Wednesday, April 4, 2012

BONGKAR! Taufik Paroi seleweng duit dan PAS NS harus ditolak.


Kemana ADUN Paroi YB Taufik Abd Ghani mahu pergi?  Dengan lagak sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, berucap mengalahkan guruh berdentum di langit.

Tapi memang tak pelik dengan sikap puak-puak yang gilakan kuasa seperti ini... Cakap memang handal, buat habuk pun tarak. Hujung-hujung rakyat juga tertipu dengan dakyah-dakyah mereka.

Ini buktinya... PNS dapat lihat pendedahan dari sebuah blog yang menyatakan Taufik dilihat sebagai seorang angkuh dan bongkak setelah bergelar Pesuruhjaya PAS di Negeri Sembilan. Sikap Taufik mengenepikan orang lama seperti Zulkefly Mohamad Omar untuk jawatan Tim. Pesuruhjaya Pas 1 telah menimbulkan kebencian dikalangan ahli PAS Negeri Sembilan sendiri. Taufik kini di gelar  “Kacang Lupakan Kulit” “Kawan Makan Kawan” 

Bukan itu saja, Taufik juga dikatakan telah lakukan penyelewengan wang untuk ke Umrah, lari dari membayar hutang dengan Bendahari Perhubungan PAS N.Sembilan dengan nilai ribuan ringgit. Ini buktinya!


Dengar khabarnya, keratan surat di atas ini adalah sebahagian daripada surat yang telah dijumpai. Dan akan ada lagi pendedahan seterusnya daripada isi kandung surat tersebut. Pendedahan demi pendedahan akan dilakukan oleh blog ini untuk menunjukkan siapa sebenarnya pemimpin yang dipilih oleh kawasan DUN Paroi dan Ahli PAS N.Sembilan. 

Maka benarlah, ramai kata orang khususnya dikalangan ahli parti PAS menegaskan bahawa Adun Paroi itu tidak layak untuk jawatan No 1 di dalam Pas Negeri kerana dikatakan tidak mempunyai disiplin sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai s/u kerja Pas satu ketika dahulu.

Ahli-ahli parti PAS juga tidak senang dengan sikap beliau yang sambil lewa bagi mengatasi masalah penipuan dan penyelewengan didalam parti itu sendiri.

Pendapat PNS pula, bukan hanya Taufik saja yang tidak layak memimpin. PAS juga harus terkubur di N.Sembilan  kerana PAS adalah parti yang bertopengkan agama semata-mata. Hakikatnya bersifat busuk dalam perilakunya.

UNDI PAS = UNDI DAP!


3 comments:

  1. UNDI BN = UNDI MCA
    ANTARA MCA DAN DAP BAIK LAGI DAP,,,
    SBB MCA TOLAK ISLAM DAP MNDNGAR HUJAH ISLAM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik lagi DAP, bia betul?? dah nyanyuk ke mengatakan DAP lagi baik dari MCA. Langkah mayat kapal sinki dulu sbelum nak sebut-sebut pasal Islam ni..Pemimpin PAS kan kuat menipu, mana-mana yang dungu ditipunyalah dengan memusing fakta mengatakan DAP mendengar hujah..kah..kah..kah..

      Delete
  2. Laaa.. x yah gaduh2 kita tengok fakta lain pula ..Laporan audit negara Pendapatan balak kerajaan BN kelantan 19 85-1989 : 8 juta tanah balak seluas 158,000 hektar, kerajaan kelantan tahun 1994-1998 tanah seluas 30,451 hektar hasil rm355.85 juta. tanah lebih luas 5 kali ganda tuuu.. (355.85 - 8 juta) x 5 kali ganda ...billion tu duit rakyat hilang... banyak lagi laporan audit negara kalau nak tulis ni.. Selangor buat SRJK Tamil 24 kelas RM4.9 Juta BN bina SRJK Tamil 24 kelas juga RM24 juta...memang tak bankrap negara bagi pendidikan percuma. Sian..siswa-siswa mudo lagi dah berhutang nanti guno kredit card nak bayar dah blacklist..tak kesian ke...jangan marah-marah fikir dengan tenang dan fakta... hidup bukan didunia sahaja akan di bawa ke akhirat..tidak kira PAS ke UMNO atau sesiapa..jika pemimpin2 mana-mana parti, organisasi, masyarakat buat tidak amanah akan dipertanggungjawabkan di akhirat..Takutlah kepada Allah bukan kepada Manusia..Rasulullah SAW sendiri sekiranya fatimah anak abginda mencuri baginda akan potong tanganNya..peringatan buat semua yang sanggup nak jadi pemimpin..

    ReplyDelete