Tuesday, August 9, 2011

ISU PUJUKAN GEREJA: Jawapan MAINS terhadap Nur yang menerima bantuan dari Gereja.

KENYATAAN AKHBAR
Oleh:
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ( MAINS )

Laporan dirujuk:
Laporan Muka Hadapan Berita Minggu ( m/s 6 )
Bertarikh 7 Ogos 2011 ( Ahad )
dan
Laporan Harian Metro ( m/s 14 )
Bertarih 7 Ogos 2011 ( Ahad )

1. Pihak MAINS merakam rasa kesal dan amat dukacita diatas penyiaran berita yang tidak tepat, mengelirukan dan menemubual prasangka negatif masyarakat terhadap institusi pengurusan zakat di N.Sembilan dan di Malaysia amnya.

2. Setelah siasatan dijalankan, pihak MAINS mendapati status Puan Nur sebagai ibu tunggal adalah tidak benar. Beliau mempunyai 4 orang anak dan suami yang bekerja tetap dengan gaji berjumlah RM 1,300 sebulan.

3. Beliau dan suami pernah dibantu beberapa kali oleh Baitulmal N.Sembilan sejak 2006 sehingga kini. Tidak kurang dari 10,960.00 pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai dan barangan makanan di salurkan.

4. Beliau juga mendapat bantuan kanak-kanak (bulanan) sebanyak RM400.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan sejak Januari 2011 dan suanminya turut bertanggungjawab menguruskan keprluan dan persekolahan anak-anak mereka.

5. Pihak pengurusan MAINS sejak dari awal 2011 telah menasihatkan beliau agar tidak menerima bantuan gereja dan beliau insaf serta berjanji tidak akan menerima bantuan dari pihak berkenaan lagi.

6. Siasatan juga mendapati selama ini bantuan berkenaan di beri atas dasar persahabatan beliau dengan rakan lama persekolahan yang bertugas di gereja berkenaan. Tiada bahan bacaan atau barang berkaitan agama Kristian yang di bekalkan kepada beliau atau suaminya untuk menukar agama atau murtad.

7. MAINS juga mendapati Baitulmal N.Sembilan telah melayan semua permohonan dan menyalurkan bantuan kepada beliau secara profesional dan tidak timbul isu mencemuh, menghalau atau memarahi beliau secara keterlaluan. Baitulmal N.Sembilan melaksanakan inisiatif Indeks Kepuasan Pelanggan dan semua kaunter Baitulmal dirakam oleh kamera litar tertutup bagi memastikan tiada pelanggan yang tidak di layan dengan sewajarnya.

8. Pihak MAINS berharap isu ini tidak dipanjangkan dan dipolemikkan sehingga menimbulkan ketegangan agama di kalangan masyarakat N.Sembilan dan Malaysia amnya.

Sekian.

Kamal Amran b. Kamarudin
Setiausaha, Majlis Agama Islam N.Sembilan
9 Ogos 2011 / 9 Ramadhan 1432

26 comments:

  1. Tahniah atas penjelasan MAINS dlm isu ini...saya yakin dan percaya pengurusan MAINS telah melaksanakan tggjwb yg sewajarnya...sebaliknya isu ini diputarbelitkan oleh pihak yg tidak bertggjwb...

    ReplyDelete
  2. Walau macam mana pun... harap kerajaan sentiasa memantau dan memastikan segala bantuan sampai ke tangan orang yang berhak... pastikan tidak berlaku penyelewengan, pilih kasih, kerenah birokrasi yang keterlaluan atau apa apa hal yang tidak perlu yang boleh menghalang bantuan sampai kepada orang yang memerlukan. Peristiwa ini adalah pengajaran dari Allah untuk menginsafkan kita semua. wassalam

    ReplyDelete
  3. Saya yakin dengan kenyataan yang di keluarkan MAINS.

    ReplyDelete
  4. Yang dah terima bantuan patut bersyukur. Kalau tamak juga, memang tak boleh buat apa la. Sendiri punya penyakit.

    Pihak yang berkuasa pula kena tingkatkan lagi kesungguhan/keberkesanan menjalankan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. Assalamu alaikum, memang ada segelintir orang Islam yang suka memfitnah demi untuk mendapat keuntungan wang ringgit. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memaafkan dosa mereka dan memberi mereka hidayah untuk berubah ke arah kebaikan. Syabas MAINS, teruskan usaha anda. Semoga Allah memberi ganjara dunia dan akhirat kepada kakitangan MAINS.

    ReplyDelete
  6. Tak guna tolong orang yg tak beriman macam ni. Tak tahu bersyukur dan berterima kasih. Rezeki sikit tapi kalau berkat, memang cukup. Kalau dah menipu, semua tempat nak cekau duit, memang tak selamat dan hidup pun banyak masalah.

    Orang kampung2 aku tengok lagi miskin...jual sayur, tangkap ikan, jual siput dll tapi cukup semua. Takde pun mereka jual ugama. Biar miskin harta tapi kaya iman. Yang 12 orang tu pun tak payah tolong, buat penat JAIS je. Suruh datang pun tak mahu....gamaknya dah sedap kena bantu.

    ReplyDelete
  7. Tahniah MAINS atas kejayaan menangani isu ini.

    ReplyDelete
  8. saya mencadangkan MAISN buat kerjasama dgn PNB yg menguruskan ASB... bantuan ini diberi dalam bentuk saham ASB atas nama MAINS sebagai pelaburnya, dan dividen diberi kpd penerima2 dgn jumlah perlaburan maksima, iaitu 250k bagi setiap org...so dividennya akan besar la...dan pokoknya tidak hilang..., untuk mendapatkan dividen ini pula...penerima perlu menyediakan proposal untuk ikhtiar hidup dgn duit dividen itu sebagai modal...soal menjadi atau tidak proposal itu terserahlah...mudah2an akan ada 1 yg berjaya drp 10 penerima bermakna 10% berjaya...

    pakya

    ReplyDelete
  9. I like point no. 1 tu. Bukan ke media mmg selalu mcm tu.. nak tergelak pun ada jugak.. ibarat senjata makan tuan. anyway, to MANIS, keep up with the good job.

    ReplyDelete
  10. apa lagi yang dia nak..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih MAIN DI ATAS PENJELASAN..wah hebat sungguh dia ni..tak tau bersyukur ke dengan bantuan yang sedia ada..berilah peluang kepada mereka yang lebeh memerlukan...SEMUA BANTUAN DIA NAK SAPU..

    ReplyDelete
  12. memang kencing lah surat khabar tu yek .so mari boikot harian metro!

    ReplyDelete
  13. SEBAGAI SEORANG ISLAM...SAYA BERASA SUNGGUH TERPANGGIL UTK MEMBUAT KENYATAAN INI...
    INI LAH AKIBATNYA JIKA KITA UMAT ISLAM TERLALU MENGHARAPKAN BANTUAN SERTA MUNGKIN SAUDARA TERDEKAT TAK AMBIL KISAH PADA IBU TUNGGAL NI...TAPI SAYA LEBIH KUAT MERASAKAN SIKAP ORG YG MENERIMA BANTUAN JUGA HARUS BERUBAH...SEGELINTIR TU BILA DAH DPT BANTUAN MASIH TAK PUAS HATI...SEGELINTIR TU KURANG ARIF TENTANG CARA2 PENGURUSAN KEWANGAN ...YANG MENYEBABKAN MEREKA TERUS MENERUS MENJADI MISKIN TEGAR....WALLAHUALAM

    ReplyDelete
  14. Berita Harian & Harian Metro memang tidak dinafikan kebolehan mereka membesarkan isu yang kecil dan memutarbelitkan isu. Syarikat Jualan Langsung saya beberapa kali menjadi Mangsa.. Pembalasan Allah adalah benar dan kita mesti yakin.. Saya percaya Pegawai DI MAINS buat kerja dengan beretika dan IKHLAS.. Cuma akhbar2 arus perdana lebih mementingkan keuntungan dengan berita sensasi daripda sensitiviti masyarakat.. Moga ALLAH memberi keampunan kepada mereka dan terbuka hati ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
  15. Tahniah...sy percaya dgn MAINS. Sebab zaman sekarang ni ramai org suka menipu bila nak minta bantuan. Sedangkan itu duit org Islam, tak boleh salur sesuka hati tanpa siasatan dan kebenaran. Teringat semasa bertugas di Lembaga Zakat Selangor. waktu tu isu suami kata zakat mungkir janji nak bantu isteri kena sakit kanser. masuk surat khabar jugak. alih alih memang zakat salur bantuan pd isteri tapi takle bagi duit rm20k secara tunai kat suami. khuatirlah kalau bg cash nanti guna pd saluran yg salah. jd zakat sgor waktu tu byr pd hospital berdasarkan bil. tp peruntukan adalah rm20k. Surat khabar sy nasihat hati2 terima kenyataan...khuatir terfitnah institusi Islam.

    ReplyDelete
  16. MAINS kena tegakkan kebenaran di media cetak baru semua org tau..katakan itu kenyataan palsu..

    ReplyDelete
  17. Sama2 berganding bahu memantau isu pemberian bantuan ini.ada orang yang tidak layak menerima pun turut dapat sama

    ReplyDelete
  18. x bleh nak salahkan Nur & keluarganya 100%....lain yg di cerita, lain pulak yg di belit dlm paper....

    ReplyDelete
  19. rasanya sama mcm mains gak, lapuran yang diberi oleh pengadu dipakai sebagai rujukan. jgn lah kita menyalahkan pihak media sebab mereka pun dapat cerita terus dari pengadu. jadi disini kami lapurkan saja, kalau pengadu ni bohong jadi mcm ni lah sebab masa dia menceritakan masalah kemiskinan siap menunjukkan lapuran doktor ttg rawatan dia dan anak anaknya,mmg nampak susah. lapuran tu bukan lah rekaan atas sebab tertentu dan rasanya bukan juga nak menimbulkan sensitiviti apa apa isu.. harap kalian faham.kalau betul cerita ni tak benar mari lah sesama kita kerumah orang tu dan tanya depan depan... rasa nya tak jadi masalah dari kita jadi syak wasangka sesama kita.

    ReplyDelete
  20. Allah swt Maha Mengetahui !

    ReplyDelete
  21. DIHARAP PEMBERIAN HARUS LEBIH TELUS.PIHAK YG BERWAJIB MESTI BUAT SEMAKAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN UTK MEMASTIKAN ORG YG BETUL2 LAYAK MENERIMA BANTUAN.

    ReplyDelete
  22. mcmnielh org yg xtau lh jgn komen....takut kerana lidah kt masuk neraka.....jugak xterucap mohon maaf nanti.....bala jugak yg menimpa....

    ReplyDelete
  23. Tahniah atas penjelasan walapun secara ikhlas seperti melepaskan tangan dgn menyiarkan kepincangan dalam sistem pihak lain yg terus membantu sekiranya kalau masih tidak lagi layak/releven...Walaumacamanapun masih terlalu ramai orang kita yang perit dan susah sepertimana kita tgk bersamamu dan mereka disekeliling kita, terimalah hakikat ini. kalau benar kisah wanita ini maka beliau adalah satu peringatan yang sering dipersembahkan kepada kita utk sedarkan kita kerana yang sebenar benarnya juga orang kita paling banyak meminjam dengan Along antara majoriti yang berminoriti kewangan dan hartanah terendah dan teruk di negara ini.

    ReplyDelete
  24. Orang yang menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan Allah, orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain dia akan sentiasa mendapat kemuliaan Allah...nasihat dari luqman al haqim...

    ReplyDelete
  25. saya pun x fahamlah ttg org melayu , islam, yg suka meminta minta, badan sihat tapi suka meminta minta, x malu ke?

    ReplyDelete