Woo pasangan yang pernah menggemparkan dunia hiburan tanahair ni sekali
lagi bikin panas apabila di beritakan akan kembali bercinta !
Bukan ka dua-dua dah berpunya ? Apa ada hubungan senyap-senyap pula ka ??
JANGAN PANIK , hubungan tersebut hanyalah sekadar mengamit semula
nostalgia filem yang mencipta fenomena sekitar tahun 90-an iaitu Sembilu
dan Sembilu 2 yang akan dipertontonkan dalam satu pementasan teater
muzikal bertajuk Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’. Pementasan konsert
berkenaan merupakan cetusan idea daripada Awie sendiri.
“Sebelum memulakan langkah, orang pertama saya jumpa ialah isteri saya,
Rozana. Saya beritahu dia tentang idea projek ni. Saya tahu yang saya
haru jaga perasaan dia malah perasaan ramai orang”
“Mula-mula tu dia terperanjat juga lah. Tapi saya berterima kasih kepada
dia kerana memberi saya lampu hijau. Katanya demi kerja dan karya,
kenapa tidak. Lagipun dia adalah peminat Erra dan Ziana,” kata Awie
ketika di sidang media pengumuman konsert berkenaan, bertempat di Istana
Budaya, semalam.
Tambah vokalis kumpulan Wings ini lagi, selepas ‘mendapat restu’
daripada isterinya, beliau yang kebetulan berjumpa dengan Ziana Zain
sewaktu di sebuah acara, terus menyuarakan hasratnya kepada teman
seangkatannya itu. Kelegaan kali kedua dirasai apabila penyanyi bersuara
lantang itu menyambut baik idea projek tersebut.
“Kemudian saya jumpa Ziana masa kami kebetulan buat show di sebuah
acara. Saya beritahu dia tentang idea konsert ni dan dia terus setuju.
Tapi dia bertanya kepada saya bagaimana pula dengan Erra. Ketika tu saya
belum lagi berjumpa dengan Erra”
“Sewaktu program saya, ‘Tunggu Sekejap’ pihak TV3 buat kejutan pada saya
dengan mengundag Erra jadi tetamu program tu. Sewaktu itu saya suarakan
hasrat saya. Tergagap-gagap jugalah saya nak akap dengan Erra. Tak
sangka dia juga menyambut baik projek ni”, jelasnya sambil diperhatikan
oleh Erra dan Ziana yang turut hadir pada sidang media berkenaan”
Bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, pementasan selama 7 hari
berturut-turut ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam
mengimbau episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung yang
pernah menggegarkan industri filem Malaysia dua dekad lalu iaitu
‘Sembilu’, ‘Sembilu 2′, ‘Tragedi Oktober’, ‘Maria Mariana 2′ dan
‘Merah’.
Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula
sorotan babak-babak dari deretan filem tersebut sebagai teras dan latar
penceritaan.Baca Selanjutnya
Gandingan 3 orang artis yang pernah bikin gempar ni mesti menarik bahkan
sudah tentu para peminat masing-masing tak sabar-sabar nak menyaksikan
pementasan tersebut.
Apa pun MMI ucapkan selamat maju jaya dan pesanan MMI biarlah ianya
sekadar lakonan bukan apa bimbang jadi macam kes yang sorang anak
pemimpin tu !!
Psstt wa suka Wings ma ....
No comments:
Post a Comment