Friday, January 24, 2014

KPDNKK Gagalkan Komplot Peniaga Cina Dan pembangkang Provokasi Sengaja Naikkan Harga Semua Jenis Barang?

pricewatch
Para peniaga Cina seolah-olah sudah sepakat menaikkan semua harga barangan bermula 1 januari 2014. Kebanyakkan rakyat yang tidak faham “psywar” telah termakan dengan propaganda pembangkang kononnya kelemahan kerajaan menyebabkan harga barang-barang naik. Oleh itu orang ramai dinasihati supaya mendapatkan maklumat betul mengenai isu kenaikan harga barangan agar tidak mudah dikelirukan pihak tertentu.

Banyak pihak terutamanya peniaga Cina sengaja memainkan sentimen rakyat dengan menggembar-gembur isu kenaikan harga termasuk kenaikan tarif elektrik dan tol. Mereka mengambil kesempatan untuk keuntungan politik disamping dapat laba terpijak.

Rakyat perlu peka dan sedar bahawa selain kenaikan harga gula, setakat ini belum ada kenaikan harga barangan lain dilaporkan, termasuk di negeri yang terlibat bencana banjir iaitu di Terengganu, Pahang dan Kelantan. Kebanyakan harga barangan seperti biasa dan mengikut harga siling yang ditetapkan.
Pengurangan subsidi gula terpaksa dilakukan kerana dengan itu akan membolehkan kerajaan membantu golongan yang tidak berkemampuan. Sasaran sebenar lebih dapat dikenalpasti.

 Oleh itu mereka yang berkemampuan yang tidak memerlukan subsidi tidak perlu dibantu kerana mereka tidak akan bersyukur dan berterimakasih malahan mencaci dan menghina kerajaan secara berterusan.

Sementara itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah bertindak menetapkan harga maksimum untuk 13 jenis barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2014. Ianya akan berkuat kuasa Ahad ini sehingga 9 Februari depan. Tempoh pelaksanaan skim pada kali ini adalah selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan sembilan hari selepas perayaan.
13 jenis barangan harga terkawal itu ialah:

(1) Ayam hidup
(2) Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta
kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana
bahagiannya)
(3) Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki,
kepala, hati dan hempedal)
(4) Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan
69.9 gram sebiji)
(5) Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9
gram sebiji)
(6) Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9
gram sebiji)
(7) Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk
kubis Beijing)
(8) Bawang putih (China)
(9) Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400
gram seekor)
(10) Udang putih besar (berat antara 41 hingga 60 ekor
sekilogram)
(11) Babi hidup
(12) Daging babi (perut)
(13) Daging babi (daging dan lemak)

Kerajaan sememangnya menjalankan tanggungjawab mereka menjaga kepentingan rakyat. Namun dalam waktu yang sama kerajaan juga perlu peka bahawa “peperangan” fitnah pembangkang merupakan satu medan yang cukup sengit memandangkan pembangkang mendapat pertolongan dari banyak “tangan ghaib”.

 Oleh itu mekanisme pemantauan dan perlaksanaan harga barang yang mesra pengguna perlu dikaji dari masa kesemasa demi memastikan cara yang tepat dapat dicapai bagi megatasi propaganda jahat pembangkang.

No comments:

Post a Comment