Wednesday, January 9, 2013

Gelombang Biru NS amaran buat pembangkang !! AWAS




Paroi, 08 Jan – Lebih 70,000 warga Negeri Sembilan berhimpun di padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi, malam tadi. Mereka memenuhi padang di awal 6.30 petang sempena Majlis Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia Gelombang Biru.

Majlis dianjurkan oleh Barisan Nasional Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Haji Hasan merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan.

Di perhimpunan tersebut turut di lancarkan Kempen  Gelombang Biru Peringkat Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddn Hj Mohd Yassin. Turut hadir isteri beliau, Datin Sri Norainee Abdul Rahman.

Timbalan Perdana Menteri hadir sempena rangka lawatan kerjanya di sini. Terdahulu, beliau meluangkan masa dengan  jawatankuasa JKK, KRT dan Ahli Majlis PBT sebelum bertemu penduduk Jempol di Majlis Mesra Rakyat di Padang Awam Bahau, Jempol sebelah petang.

Ternyata kehadiran sebegitu ramai di perhimpunan ini menunjukkan satu kebangkitan BN di negeri ini seterusnya menafikan pembangkang.

Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan melafazkan kegembiraannya di dalam ucapan.

Menurut beliau, “meraih sokongan umum buat masyarakat kembali kepada Barisan Nasional bukan mudah. Ianya memerlukan gerak kerja yang teliti dan mengambil masa panjang.”

“Walaupun kemerdekaan yang dicapai oleh Malaysia baru memasuki 55 tahun dan masih baru berbanding dengan negara yang mencapai  kemerdekaan sejak 400 tahun, tetapi negara melalui proses yang panjang untuk membina sebuah negara seperti yang dikagumi dunia hari ini.” katanya.

“Anak muda, pemuda dan belia seharusnya bersyukur kerana lahir di dalam keadaan negara yang aman damai dan sentosa. Jangan cuba beralih arah kerana peristiwa dunia hari ini turut membuktikan bahawa perubahan berdasarkan pengamatan akal pendek memungkin negara huru hara dalam tempoh masa yang pendek.

“Di Negeri Sembilan, keadaan tsunami 2008 kian pulih berdasarkan kajian yang dibuat  menunjukkan pokok sudah condong ke halaman rumah kita. Namun, pokok yang condong perlu dijaga dengan baik agar tidak ada pula pihak lain dapt mengait keuntungannya di laman mereka.” tambah beliau.

Beliau turut menasihatkan, “Namun begitu, kita perlu sentiasa beringat, di dalam suasana politik di negara ini, suasana nampak baik dan tenang, bukan bermakna pula kita boleh berdada lapang, kerana usaha menyakinkan rakyat perlu diteruskan sehingga pilihanraya yang makin hampir.”

Menteri Besar turut bersyukur dengan himpunan yang disifatkan berjaya dan kempen gelombang biru yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia hari ini, akan diteruskan dan direalisasikan sehingga BN mendapat keputusan yang cemerlang di PRU13.

Seterusnya mengembalikan kemenangan 2/3 kerusi kepada Barisan Nasional.

Turut hadir pada majlis itu beberapa pemimpin utama BN, termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek dan Presiden PPP, Dato’ M. Keyveas.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin.

Sumber : n9kini.com





























































No comments:

Post a Comment