Tuesday, October 18, 2011

From Sogo With Love : Part I – Rakyat mulai kenal yang mana kaca dan yang mana permata !


(Caption Gambar : sakit hati terhadap kejayaan MB, inilah perangai jahat penyokong pembangkang )

Pemimpin dan penyokong pembangkang di Negeri Sembilan  kini sudah mula merasa cemas apabila melihat sambutan rakyat  khususnya di kawasan Paroi Sikamat dan Ampangan yang kini sudah mula berpihak kepada kepada kerajaan keseluruhannya. Mungkin rakyat  sudah mulai menyedari pilihan yang mereka lakukan pada PRU 12 dahulu adalah pilihan yang salah dan tidak tepat.

Ini dapat kita rasakan apabila sambutan yang diberikan kepada setiap program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional di dua tempat ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Khususnya  program Roadshow hari raya yang mendapat sambutan yang begitu ramai dari penduduk DUN Paroi dan Ampangan.

Lawatan kerja sehari Tim Perdana Menteri ke Negeri Sembilan baru baru ini pula memberikan kesan yang besar kepada mereka dan sambutan rakyat di kedua tempat ini amat menggalakkan . Pada  majlis makan malam Perdana yang di adakan di sekitar Dun Paroi mendapat sambutan yang begitu meriah sekali di mana lebih dari 15 ribu orang telah menyambut ketibaan Tim Perdana Menteri bersama Menteri Besar Negeri Sembilan.

Rakyat sudah sedar dan merasa tertipu bila  mereka memberikan peluang kepada pembangkang untuk mewakili mereka di DUN  Ampangan dan Paroi, mereka kini sedar bahawa hanya Barisan Nasional sahaja yang boleh menjaga kebajikan dan  membangunkan kawasan mereka.

sSemua janji janji pembangkang pada PRU12 yang lalu hanya permainan politik untuk meraih dan menagih undi sahaja. Rakyat sudah mula meluat dengan cara mereka yang hanya sibuk berparti dengan mengutuk dan mencari kesalahan kerajaan sahaja sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa apa untuk rakyat malahan jika apa yang  kerajaan lakukan untuk rakyat di kawasan mereka akan mereka perakui kononnya itu adalah usaha dan desakan dari mereka
.
Ramai yang tidak menafikan bahawa Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah berkerja dengan begitu kuat sekali untuk melihat rakyat hidup senang dan berkebajikan. Beliau juga telah merancang dengan teliti pembangunan dan infrastruktur dari segi pendidikan ,kesihatan , sukan, agama  dan lain lain   di Negeri Sembilan untuk melihat rakyat selesa dan menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Menteri Besar telah melakukan yang terbaik sepanjang pemerintahan  BN  dan banyak banyak pembangunan yang telah dinikmati oleh rakyat. Banyak lagi yang dirancang secara menyeluruh turut dirasakan oleh rakyat secara realiti dan bukan hanya omong omongan kosong belaka.
bersambung…
Dipetik dari : www.N9kini.net

No comments:

Post a Comment