Sunday, September 18, 2011

Bendera Malaysia tiru bendera Amerika? Mat Sabu memang keras kepala...

Ketika isu penghinaan Mat Sabu ke atas pejuang negara masih menjadi bahan bualan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Shah Alam (DAP), M. Manoharan membuka perhatian baru.


Beliau mendakwa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa pada pilihan raya umum akan datang.


Kenyataan Manoharan dibuat menerusi Facebook miliknya kelmarin, mengundang bantahan banyak pihak termasuk rakan-rakannya dalam laman sosial itu.


Jadi naik bosan dengan tindakan seorang demi seorang pemimpin pembangkang menghina negara. Fakta sejarah dirobek, pengganas diagungkan, batik Malaysia diperlekeh dan pelabur dihasut jangan menanam modal di tanah air kita.


Kali ini, bendera pula menjadi sasaran.


Hujah Manoharan bahawa Jalur Gemilang meniru bendera Amerika Syarikat adalah dangkal. Lebih bahaya keghairahan untuk menukar bendera itu boleh memberi isyarat bahawa DAP akan menukar banyak lagi perkara termasuk asas kenegaraan seperti perlembagaan.


Bagaimanapun setelah menerima tekanan agar menarik balik kenyataannya, Manoharan memohon maaf sambil menyatakan bahawa dia warga yang patriotik.


Ketika Mat Sabu tetap berdegil enggan memohon maaf atas keceluparannya, Manoharan mengambil jalan keluar lebih bijak. 


Setidak-tidaknya beliau berani bertanggungjawab dan sensitif kepada respons orang ramai.


Apa yang dilihat, dakwaan dan kenyataan Mat Sabu jauh lebih serius berbanding Manoharan. Dalam hukum psikologi memohon maaf selepas melakukan kesilapan tidak akan menjatuhkan maruah seseorang, sebaliknya dilihat sebagai tindakan mulia. Apatah lagi pemimpin perlu bertanggungjawab kepada rakyat. Nampaknya banyak lagi yang Mat Sabu perlu belajar.


Sumber - Utusan Online.

No comments:

Post a Comment