Friday, January 11, 2013

Kalau Amanah Untuk Anak Yatim Pun Pas Khianati, Bagaimana Nak Pikul Amanah Rakyat?

 
Kemelut tabung memali yang kini dilihat menghatui kepimpinan Pas setelah didedahkan oleh ahlinya sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani menerusi bukunya Air Mata di Bumi Memali seharusnya menjadi panduan kepada rakyat untuk membuat pilihan yang sebenarnya pada pilihan raya umum kelak.

Pengerusi Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO, Ali Mazat Salleh berkata bagaimanakah Pas mahu mengurus tadbir amanah rakyat dengan berkesan sedangkan amanah kepada nak yatim pun mereka khianati.

Justeru beliau seterusnya menegaskan jika perkara itu pun tidak dapat diselesaikan dan terus menerus menjadi pertikaian, apakah rakyat sanggup menyerahkan kepada mereka yang terpalit dengan dakwaan sedemikian.

“Apabila kita lihat tabung memali didedahkan satu persatu oleh ahli mereka sendiri, ini tentunya bukan lagi sesuatu yang tidak penting….Sebenarnya ini adalah amanah yang cukup besar.

“Skandal ini sudah cukup dan menjadi bukti kepada rakyat untuk membuat pilihan yang terbaik. bak kata pepatah kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Jadi kepada rakyat, ini sudah cukup dan memadai untuk dijadikan penanda aras manakah yang layak diberikan kepercayaan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya percaya kemelut tabung memali akan terus berpanjangan sekiranya kepimpinan Pas tidak melakukan sesuatu untuk menyelesaikannya.

“Kita bukannya nak campur urusan hal dalaman mereka…Cuma sekadar ingin bercakap soal amanah. Bukankah menguruskan sumbangan derma tabung memali yang merupakan sumbangan orang ramai juga merupakan satu amanah.

“Lagi pun Pas juga selalu bercakap soal amanah….dan juga seringkali kali mengritik kerajaan pimpinan BN dengan pelbagai dakwaan dan sebagainya. Takkan hanya nampak amanah pihak lain sahaja,“ ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment