Friday, September 14, 2012

"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR.." Huh..


Di Melaka kita dikejutkan dengan tindakan ganas pengawal peribadi Anwar Ibrahim yang mengacukan pistol kepada orang ramai yang tidak bersenjata.

Semalam di Ampang Anwar Ibrahim pula mengumumkan tindakan samseng yang akan beliau lakukan pada hari pembuangan undi PRU 13 kelak.

Dipetik dari antarapos.com
AMPANG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menaburkan janji-janji 'bulan dan bintang' semasa ceramah beliau di Ampang malam tadi, suatu tindakan yang boleh dilihat sebagai membuai mimpi kepada rakyat di negara ini.

Beliau yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


"(Setelah) 24 jam ambil alih, kita akan lakukan, harga minyak seluruh negara diturunkan. Media bebas untuk tanya kepada sesiapa, (lebih-lebih lagi) Ketua Pembangkang (ketika itu) Datuk Seri Najib.


"Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti."


Selain daripada itu beliau turut membayangkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri negara turut berimaginasi untuk menggunakan kuasa diktator untuk mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengumumkan 'kejayaan' beliau menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.


"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," tambahnya.


Bagaimanapun beliau enggan mengulas ketika diaju pemberita mengenai isu tidak mengangkat tangan ketika bacaan Rukun Negara pada malam ambang kemerdekaan anjuran negeri Selangor baru-baru ini.
Belum berkuasa lagi dia dah tunjuk ciri-ciri seorang diktator, bayangkan jika dia berkuasa kelak ?

1 comment:

  1. ini mesti agenda nak tabur duit not lama RM500 dan RM1000 yg di mansuhkan Tun Dr Mahadhtir pada pengundi PRU 13,agaknya.Kemudian,di umumkan nilai boleh di dagangkan apabila beliau menjadi PM malaysia selepas PRU 13.Andaikata semua not itu masih ada di tangannya nilai berpuluh billion dan berjaya di bawa masuk ke malaysia.Maka agenda putar belitnya menipu rakyat akan berterusan sehingga PRU 13.Apa akan jadi,pada nilai ekonomi semasa negara,apabila lambakan wang kertas tak brnilai di tukar kpd boleh di niagakan?Ini cuma teori shj.tetapi dari segi manipulasi pemikiran rakyat yg hanya fikirkan wang,ia di kira berjaya.

    ReplyDelete