Wednesday, March 14, 2012

Pemimpin PR tunjuk pekong lagi di Dewan Rakyat.

Takkan nak jadi sampai begini?
Tak reti-reti lagi ke? Kalau dah pembangkang tetap pembangkang la...

Walaupun tahu bahawa kes yang dibawa ke mahkamah tidak boleh dibincangkan di luar, pagi tadi di Dewan Rakyat seorang ahli parlimennya tetap mahu mengemukakan usul tergembar mengenai Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Hasilnya Dewan Rakyat menolak usul yang dikemukakan pembangkang bagi bincangkan isu tersebut kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pagi tadi.

Pandikar Amin berkata, usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin itu akan menganggu proses mahkamah sekiranya dibenar untuk dibahaskan.

Bagaimanapun Zuraida terus berdegil dan keputusan yang di buat Speaker Dewan Rakyat itu dipertikaikan.

2 comments:

  1. dah jadi pemimpin banggang nak buat macam bro

    ReplyDelete
  2. Hormatlah sikit malulah pada rakyat diluar sana....

    ReplyDelete