Thursday, August 18, 2011

Undi pos: Empat bekas askar dipergunakan untuk khianat negara, kata Panglima ATM


Kepincangan sistem pilihan raya terus dibangkitkan oleh blog-blog pembangkang dengan mendedahkan empat bekas anggota tentera dengan membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan, semalam.



Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, proses undi pos tentera adalah bersih, telus dan profesional tanpa sebarang campur tangan oleh semua peringkat kepimpinan angkatan bersenjata itu.

Justeru, beliau menyangkal berlakunya penyelewengan undi pos seperti yang didakwa empat bekas anggotanya semalam.

Beliau yakin keempat-empat bekas anggota ATM itu telah dipergunakan pihak tertentu untuk membuat kenyataan sedemikian demi kepentingan politik mereka.

Namun, beliau menyifatkan tindakan bekas anggota ATM itu sebagai satu pengkhianatan kepada kerajaan dan ATM.

"Saya kesal dengan pihak tertentu yang sengaja memanipulasikan bekas anggota ATM itu untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Zulkifeli mengulas dakwaan empat bekas anggota ATM itu pada sidang media anjuran PAS semalam bahawa mereka kononnya diarahkan pegawai pemerintah untuk menanda ribuan kertas undi pos.

Beliau menegaskan bahawa sistem undi pos tentera adalah berteraskan kepada prosedur yang diamalkan sejak Pilihan Raya Umum pertama dan selaras dengan prosedur yang dipraktikkan negara-negara demokrasi.

Sumber: Bernama

Saksikan Sidang Video ini:



2 comments:

  1. Muka muka ni yang berbaris awal awal pagi ambil bonus dan ambil duit pencen di mesin ATM setiap bulan.

    ReplyDelete
  2. mereka ini yang tak amanah,mereka malas nak masuk hutan jadi mereka pangkah sampai lenguh tangan.

    ReplyDelete