Tuesday, November 20, 2012

Nik Razi minta hentikan spekulasi isu doa


KOTA BHARU: Adik Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat semalam meminta semua pihak supaya menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan beliau selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.

Post Pic


Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.
 
“Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.
 
“Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu,” katanya lapor Sinar Harian.
 
Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional(BN) ketika solat Hajat sempena Muktamar PAS ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV.
 
Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mengesahkan kandungan doa tersebut bukan atas arahan sesiapa, tetapi atas inisiatif Nik Razi sendiri.

Sumber : AntaraPos

1 comment: