Sunday, April 8, 2012

Program Jelajah Janji Ditepati (JJD), bukti BN berpegang pada janji.



“Sepanjang 55 tahun BN mentadbir negara, dapat simpulkan dua sebab besar mengapa hari ini lebih baik daripada semalam. Insya-Allah, esok lebih baik daripada hari ini, sebab kita (BN) tidak lari daripada berpaksikan rakyat dalam apa juga yang kita lakukan.


“Bermula dengan perjuangan menentang Malayan Union, menuntut kemerdekaan dan menentang komunis, kita mengutarakan konsep memenangi hati dan pemikiran rakyat termasuk dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar pembangunan nasional yang semuanya berpaksikan kepentingan rakyat yang sentiasa didahulukan.


“Kita buat segala-galanya berdasarkan kehendak rakyat, laksana dan tunaikan apa yang dijanjikan kepada mereka. Semua ini menjadi tonggak keyakinan rakyat untuk terus meletakkan amanah kepada BN kerana keyakinan yang semakin tinggi,” 


Tidak seperti pembangkang, kini umpama kilang mengeluarkan pelbagai janji tetapi gagal memenuhinya termasuk janji terbaru menghapuskan pinjaman Pembiayaan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).


“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 12 lalu, berapa banyak janji yang mereka buat tetapi tak banyak yang ditunaikan. Di Selangor misalnya, berapa banyak janji tidak ditunaikan termasuk kepada setiap kelahiran bayi, anak-anak peringkat tadika, suri rumah, belia dan ibu tunggal,” 


Berikutan itu, diingatkan kepada rakyat supaya jangan sampai tertipu lagi buat kali kedua pada pilihan raya umum akan datang dengan pelbagai janji manis pembangkang.


“BN sentiasa menepati janji dan kita akan teruskan, tetapi jangan biarkan diri kena tertipu buat kali kedua dan ditelan janji pembangkang yang sentiasa saja ada janji baru,” 


“Kita mahu dasar transformasi didukung setiap lapisan masyarakat dan rakyat, termasuk belia dan NGO sebagai kesepaduan dalam memajukan negara. Kita mahu ia memberi kesan sebenar dan menghasilkan faedah kepada rakyat. 


Sebagai mengukuhkan imej dan kesediaan kerajaan BN di mata rakyat, dimana apabila berjanji, kita akan menunaikannya. Dengan pegangan itu juga lah, Program Jelajah Janji Ditepati (JJD) dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri dan dengan hasrat,  JJD ini akan di bawa menjelajah ke seluruh negara mengikut wilayah, mungkin perluaskan ke Sabah dan Sarawak, Utara dan Pantai Timur, akhirnya menjadi saksi kepada 'apa yang akan dikata, segalanya akan di kota' 


Demikian lah hasrat serta antara kenyataan Perdana Menteri di hadapan hampir 70,000 hadirin pada pelancaran program Jelajah Janji Ditepati (JJD) peringkat kebangsaan, di Stadium Batu Pahat, semalam.  


'Janji BN Janji Ditepati'
Nota 'Janji Ditepati'

No comments:

Post a Comment