Tuesday, September 25, 2012

[PODAHHHHHHHH] Anwar Nafi Bayar Sewa Jet Peribadi


KUALA LUMPUR, 25 Sept. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui jet eksekutif yang dinaikinya bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang sebagaimana tersebar di internet ditaja oleh seorang ‘'rakan'’.
 
Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet eksekutif berkenaan, Anwar berkata, beliau telah dihubungi ‘kenalannya’ itu bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Sabah sebelum menuju ke Sarawak.
 
"Saya tidak mahu dedahkan siapa individu tersebut tetapi semua pihak boleh periksa pemilik jet itu dengan Jabatan Penerbangan Awam ( DCA). Jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.
 
Anwar juga turut berkata beliau hanya bersetuju dengan tajaan jet peribadi itu setalh rakannnya itu tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan kerajaan negeri Selangor.
 
Sebelum itu beberapa blog pro kerajaan seperti http://mediawangsamaju.blogspot.com, kedah69ers.com mendedahkan gambar-gambar yang diambil dari laman twitter Naib Presiden PKR, Tian Chua memaparkan Ketua Pembangkang itu bersama pemimpin Pakatan Rakyat.
 
Blog-blog tersebut mahu Anwar memberi penjelasan mengenai gambar-gambar yang dimuat naik dari laman twitter ahli Parlimen Batu tersebut.

No comments:

Post a Comment