Friday, January 24, 2014

GOBIND TIBA TIBA JADI TIKUS PENIPU


Sikap membisu Gobind Singh Deo berhubung isu 'surat guaman' yang kononnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember lalu jelas memalukan pakatan pembangkang termasuk Pas.
 
Kekesalan tersebut disuarakan ahli Pas kawasan Parit Buntar, Perak, Mohd. Azimi Roslan yang turut hairan dengan tindakan 'menikus' Ahli Parlimen Puchong itu dalam isu melibatkan partinya.
"Beliau menjadi seperti orang bisu. Tetapi, saya percaya beliau tidak 'bisu' untuk mendengar desakan pelbagai pihak yang mencabarnya menunjukkan surat guaman tersebut.

"Saya amat kesal dengan tindakan membisu pemimpin ini. Ini jelas memalukan pakatan pembangkang. (Kononnya) Beliau jaguh dalam isu-isu remeh, tetapi menikus dalam isu penting ini yang melibatkan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobind sebelum ini mendakwa telah menghantar surat guaman untuk menyaman ROS berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Bagaimanapun ROS menjelaskan, badan itu tidak menerima sebarang surat guaman seperti didakwa Gobind, sebaliknya hanya surat memohon penjelasan kesahihan pemilihan CEC yang ditandatangani Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mohd. Azimi memberitahu, atas dasar itu, wajar untuk Gobind digelar 'Tikus Puchong' kerana masih mendiamkan diri berhubung isu tersebut sehingga kini

No comments:

Post a Comment