Tuesday, September 11, 2012

Pas: 'Syaitan dikenali menangis’???

pas
Keratan akhar Sinar Harian semalam yang membawa berita 'Nasha kekal ahli Pas, Majlis Syura tidak bincang'


SHAH ALAM - Pas menegaskan bahawa langkah Majlis Syura kelmarin, yang tidak membincangkan soal kedudukan bekas Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa, menyebabkan "syaitan yang dikenali menangis manakala para malaikat yang tidak dikenali insya-Allah akan gembira."

Dengan merujuk kepada keputusan Majlis Syura, yang menjadi tumpuan banyak pihak sama ada akan bertindak ke atas Nasharudin ataupun sebaliknya, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan diambil oleh kepimpinan parti itu mengecewakan musuh.

"Kebijaksanaan dalam mengurus perangkap yang dipasang oleh musuh, menyebabkan keputusan yang diambil oleh kepimpinan benar-benar mengecewakan musuh," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tengah malam kelmarin, Sinar Harian Online membawa laporan Majlis Syura Pas, yang menjadi tumpuan banyak pihak - dari dalam dan luar parti itu sejak sebulan lalu, tidak membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Sehubungan itu, Nasharudin yang turut menghadiri mesyuarat malam kelmarin, yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura.

"Perbincangan kali ini (malam ini) hanya mesyuarat bulanan seperti biasa. Dan perbincangan kami menjurus kepada calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)," ujar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media.

Jelas beliau, oleh kerana tiada sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan kedudukan Nasharudin, maka tiada keperluan bagi Majlis Syura untuk membincangkannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mengadakan mesyuarat pagi kelmarin menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharudin.

Sehubungan itu Abdul Hadi juga berkata, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Pas dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

Tuan Ibrahim berakata, pelbagai isu yang sengaja diperbesar dan dibentuk pemikiran rakyat oleh media perdana untuk memerangkap ahli dan pimpinan berhubung pelbagai isu sama ada dalaman Pas atau Pakatan Rakyat.

"Mereka gila mengimpikan Pakatan Rakyat berpecah atau dalaman parti bergolak.

"Bagi sesebuah parti di ambang ajal, tiada yang lebih menyeronokkan baginya melainkan musuh mereka berpecah," kata beliau.

Dengan objektif sedemikian, Tuan Ibrahim yang juga  Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, mereka memasang pelbagai strategi bagi memerangkap ahli dan pimpinan agar memasuki jerat yang mereka sengaja pasangkan.

"Alhamdulillah, Pas dengan pengalaman lama dalam politik negara berjaya mengenali mana perangkap yang dipasang itu," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, beliau seterusnya berkata, "masa yang ada pada kita sedikit berbanding apa yang perlu kita lakukan."

"Kerana itu, jangan habis masa, tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi isu yang esngaja dilontar oleh musuh, kerana mereksangat tidak senang dengan perkembangan dan sokongan rakyat kepada kita kini.

"Mereka memang dilatih untuk kerja jahat ini, dan janganlah keikhlasan kita menyebabkagal mengenali mana sahabat dan mana musuh," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment