak habis-habis dengan momokan isu yang dibawa oleh beberapa pemimpin kanan pakatan pembangkang dalam beberapa minggu ini.

Setelah rakyat dikejutkan dengan gelagat lucu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengherokan komunis dan kerenah wakil rakyat DAP, Manoharan mahu menukar Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa, muncul pula temberang Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng mengadu-domba mengklasifikasikan Johor negeri yang tidak selamat bagi pelabur asing.

Sudah mengeluarkan kenyataan kepada media asing di Singapura kemungkinan rakyat Singapura boleh diculik jika berurusan di Johor, kemudian tidak mahu mengaku pula. Alahai!

Meskipun Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff memaklumkan bahawa trend penurunan indeks jenayah yang dicatatkan di Johor jelas membuktikan keadaan keselamatan di negeri itu terjamin bukan sahaja untuk rakyat Johor tetapi rakyat asing, Setiausaha Agung DAP itu tetap merasakan dirinya sahaja yang betul. 

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri terkejut dengan kenyataan Guan Eng ini. Setelah ‘lari’ dari kota Melaka, mencari tapak politik di Pulau Pinang sehingga diterima oleh masyarakat Cina di sana, dia semakin celupar pula memburuk-burukkan negeri lain.

Johor, kata Abdul Ghani, antara negeri yang berjaya menarik pelabur asing pada paras tertinggi di Malaysia. Katanya, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke Iskandar Malaysia sahaja mencapai RM76 bilion dan dijangka meningkat pada tahun mendatang. Jika dibandingkan dengan Johor, Pulau Pinang jauh ketinggalan.

Realitinya, jenayah adalah isu sejagat. Di mana-mana negara di dunia pun, pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Oleh demikianlah saudara Guan Eng, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan jenayah sebagai salah satu daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). 

Kajian dan analisis Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan beberapa fakta utama tentang jenayah jalanan iaitu empat negeri mewakili lebih 70 peratus daripada kes jenayah jalanan. Keempat-empatnya ialah Kuala Lumpur, Johor, Selangor serta Pulau Pinang, negeri yang diketuai Guan Eng. 

Lebih kurang 30 peratus daripada kesemua jenayah jalanan adalah curi ragut. Dadah pula memainkan peranan utama. Hampir 50 peratus daripada mereka yang ditahan untuk curi ragut merupakan penagih dadah tegar. 

Justeru pada Ogos 2009, PDRM melancarkan usaha komprehensif mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang Disember 2010. Ia tertumpu kepada empat negeri tersebut. 

Berbalik kepada Guan Eng, sepatutnya dia mengambil contoh sikap pemimpin Barisan Nasional yang diketuai Perdana Menteri. Apabila berkunjung ke luar negara mencari pelaburan dan peluang pekerjaan, tidak pernah mereka memburukkan negeri yang dipimpin oleh pembangkang. 

Namun Guan Eng dan ‘sifu‘nya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada sikap ini. Kedua-duanya memburukkan tanah air sendiri. Gelagat Guan Eng menyelar Johor juga dikaitkan beberapa pihak sebagai cubaan meniru (echo) kenyataan-kenyataan yang pernah disuarakan oleh bekas Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew. 

Siapa yang akan lupa apabila Kuan Yew mengeluarkan kenyataan bahawa adalah penting bagi Singapura, sebagai negara majoriti rakyatnya berketurunan Cina, untuk berdepan dengan negara-negara yang lebih besar yang majoriti rakyatnya beragama Islam. 

Siapa juga ‘bisa’ lupa apabila Kuan Yew terus dengan gelagatnya mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia dan Indonesia, mempunyai masalah dengan penduduk keturunan Cina mereka. Orang Cina Malaysia dan Indonesia, kata Kuan Yew berjaya dan mereka bekerja kuat dan sebab itu dipinggirkan secara sistematik.

Memegang kata-kata Najib: “Jenayah berlaku apabila ada peluang dan kita percaya dengan mengurangkan peluang, maka kadar jenayah akan dapat dikurangkan.”

Guan Eng janganlah anda cuba sabotaj Johor. Dikhuatiri, ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam ada pula musuh di kalangan kita!


No comments:

Post a Comment