Tuesday, August 16, 2011

Siapa sebenarnya yang tekan Koh Tsu Koon ?

Panas  berapi betul cerita  Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon ini kebelakangan ini sehingga  terpampang luas  di dada akhbar dan juga  blog blog pro UMNO. Mungkin besar sangat dosa Koh Tsu Koon sehingga  dia diaibkan dan nampak cara ada tangan tangan yang diatas  juga yang memainkan peranan mencurahkan minyak petrol untuk menyemarakkan api yang sedang dibakar.

Apa juga yang sedang berlaku penulis rasakan ianya agak terlambati  sedikit tekanan yang dilakukan kepada Tsu Khoon yang mana  ianya sepatut dilakukan lebih awal lagi. Di Pulau Pinang nampaknya hanya UMNO sahaja yang cuba merampas kembali Pulau Pinang sedangkan Tsu Khoon masih merasakan bahawa dirinya masih stabil atas tiket Presiden Gerakan dan mempunyai tempat di Putrajaya. 

Banyak bola tanggung yang diberikan oleh DAP Pulau Pinang  dibiarkan begitu sahaja oleh Gerakan dan gerakan seolah olah tidak wujud lagi . Terus terang apa yang boleh kita katakan DAP akan terus berkuasa pada PRU13 ini di Pulau Pinang dan jika inilah cara Gerakan bekerja dan cara Koh tsu koon bertindak yang kini menjadi ulat di mata bukan sahaja rakyat Pulau Pinang tetapi ahli Gerakan sendiri. Kita  ikuti apakah kesudahan tekanan ini. sila baca ini.



1 comment: